Friday, 8 January 2016

BURUNG YANG TERBANG TINGGALKAN SANGKARNYA.

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA

WASIAT IMAM ALGHAZALI.


Di saat Imam Al Ghazali menyedari bahawa ajal nya semakin dekat, lalu dia pun menulis kan wasiat kepada para murid murid nya.

Katakan kepada sahabatku bahawa
Di saat mereka melihat aku mati kelak
Mereka akan menangis untuk ku
Dan berduka di atas pemergian ku

Apakah kamu kira mayat ini aku?
Tentu sekali bukanlah aku

Aku di alam barzah sedangkan ini hanya jasadku
Dunia ini bagaikan rumah dan pakaian sementara waktu

Aku seumpama burung dan jasad ku adalah sangkarnya
Kini aku terbang meninggalkan sangkar jasad ini

Aku sedang melanjutkan perjalanan meninggalkan kalian
Rumah kalian bukanlah tempat tinggal ku lagi

Jangan fikir bahawa mati itu kematian yang terakhir
Kerana ada lagi kehidupan yang kekal menunggu mu
Di alam selanjut nya di akhirat kelak
janganlah abaikan segenap kesempatan untuk bekalan di sana kelak

Ustazah Nurbaya Usman.

22 comments:

  1. Replies
    1. Sampai masanya berterbanganlah roh meninggalkan sangkar jasadnya...tq babypose.

      Delete
  2. Suka baca nukilan diatas ,terasa keinsafan dalam diri.

    ReplyDelete
  3. Dunia hanya sementara..
    Salam Jumaat Kak PI

    ReplyDelete
  4. salam jumaat P
    tersangat betul apa yg ditulis oleh ustazah nurbaya tu P

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat noor..
      hmm benar sekali...tq.

      Delete
  5. Bersama kita persiapkan diri dengan bekalan di sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya siapkan bekalan sebanyak mungkin...tq aiza.

      Delete
  6. Asalam..salam juamaat penghulu segala hari,,,nampak Mizz Aiza..nampaknya dia tak lagi ke laman Etuza. hadia dia dikembalikan ke saya..Pos Laju tak dapat hubungi...bukan rezeki dia lah ya PI..apakan daya saya,Sedih juga...tak apalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...xpalah cikgu jgn bersedih sgt...mungkin tika pos laju dtg aiza tiada di rumah itu yg dikembalikan semula...kalau dulu ada surat yg diberi utk menuntutnya di pej pos...la ni dh xada kot.,,tq cikgu etuza.

      Delete
  7. ...jgn lupakan dunia utk akhirat tp gunalah dunia untuk ke akhirat.

    ReplyDelete
  8. benartu jadikan dunia tempat kita menanam bekalan ke akhirat....tq blogger kampung.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, semoga Dia Ya HAadi membimbing hidup kita di dunia ini untuk tahu mana kampung halaman sebenar kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMPUNG HALAMAN SEBENAR YG SDG KITA TUJUI...TQ SHIELA.

      Delete
  10. Allahurabbi, semoga segala amalan kita dicatat dgn kebaikan Allah swt..

    ReplyDelete
  11. dunia ini hanya pinjaman... tiada abadi

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist