ASSALAMUALAIKUM…
SALAM JUMAAT YANG MULIA...
ALQURAN ADALAH SEGALANYA….
Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu.
Belum tidur.
Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)
Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.
Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"
Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.
Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"
Anaknya mengangguk.
Abah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."
Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.
Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"
Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."
Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."
Abah: "Baiklah, setengah jam."
Anak: "15 minit bolehlah."
Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.
Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."
Anak: "Tak faham."
Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."
Anak: "Hm.."
Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, in/sya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."
Anak: "Adoilah."
Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."
Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"
Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."
Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.
SILA KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA.

InshaAllah PI. Semalam teringat tapi tak buka pula, tu Alquran baru tu. Thanks Pi atas peringatan ini
ReplyDeleteterima kasih babypose...peringatan utk diri sendiri sebenarnya..
DeleteSebenarnya mendidik anak bukan bila dia dah besar. Apa lagi dlm hal-hal agama. Sedari dlm perut lagi kena didik. Sebaik pandai bercakap asuh dgn al-quran - Insya-Allah jika membaca Al-Quran sudah menjadi amalan setiap hari pasti akan rasa janggal jika tidak membacanya..
ReplyDeleteMoga kita tergolong umat Muhammad yg terus mengamalkan ajaran baginda.
ya benaar tu kakzakie yg dimulakan sedari awal akan lbh memudahkan..semoga kita xtergolong di kalangn mrk yg rugi n sentiasa xlupa mengikuti sunnah baginda rasul saw yg mulia.tq
DeleteKekadang bila baca translate al-quran ni... berfikir2 tentang kehidupan :)
ReplyDeletebenar tu tunsha alquran mengajar kita dgn lengkap bgmana cara menjalani kehidupan di dunia membawa ke akhirat...tq
DeleteALLAHUAKHBAR...moga diri yan mencintai Al quran...
ReplyDeleteinsyaAllah yan...tksh
Deletekita boleh habiskan masa berjam2 dengan internet, takkan nak spend 10 minit dengan baca alquran tak boleh...
ReplyDeletehmm betul tu cikgu jadikan ngaji alquran sbg amalan harian...tksh
Deletethanks atas peringatan kak Pi..tulah, kenapalah kedekut sangat nak spend masa untuk quran, padahal untuk benda lain boleh je
ReplyDeleteyelah sal jgn kedekut masa utk ngaji alquran...tksh.
DeleteSaya dah share di fb :)
ReplyDeleteThanks Kak
tksh fidah sama2 kita share...
ReplyDeleteterima kasih kak PI, ajak wawa mengaji..")
ReplyDeleteSAMA2 WAWA HEH..HEH..TQ
ReplyDeletebaca novel berjam2 boleh tak kan baca quran 3 minit pun susah sgt kan....
ReplyDeleteXBACA BANYAK, BACA SIKIT TAPI TIAP HARI OK JUGA KAN...MINAT BACA NOVEL PUN XNGAPA ASAL JGN LUPA BACA QURAN JUGA...TQ ANIES.
ReplyDelete