Thursday, 21 January 2016

PAK KADOK DAN IKAN TAPAH...

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE IMAGES.

KENAPA ORANG PERAK TIDAK MAKAN IKAN TAPAH
Sumpahan ikan tapah sehingga kini terus menjadi misteri terutama membabitkan waris Pak Kaduk yang percaya keturunan lelaki itu tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkhianati secara sengaja atau tidak, ikan berkenaan.
Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan Pandak Logam Pandak Demat, seorang daripada keturunan Pak Kaduk yang terbabit sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang ikan tapah.
Pandak Logam dilahirkan pada 1873 dan meninggal dunia pada 1963 pada usia 90 tahun.
Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas yang ditemui dalam perut ikan tapah yang masih ada, ia berbentuk empat segi iris wajik digunakan sebagai keronsang baju wanita.
Jumlah yang ada sekarang sebanyak tiga keping dan inilah yang digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Pak Kaduk yang kebanyakannya tinggal di sekitar Sungai Perak, jika terkena sumpahan bisa ikan tapah.
Kini emas kerongsang ikan tapah itu dijaga oleh seorang keturunan Pak Kaduk yang kesembilan bernama Hasmah Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.
Hasmah, 87, atau lebih dikenali sebagai opah, berkata kisah Pak Kaduk bermula ketika zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah.
Beliau berkata, pada zaman kesultanan itu permainan menyabung ayam amat disukai ramai, ia menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi, malah permainan itu membabitkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah sultan.
Hasmah berkata, Pak Kaduk adalah berasal daripada keturunan raja yang berasal dari Negeri Siak, Sumatera merantau ke Tanah Melayu.
Pak Kaduk memulakan pelayaran ke Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya sampai di tepi Sungai Perak bernama Lambor (menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri.
Pak Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis tempatan dan menetap beberapa lama di Kampung Pulau, Lambor Kiri.
Pak Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.
Hasmah berkata, pada suatu hari Pak Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular itu pun berundur dan menghilangkan diri. Pak Kaduk pun mengambil telur itu dan dieramkan oleh ayamnya.
Telur itu akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal, dinamakan Biring Si Kunani. Ayam sabungnya sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Pak Kaduk.
Pak Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Pak Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dapat menyabung ayam.
Berita kehebatan ayam sabungan Pak Kaduk turut mendapat perhatian sultan, lalu baginda mencabar Pak Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan.
Syaratnya – ayam Pak Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata. Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya dan syarat di pihak sultan pula, Pak Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat berkenaan kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
Hasmah berkata, seperti yang dijangkakan ayam Pak Kaduk yang ditukarkan dengan sultan menang. Pak Kaduk bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu sudah menjadi milik sultan. Selepas pengumuman dibuat barulah Pak Kaduk sedar bahawa dia sudah dipermainkan sultan.
Dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Pak Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada sultan, hanya yang tinggal pada Pak Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa sultan mengambil pertaruhan kucing itu tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik sultan.
Pak Kaduk pun membawa diri ke sebuah pulau (satu tempat di tepi tebing Sungai Perak tempat orang menanam padi huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Pak Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki Pak Kaduk seakan ingin memberitahunya sesuatu. Puas juga beliau menghalau kucing itu tetapi tetap juga begitu.
Pak Kaduk pun mengikut kucing itu ke tepi tebing sungai. Apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar. Pak Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah itu keluarlah emas dengan banyaknya. Pak Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.
Maka Pak Kaduk pun menjahit perut ikan tapah itu dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Ketika inilah Pak Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi;
“Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabung lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piat-piut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan ikan tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.
Ikan tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah-olah mengucap selamat tinggal dan kemudian hilang.
Selepas itu, Pak Kaduk pun pergilah mengadap sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan sebahagian bakinya disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar, Sumatera untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana pada zaman itu tukang emas hanya berada di wilayah itu saja.
Kepada anak cucu Pak Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya jika terkena air dari ikan tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam kerongsang emas tapah sebagai penawar bisa sumpahan.
Difahamkan ada keturunan Pak Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan tapah.
Selepas segalanya selesai Pak Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Pak Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku beberapa perkara luar biasa.
Antaranya Sultan Perak melantik Pak Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datuk Bendahara Garang mengenai selok-belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh seperti dalam kisah Megat Terawis.
Seorang daripada waris Pak Kaduk, Azizah Mat lodin, 67, berkata beliau yakin bahawa cerita lagenda Pak Kaduk adalah cerita benar kerana ada beberapa bukti kukuh yang diwarisi sehingga kini.
Beliau berkata, walaupun cerita Pak Kaduk ditokok tambah hingga menjadi cerita humour, namun bagi keturunannya mereka menyifatkan ia sebagai sumber sejarah yang perlu diperhalusi.
Katanya, pihak tertentu terutama pusat pengajian tinggi perlu melakukan kajian secara ilmiah berhubung kewujudan Pak Kaduk dan peranannya dalam institusi kerajaan Melayu Perak.
“Saya tidak pernah malu dengan cerita Pak Kaduk, malah berbangga bahawa Pak Kaduk pernah menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri pada masa lalu.
“Saya yakin, cerita Pak Kaduk adalah cerita benar, kerana bukti yang wujud dan beberapa barangan kemas lain yang masih disimpan oleh generasi Pak Kaduk sehingga kini,” katanya.
Seorang lagi keturunan Pak Kaduk, Maimunah Idrus, 58, berkata, beliau pernah mengalami sakit seperti kulit terbakar kerana tersentuh air ikan tapah kira-kira 30 tahun lalu.
Beliau berkata, ketika itu, dia sedang memilih ikan di Pasar Awam Pekan Sungai Galah, Changkat Tin dan tiba-tiba terasa tangannya seperti terbakar sebaik saja cuba mencuci tangan ketika memilih ikan di situ.
“Saya tidak kenal ikan tapah, tetapi dipercayai bekas air itu digunakan oleh pelanggan lain untuk membasuh tangan selepas membeli ikan tapah di pasar berkenaan.
“Saya menderita kesakitan selama lebih dua hari sebelum ayah membawa saya ke Teluk Sareh dan berjumpa Pandak Logam untuk mengubati tangan saya.
“Sungguh ajaib, sebaik saja air berkenaan yang direndam bersama kancing emas mengenai tangan saya, didapati tangan saya tidak lagi terasa panas,” katanya.
Maimunah berkata, dia kini yakin bahawa apa yang dikatakan sumpah Pak Kaduk itu benar-benar berlaku dan sememangnya kancing emas itu adalah penawar kepada sumpahan keturunannya.

CATATAN TUN KREATIF

30 comments:

  1. Menariklah kisah ini PI
    Arwah abang ipar kakak dulu tak boleh makan ikan tapah tapi dia bukan keturuan Pak Kadok. Dia pun kalau makan akan gatal satu badan. Tapi makan ubat klinik baik (sebab bukan keturuan pak kadok kot hihi....) Dah meninggal pun abang ipar kakak tu masa umur dia 47 tahun - anak semua belum kerja lagi masa tu sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar juga citer ni, baru tahu asal usul sebabnya

      Delete
    2. KAK DH LAMA DGR SBB ADA KWN ASAL TEPI SG.PERAK YG KATANYA MMG PANTANG MKN IKAN TAPAH TAPI XTAU PULA BELIAU NI KETURUNAN PAK KADOK...TQ RAIHANAH.

      Delete
    3. INNALILLAH SEDIH PULA KISAH ABANG IPAR KAKZAKIE TU..SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMATNYA N DI KALANGAN MRK YG BERIMAN DI SISINYA...
      KISAH PANTANG LARANG ORG MELAYU BERKAITAN KETURUNAN NI XBOLEH DIPANDANG RINGAN JUGA WALAU SETIIAP SESUATU YG BERLAKU DGN IZIN-NYA JUA...TQ KAKZAKIE.

      Delete
  2. Sampai buat kajian tentang beliau, tak pasti tentang ikan tapah ni, ada kesan sampingan jugak setengah2 ikan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HMM ADA YG PERLU DIKAJI TU...MMG ADA IKAN YG KITA ALAH N TIMBUL RASA GATAL KALAU DI MKN BP...TQ

      Delete
  3. wah panjang kisah ni, baru tahu pasal citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PUN XTAHU ADA KAITAN PAK KADOK DGN IKAN TAPAH NI RAIHANAH...TQ

      Delete
  4. Masa kak zai baru kahwin dulu dengar keluarga hubby tak holeh makan ikan tapah tapi tak jadi apa pun bila hubby makan. Mungkin bukan keturunan pak kadok kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...AGAKNYALAH TU ..KALAU KETURUNAN PAK KADOK TENTU XTAHAN GATAL MKN IKAN TAPAH..PUAS PULA NK CARI EMAS UTK UBAT SAKIT TU YA ZAI..TQ

      Delete
  5. Saya pernah dengar kisah ni sewaktu zaman kanak kanak dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KISAH SASTERA RAKYAT LAMA TU DISEBAR SECARA LISAN...TQ HASNUL YAKIN MUHAMMAD.

      Delete
  6. Baru betul2 tau kisah pak kaduk ni...selama ni dongeng bagai2.
    Saya pernah makan ikan tapah ni masa budak2 dulu...sedap berlemak.Tapi kalau tanya saya rupa ikan tapah ni memang tak kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKKE..PENULISNYA BERITAHU KAK BELIAU JUGA KETURUNAN PAK KADOK DAN PANTANG MKN IKAN TAPAH...MRK XANGGAPNYA SBG CERITA DONGENG SEMATA TAPI KEBENNARAN YG PERLU DIPERCAYAI...IKAN TAPAH KALAU DI SUNGAI PHG SDP RASANYA TAPI IKAN TAPAH DI TALI AIR AGAK HANYIR SEDIKIT...TQ SANIAH.

      Delete
  7. betul ke kisah ni..ikan tapah pun saya tak kenal..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOHAS KAN ORG PERAK...IKAN TAPAH NI ORG KEDAH PANGGIL IKAN BELIDA...TQ

      Delete
  8. First time baca kisah ikan tapah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. SASTERA RAKYAT LAMA YG ADA KEBENARANNYA TU DGN IZIN-NYA...TQ FIDAH.

      Delete
  9. 1st time dengar ikan tapah. Tapah, Perak tau lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE..KAT TAPAH PERAK MESTI BANYAK IKAN TAPAH TU OZ..TQ

      Delete
  10. Sebelum dengar hanya pasal sabung ayam je tak seteperinci ini. Thanks akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELAH ZUMAL SELAMA NI YG KITA TAHU KISAH PAK KADOK MENYABUNG AYAM DAN KAMPUNGNYA TERGADAI RUPANYA ADA LAGI SAMBUNGANNYA...TQ.

      Delete
  11. Pernah dengar kisah ni tapi tak pernah tahu sepenuhnya... menarik sgt.

    ReplyDelete
  12. KAK PUN BARU TAHU DIK KK...RUPANYA ADA SEJARAHNYA JUGA KISAH PAK KADOK NI DGN NEGERI PERAK...TQ

    ReplyDelete
  13. saya mmg x tahu psl kisah ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah sastera rakyat ni selalunya benar walau ada tokok tambahnya dimana-mana...tq qv

      Delete
  14. Sungguh menarik kisah ni. Selama ni saya pikir kisah ni hanya dongengan semata, rupanya mmg pak kadok tu mmg ada ye, dan pernah pula jadi org yg hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya yg kita tahu pak kadok bersabung ayam dgn raja n kampungnya tergadai kan tapi citer seterusnya kita x tahu pun kan nor...tq nor azimah.

      Delete
  15. Wah first time baca kisah ni... ada pengajarannya di situ...

    ReplyDelete
  16. yela nora kalau kita renung fikir ada pengajarannya...tq Nora karim.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist