Inilah zikir yang di baca oleh Nabi Yunus AS semasa dalam perut ikan Nun selama 40 hari, sebelum di muntahkan semula oleh ikan Nun tersebut. Pesan ulama', dengan mengamalkan zikir ini, in sya Allah berbagai masalah & kesusahan akan dapat di atasi satu persatu. Hafallah zikir ni. Moga Allah rahmati kita semua. Aamiin.
KISAH NABI YUNUS DITELAN IKAN NUN
. Nabi Yunus a.s.
dikeluarkan dari perut Ikan Nun.
- Pada waktu penduduk Niwana telah ingkar kepada seruannya, Nabi
Yunus memohon Allah menurunkan seksaan kepada mereka. kemudian Allah menurunkan
wahyu bahawa akan di turunkan azab kepada mereka. Baginda, isteri serta
pengikut yang beriman keluar meninggalkan kaumnya yang ingkar dan menjanjikan
akan datangnya azab Allah setelah 3 hari dari peringatannya. Baginda mengajak
pengikutnya berangkat kesebuah gunung untuk menyaksikan azab Allah kepada
kaumnya dari kejauhan sehingga akhirnya kaumnya bertaubat dan Allah pun
menghilangkan azab tersebut dari mereka. Ketika Baginda azab Allah dah
berakhir, datang Iblis membisikkan keraguan bahawa kaumnya akan kembali
mendustakannya. Mendengar bisikan tersebut Baginda membawa rasa marah hingga
ketepi sungai Tigris. baginda tumpang sebuah bahtera. Ketika dalam pelayaran,
bahtera tersebut tiba tiba terhenti dan bergoyang, Baginda mengaku bahawa
Baginda lari dari Allah dan kapal tersebut tidak akan tenang selagi tidak
membuang orang tersebut ke dalam sungai. Semua penumpang telah kenal Nabi Yunus
dan tidak mahu melemparnya ke sungai dan akhirnya semua (3kali) menunjukkan
bahawa Nabi Yunus yang perlu dibuang ke sungai. Beberapa tempat yang ingin
dibuangnya Nabi Yunus diubah berikutan seekor ikan yang tersedia menunggunya
disungai tersebut. Namun akhirnya Nabi Yunus akur dibuang walau ke mulut ikan
yang sedia menunggu kerana sedar pada ketika tidak ada keselamatan kecuali dari
Allah. Setelah beberapa bulan berada dalam perut ikan akhirnya taubat Nabi
Yunus diterima di Allah memerintahkan ikan nun mengeluarkan Nabi Yunus.
Peristiwa selamatnya Nabi Yunus dari perut ikan berlaku pada 10 Muharram
Thanks kak PI sharing doa...
ReplyDeletetksh wawa...insyaAllah.
Deleteselalu di baca dalam solat taubat..
ReplyDeleten boleh dibaca dlm solat hajat juga...tq KY.
DeleteAsalam menjadi sejarah yang hebat kepada kita Muslim Muslimah...
ReplyDeletewsalam cikgu...ya kisah2 perjuangan nabi menyebarkan risalah Allah amat benar n kita mesti mempercayainya.
Deletetq cikgu etuza.
Moga menjadi amalan. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSalam Jumaat Kak :)
salam jumaat fidah...insyaAllah semoga mengamaalkannya.
Deletetq fidah.
assalamualaikum kak,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiaan yang bermanfaat. Zikir ini adalah penghujung ayat 87 surah al-anbiyaa, yang menceritakan kisah nabi Yunus atau juga dikenali dengan Zun-nun meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Zikir ini juga dibaca dalam sujud terakhir solat sunat hajat...Marilah kita sama-sama mengucapkannya...mudah-mudahan tertulis sebagai orang yang banyak berzikir...
wsalam dik ustaz.
Deleteterima kasih pencerahannya ustaz...kan untung kenali ustaz di laman maya ni dapat berkongsi info yg jelas drpd yg berilmu. kak ni xtahu sgt.
Memang dijadikan amalan tak kira dalam apa jua situasi.
ReplyDeleteyeke bagusnya zai...mudah menghafalnya tu...tq
DeleteBila baca kisah ini mesti teringat salah satu anak kakak (tak ingat mana satu) ada bawa kisah ini dlm pertandingan bercerita mendapat tempat ke dua.
ReplyDeleteyeke...kisah2 nabi memang seronok didengar kan...tahniah atas kemenangan anak kakzakie dlm pertandingan bercerita tu...tq
DeleteNabi yang Allah sayangi bayangkan hiduip dalam perut ikan di laut yang dalam...
ReplyDeletetak dapat nak gambarkan siksanya tu cikgu...Allah memilih nabi Yunus as untuk lalui pengalaman getir ini.
DeletePI saya selalu baca kisah nabi. Nak menangis..sangat sedih mereka disakiti..ada ja dakyah nak jatuhkan nabi tapi Allah sayang nabi sayang kita semua..Allahuaakbar
ReplyDeleteyelah cikgu etuza kisah2 nabi yg tempuhi pelbagai cabaran untuksampaikan dakwah kpd ummat begitu menyentuh hati kita..terlalu berat sekali dugaannya...tq cikgu etuza.
Deletejom amalkan.. baca selalu =)
ReplyDeletesuka cerita Nabi Yunus ni..
ya elok amalkannya siti...tq
ReplyDeleteDoa yg mmg selalu diamalkn dlm solat sunat taubat
ReplyDeletebanyak fadilat mengamalkannya xkira masa...tq anies.
ReplyDelete