Thursday 10 December 2015

IBU DAN ANAK...

ASSALAMUALAIKUM...


Ibunya menyebut namanya perlahan sekali dan amat lemah getarannya. Wajahnya tidak senang dan meriak marah. Hatinya mungkin berkata, mengapalah orang yang hodoh ini dan hanya terbujur di tilam ini seringkali memanggil-manggil namanya. Dia langsung tidak kenal siapa orang ini. Dan langsung tidak faham kenapa ramai pula orang turun naik rumah atoknya kemudiannya mengelilingi orang yang terbaring itu.

Setelah beberapa lama di rumah atok, abahnya membawanya dan orang sakit itu pulang ke rumah mereka pula. Sesampai di rumah barulah dia menyedari bahawa orang yang dimarahi kerana sering menyebut namanya itu adalah ibunya. Ibunya yang terlantar tidak berdaya akibat kecederaan teruk kemalangan jalanraya. Dia, kakaknya, abangnya dan adiknya yang baru berusia 50 hari turut terlibat sama.

Alhamdulillah kesemua mereka selamat dan cuma mengalami kecederaan kecil. Sebab atok terpaksa merawat ibunya yang sakit, abahnya terpaksa menyerahkan adiknya kepada makngahnya yang tinggal di KL untuk diasuh.

Kini hanya dia peneman ibunya kala atoknya dan abahnya berkerja. Dia akan berusaha menyuapkan nasi ke mulut ibunya dan memberinya minuman. Lebih banyak makanan yang tumpah daripada yang masuk ke mulut ibunya.

Sikap anak kecil yang baru berusia tiga tahun berusaha menolong ibunya yang sakit berat itu mengait rasa hiba setiap yang memandangnya.

Anak itu sentiasa di sisi ibunya hingga setelah ibunya bermaya sedikit dan mengurusinya pula masa demi masa.
"Kalau saya masuk universiti nanti sapalah nak teman mak ya..."
"Mak duk soranglah..."
"Tak takut?"
"Mati pun sorang jugak..."
Ibunya tersengih kegembiraan kerana anaknya yang baru bersekolah tahun tiga sudah bercita-cita memasuki menara gading.

Dan anak ibu yang seorang itu berjaya merealitikan impiannya sebagai graduan. Ibunya pula yang kesunyian kerana kehilangan peneman setianya kala meniti dukanya yang panjang. Dia tidak mengharapkan apa-apa lagi kecuali kebahagian anak-anak permata jiwanya. Kesendirian dan kesepian membuatnya mangli.

22 comments:

  1. Kakak cuba meletakkan diri kakak pada watak ibu yg PI titipkan di sini buat diri kakak terkesan pulak. Terharu tapi bahagia bila dpt tahu anak itu telah berjaya. Berkat doa ibu yg panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba utk merasai penderitaan yg lain tanda kakzakie sgt perasa n prihatin...tq kakzakie.

      Delete
  2. Sebak pulak CH baca Paridah..
    Sabar dan redha akan ketentuan Nya..
    Akhirnya memperolehi kemanisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq hayati turut sama merasai getar rasa ibu itu.

      Delete
  3. Salam Kak, baca terus KA sebabk, sebab mcm perbualan antara KA dgn anak2 terutamanya Adik, selalu je dier cakap, kalau Adik masuk asrama, kalau adik masuk U, kalau adik belajar jauh2, kalau Adik kerja jauh2, siapa nak jaga Ummi ngan abah.. rasa nak nangis kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam KA anak2 yg sentiasa bersama ibu/bapa mrk amat memerhati n memikirkan masalah yg didepani ibu/bapa kesayangn mrk...tq

      Delete
  4. Ahhh...sebak kak Zai dibuatnya. Walau pahit tapi akhirnya anaknya berjaya menjadi graduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah secebis kisah kehidupan zai, suka duka silih ganti tq.

      Delete
  5. Assalam kak...sebak membaca cerita ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. secebis kisah yg berlaku sekeliling kita aryan azraa...tq.

      Delete
  6. Asalam..sedih ..mana nilai adab kepada ibubapa...jadi pengajaran buat semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam anak n ibu bagai berpisah tiada kan cikgu etuza...tq.

      Delete
  7. sedih kisahnya kan wawa...tq.

    ReplyDelete
  8. perjalanan hidup mmg begitu . masing2 ada tanggungjawab dan keperluan ...

    ReplyDelete
  9. sebak ya anies jgn nangis dah...tq.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist