LIMA PAHLAWAN...
Pic google images
Wayang kulit adalah
teater rakyat yang cukup terkenal di semenanjung terutama di Kelantan dan
Terengganu suatu masa dulu.
Walaupun peredaran zaman
kebelakangan ini digamatkan dengan pelbagai bentuk hiburan, teater tradisional
ini masih lagi mempunyai peminat tersendiri tanpa mengira batasan usia.
Pengurus kumpulan wayang
kulit, Kumpulan Seri Apal dari Besut, Terengganu, Mat Husin Hamat, 54, berkata,
pada awalnya, wayang kulit telah memasuki Kelantan pada 1940an.
“Asalnya dulu, wayang
kulit ini dari Jawa, kemudian meluas ke Thailand sebelum memasuki Kelantan dan
merebak ke negeri-negeri lain di semenanjung. Tahun 1950an dulu terdapat lebih
kurang 20 kumpulan wayang kulit di Kelantan ketika seni ini sedang melonjak
naik.
“Kumpulan Seri Apal ini
pula ditubuhkan sejak 1950an juga dan saya telah mengambil alih menjadi
pengurus sejak Februari 2015 setelah pengasasnya, Zakaria atau lebih terkenal
dengan gelaran Pok Ya, 65, kini sudah agak uzur,” katanya.
Ada yang mengatakan,
sejarah mengenai asal usul wayang kulit masih kabur dan kurang jelas sehingga
ke hari ini, namun, hasil perbualan penulis dengan penggiat seni yang masih aktif
itu menceritakan mengenai terdapatnya kisah mistik di dalam sebuah cerita yang
dimainkan dalam persembahan wayang kulit itu.
'Pagar' kawasan sebelum
cerita bermula
Mat Husin yang terkenal
dengan jolokan nama Tok Do Husin Agogo berkata, dalam banyak-banyak cerita yang
dimainkan ketika persembahan, tidak semua penggemar teater tradisional itu
berpeluang menonton sebuah cerita bertajuk Lima Pahlawan kerana ia membawa unsur
mistik.
“Sebenarnya, agak sukar
bagi sesebuah kumpulan wayang kulit untuk mainkan cerita ini kerana plot
ceritanya yang panjang memakan masa hampir seminggu untuk dihabiskan. Tambahan
pula, cerita ini agak ‘panas’ lebih-lebih lagi jika ia dimainkan di kawasan
yang ‘keras’.
“Sekiranya penonton lemah
semangat, mempunyai penyakit, ada yang akan tidak sedarkan diri ketika
persembahan sedang berlangsung. Bagi keadaan begini, Tok Dalang akan membacakan
sesuatu kepada pesakit agar keadaan yang menyerang itu tidak berlanjutan,”
katanya.
Mat Husin berkata,
Kumpulan Seri Ampal pernah sekali memainkan cerita Hikayat Lima Pahlawan bagi
memenuhi kehendak penonton.
“Kita pernah bawa cerita
ini suatu ketika dulu, tetapi bukan di tempat awam, ia bagi memenuhi permintaan
seseorang, bagi ‘pelepas’ hajat. Jalan cerita tidak dipotong bagi menjaga
‘angin’ penonton agar tidak tersentuh atau hajatnya tersekat.
“Angin seseorang ni kita
tak tahu. Macam ‘awok-awok’ (orang-orang) kita ni dah tahu selok-belok
persembahan,” katanya.
Tambahnya lagi, ketika
persembahan, Tok Dalang akan terlebih dahulu ‘memagar’ kawasan persembahan
wayang kulit itu bagi menjaga penonton serta mengelak berlakunya perkara tidak
diingini.
“Cerita Lima Pahlawan ni
kisahnya berasal dari Thailand, mungkin ada yang dah tahu cerita ini ada watak
Raja Serama, Hanuman Kera Putih, Wok Long, Wok Dogol, Wok Yoh, Raden Arjuna,
Said, Samad dan beberapa lagi watak yang lain.
“Ringkasan cerita ini
berkisar kepada pembahagian harta yang tidak adil menyebabkan berlakunya
perbalahan sesama sendiri. Tajuk cerita ini bergantung kepada Tok Dalang, dia
yang memutuskan nama tajuk cerita.
“Kalau dulu-dulu, jalan
ceritanya agak berlainan dengan jalan cerita yang dimainkan pada masa sekarang.
Macam filem lama dan baru. Dalam wayang kulit juga ada cerita-cerita yang
diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan, masa dan tempat,” katanya.
Sementara itu, Tok
Dalang, Kumpulan Seri Apal, Mohd Hanafi Jusoh, 60, berkata, cerita Lima
Pahlawan ini pernah membawa badi sehingga berlaku penonton yang tidak sedarkan
diri sekiranya mereka berada dalam keadaan lemah, ada penyakit, saka dan
sebagainya.
“Plot cerita hikayat ini
tiada tempat lembut, semua keras dan tidak semua Tok Dalang boleh bawa cerita
ini kerana ceritanya ‘panas’ dan boleh menarik makhluk halus atau roh yang
tidak kelihatan.
“Kalau Tok Dalang ucap
(sebut) sesuatu dan berkait dengan makhluk halus, akan menarik minat sesuatu
yang lain untuk berada dalam kumpulan penonton wayang kulit itu. Itu sahaja
yang kami boleh cakap...boleh bagi tahu. Selebihnya tak boleh cerita lebih
lanjut.
Assalamualaikum kak..selamat malam kak..yan tak minat wayang kulit
ReplyDeleteKAK PUN XMINAT SGT TAPI SUKA JUGA AMBIL TAHU TNTG BUDAYA KITA...TQ YAN
Deletesalam ahad makPah tuuh,
ReplyDeleteciter hindustan 3 jam pon tak penah abes layan, ini kan pulak wayang kulit seminggu tuuuh., huhu2
HEH..HEH..TUTUP KEDAILAH PENGGIAT WAYANG KLIT TU KAN...TQ WAK
DeleteAssalam kakPI. Menakutkanlah.Tapi sekarang wsyang kulit sudah berevolusi. Cerita2 moden pula dimainkan seperti Starwars. Pernah dipaparkan dalam Majalah 3 satu masa dulu.
ReplyDeleteWSALAM...YELA OZ..WAYANG KULIT NI NAMPAKNYA MENYERAP UNSUR2 MSTIK YG MENYERAMKAN JUGA KAN..TAPI WAYANG KULIT YG BEREVOLUSI STLE BARU OK KOT...TQ
DeleteAssalamualaikum, dulu pegi tengok dikir barat dan wayang kulit. Dengan lampu sebiji bole buat showkan..
ReplyDeleteHEH..HEH...HEBAT KAN SENI KITA TQ BP..
Deletesy suke wayang kulit ....
ReplyDeletedi indonseia jugam banyak yng mash menampilkan macam tu ,,, :D
YEKE...DI INDONESIA WAYANG KULITNYA PUN SGT MENARIK....TQ FIU S.
DeleteNtah kenapa...tiba2 rasa macam nak tengok persembahan kuda kepang pulak
ReplyDeleteKUDA KEPANG PUN ADA UNSUR MISTIK KALA DITARIKAN...TQ FIDAH.
DeleteNtah kenapa...tiba2 rasa macam nak tengok persembahan kuda kepang pulak
ReplyDeleteTQ.
ReplyDeleteharus jaga tradisional ini..ini warisan rasanya sayang jika dah tiada pemain peranan
ReplyDeleteya betul tu budaya warisan yg perlu dipelihara...tq cikgu etuza.
Deletebanyak kali terbaca... wayang kulit mmg banyak ada unsur2 mistik..
ReplyDeleteunsur2 mistik ni perlu dibuang kan pha is...tq.
Deletedah lama x singgah sini.. sekali singgah, eh, dah berubah wajah...
ReplyDeletetu la mujur pha is xsesat heh..heh..
DeleteUnsur mistik mesti ada dalam wayang kulit..
ReplyDeleteye la aiza kita sekadar menikmatinya n xtau apa2 kan aiza...tq.
DeleteAda unsur mistik rupanya yer
ReplyDeleteyela zumal ada rahsia mistiknya tu...tq.
ReplyDeletetgk secara live x penah lg ;-)
ReplyDeleteKAK PUN XPERNAH ANIES...TQ.
ReplyDeleterasanya smua yg brkaitan dgn dlu2 ada unsur mistik.. Wallahuallam
ReplyDeleteMainan dulu2 ni bnyk benda halus.. klu tak betul2 bahaya...
ReplyDelete