Saturday, 30 January 2016

APPARTMENT HANTU?

ASSALAMUALAIKUM..

APARTMENT HANTU!
*Baca je, kalau selesai anda membaca, anda ketawa, memang betul apa yang ditulis. Kalau anda merasa serrrram, maknanya ia sekadar hiburan, rugi kalau anda takhabis membacanya. Takrugi pun kalau anda membacanya.
Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?
Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.
PKOK BERINGIN

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.
POKOK SUKUN

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.

POKOK ARA
Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.
POKOK KEKABU
Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak
.
POKOK CIKU
Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.
POKOK SAGA
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat
hantu.
POKOK ASAM JAWA
Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.
POKOK PISANG
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.
POKOK BULUH
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh.
POKOK NANGKA
Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.
POKOK BACANG
Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol. Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.
Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.
Bacalah sekadar untuk menambah pengetahuan, tak percaya pun tidak mengapa.

TULISAN NORADABI ROSDI.

19 comments:

  1. Baru nak buat experimen tanam pokok ciku depan rumah dalam pasu besar. Kena pikir balik ni. Seram la pulak.

    ReplyDelete
  2. poko ciku kena tanam jauh sikit dari rumah fidah...tq.

    ReplyDelete
  3. Nauzubilah... oh ada pantang larangnya jugak ye.

    ReplyDelete
  4. Sememangnya kita memang sentiasa dikelilingi oleh makhluk-makhluk Allah ini. Tapi yang harus kita takuti hanya Allah semata-mata.

    ReplyDelete
  5. semoga kita tidak diganggu oleh jin n iblis yg menyesatkan..

    ReplyDelete
  6. Oh banyak juga pokok yg digemari makhluk.lain tu ya

    ReplyDelete
  7. kalau pohon beringin ditempat Saya memang terkenal berhantu, jadi serem, huh...

    ReplyDelete
  8. tengok pokok beringin pun..teringat zaman kanak-kanak..selalu ditakut-takutkan dengan 'hantu-hantu nakal' bila balik dari mengaji malam..

    ReplyDelete
  9. aiyakkk.. kalau lalu malam2 kan pokok besar2 smua rasa cm berhantu..

    ReplyDelete
  10. betul kata En Farid Majid
    Semoga amalan kita bertambah dan hanya ALLAH saja yg kita takuti.

    ReplyDelete
  11. asalam...semoga kita dijauhi..solat kena jaga..buat banyak kebaikan..amin.

    ReplyDelete
  12. Pokok beringin dgn pokok pisang tu mmg menakutkan... huhuhu

    ReplyDelete
  13. Nak cari pokok kekabu... mana tau jumpa yg standard maya karin huhu... :D

    ReplyDelete
  14. Hehheehe... sebenarnya bukan tempat tinggal hantu tapi tempat org jadi berperangai mcm hantu mencuri buah-buahan tu.

    ReplyDelete
  15. pokok cikuuu.. alaaaa baru berangan nak tanam.. takut lahh. heee

    ReplyDelete
  16. takuttt nya... huhu.. kecik2 dulu rasanya ada pokok ciku kt dekat rumah...

    ReplyDelete
  17. hakikatnya kita memang berkongsi alam dgn mrk . pasal pokok buluh ni sis ada pengalaman lah ... heheheee

    ReplyDelete
  18. Hubby ada tanam pokok nangka, tapi pokoknya tk besar sgt, jadi tklah seram pokoknya, he he..

    Makhluk ghaib pun ada tmpt tinggalnya, jadi tak mustahil.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist