Tuesday, 5 January 2016

SAJAK BERTEMAKAN BANDAR-BANDAR DI PERAK DARUL RIDZUAN..

ASSALAMUALAIKUM...

AWAL TAHUN INI BANYAK PELUANG MENULIS SAJAK DAN CERPEN ANJURAN BADAN-BADAN PENULISAN NEGARA KITA DENGAN TUJUAN MENGANTOLOGIKANNYA....WAJAR DIAMBIL PELUANG SEKIRANYA BERMINAT....JANGAN BERI ALASAN TIDAK BERBAKAT KERANA MASING-MASING KITA SEMULAJADI BERBAKAT DALAM PENULISAN SETELAH TAHU MENULIS DAN MEMBACA....MANATAHU KELAK AKAN SEBARIS DENGAN PENYAIR/SASTERAWAN TERKENAL NEGARA KITA YANG NAMANYA TERPAMPANG SELALU DI MEDIA SIARAYA SAMAADA ARUS PERDANA ATAU INTERNET...
TAK RUGI MENCUBA KAN...PI CUMA TOLONG HEBAHKAN SAJA HEH..HEH..


P E N E R B I T A N 3 antologi sajak serentak bertemakan bandar-bandar di Perak Darul Ridzuan. Ketiga-tiga antologi ini akan diterbitkan oleh Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) bersama Penerbit Kayacipta. Antologi yg dimaksudkan ialah:


1. BAGAN DATOH bandar di tepi muara
2 TANJONG MALIM bandar mualim
3 KAMPAR bandar di tepi banjaran


Sehubungan itu, penyair atau sesiapa pun dipelawa menulis sajak berkaitan sejarah, sosiobudaya, landskap, pembangunan dan apa sahaja mengenai bandar berkenaan. Sajak hendaklah ditulis tidak melebih 20 baris, font jenis times roman bersaiz 11 jarak 1.15 pt dan tajuk dlm huruf besar. Seorang penyumbang dihadkan 5 sajak sahaja. Hantar sekali biodata berbentuk prosa tidak melebihi satu halaman A4 dan gambar wajah. Kesemuanya hendaklah dikirimkan kepada saya selaku penyelenggara ke emil; penulisperak@gmail.com sebelum 31 Mac 2016.
T E R I M A K A S I H

PENERBITAN dlm koleksi sama ialah;
1. BERUAS dalam puisi (1986)
2. TIMOH tasik kenangan (2010)
3. TAIPING bandar tua Perak (2016)
4. TELUK INTAN bandar Menara Condong (2016)



 BAGAN DATOH PERAK BANDAR TEPI MUARA.



KAMPAR BANDAR TEPI BANJARAN.




TANJUNG MALIM BANDAR MUALIM.

15 comments:

  1. Banyak tempat bersejarah di negeri Perak ni kan kak PI..

    Bab bersajak ni CH memang angkat bendera putih lah..
    Orang2 nombor mcm CH ni byk guna otak kiri kak..

    ReplyDelete
  2. Perak.. negeri kelahiran saya, hehe

    ReplyDelete
  3. Saya suka baca sajak dan puisi je PI tapi nak menulis memang tak tahu.

    ReplyDelete
  4. Perak tak jauh dari kL bole la cakap saye hehe mengelembu pernah dengar adakan Pi? Hehe..

    ReplyDelete
  5. Hubby kak Zai asal orang Teluk Intan. Puisi dan sajak memang kak Zai tak pandai.

    ReplyDelete
  6. Peluang keemasan..teruskan usaha pi.tahnia ya

    ReplyDelete
  7. semoga percubaan makPah mendapat hasil yg lumayan dan dpt martabat yg tinggi dikalangan penyair tersohor tuuh., ;p

    ReplyDelete
  8. perak, negeri tempat saya study dan dapat degree :)

    ReplyDelete
  9. perak negeri kelahiran saya, tapi membesar di lain negeri.

    buat yang pandai bersajak dan berpuisi boleh sertai ni.

    PI turut serta ya? semoga berjaya

    ReplyDelete
  10. suke la deme baca entry ni ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist