Monday 21 March 2016

LANGIT JINGGA SENJAKALA...

ASSALAMUALAIKUM....



LANGIT JINGGA SENJAKALA

Gelongsor hari dari pagi
kala murai berlagu riang
menghirup embun di hujung daun
di celah  pohon rimbun.
Teriknya mentari tengah hari
Awan bergumpal melindung bahangnya
Petani di tengah sawah
Walau berkeluh kesah sambil merumput peluhnya basah
Minda diasak tuntutan dunia
walau keupayaan tidak seberapa.
Senjakala merona jingga kaki langit
Layang layang dan raja udang melayang  terbang pulang
Setelah puas melayah di balik awan
dengan pasti arah tujuan.
Cerita hari ini terhenti di senjakala sepi.
Sebelum bersambung keesokan hari.
Insya-Allah.



PARIDAH ISHAK
21/3/2016
ULU JEMPOL.

14 comments:

  1. Lebih bersuasana dengan kehadiran merpati, lama PI tak bersiar di sini kerana pegi bercuti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..BERCUTI BERSIARAN SEKETIKA BP JLN2 MENIKMATI KEINDAHAN ALAM...TQ.

      Delete
  2. Indahnya puisi PI harini,saya hayati baris demi baris.

    ReplyDelete
  3. Langit senja jinggakala
    Saat pulang mereka
    Membawa harapan nyata bahagia
    Besok meneruskan mengumpul harta...

    ReplyDelete
  4. indahnya puisinya.... terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  5. begitu puitis sekali...
    cantik rekreasi Ulu Jempol

    ReplyDelete
  6. Biar apa pun corak langit sebagai insah kehidupan perlu diteruskan
    Tiba masa utk berehat seketika mengharap diberi peluang menikmati corak langit keesokan harinya pula..

    ReplyDelete
  7. baca puisi ni sambil dengar lagu best je rasa..dok terbayatang2 suasana indah senjakala

    ReplyDelete
  8. Ekspresi hati yg puitis sebagai nasihat dan peringatan serta kesyukuran kpdNya.. subhanallah..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist