CERPEN{
LAFAZ CINTA
OLEH:
PARIDAH ISHAK.
Untuk
mengisi kesendiriannya mengisi sepinya waktu, seorang anaknya membuka akaun
untuknya di alam maya yang akan membolehkannya berinteraksi dengan lebih ramai
kenalan di serata pelosok maya yang tidak ada batas sempadannya. Dengan
pertolongan seorang rakannya pula yang sudah lama berakaun muka buku (baca: Facebook) yang punyai beribu kawan (baca:
friends) dan mempromosi namanya di
jendelanya (baca: wall) ramai jugalah
yang menambah dirinya (baca: add) sebagai
rakan mereka.
Bermulalah langkah
menyusuri alam siber yang amat asing dan baru baginya. Generasi lama yang
terkial-kial dengan fenomena baru namun teruja sekali. Lalu dengan gigih dia
berusaha mempelajari segenap keperluan yang ditentukan Mark Zukenberg peneroka
dan pengusaha laman maya dunia itu agar tidak tersilap klik lalu terpadam pula
namanya daripada akaun itu..
Sungguh terkesima
dirinya membaca coretan (baca: status)
yang dimuat naik ke jendela FB yang kadangkala dirasanya terlalu berani meluah
rasa. Selamba saja mencoret ungkapan yang berunsur penghinaan kepada sesiapa
yang berkenaan tidak mengira sesiapa tanpa ada rasa bersalah sedikit pun. Yang berperang kata kerana teman
lelaki pun ada. Tidak terkecuali hamburan bahasa kesat kerana tidak selesa
berada dalam sosio politik yang terlalu banyak cabaran hidup yang terpaksa
dihadapi kini.
Kegeraman yang mengeram
di hati membina arca-arca hodoh yang diukir pengukir-pengukirnya. Foto-foto
porno berkelayaran dan video-video kekejaman dan kezaliman manusia yang ngeri untuk
dilihat kadangkala melintasi jendela mayanya dimuat naik kenalannya yang tidak
bertanggung jawab, hilang etika dan kewarasan. Terpaksa pula dia menyembunyikannya
(baca: hide) atau memadamnya (baca: delete). Tapi tidaklah dia menghapuskan
nama (baca unfreind) kenalannya itu
daripada senarai kenalan-kenalannya..
Jikalau dia merasa
status kenalan-kenalannya wajar dia menyukainya (baca: like) maka dia akan dengan sukacita mengklik like.
Sedang kusyuk dirinya
menatap aksara yang tersusun di jendela FBnya matanya menancap kotak pesanan
(baca: inbox) yang ada tanda merah.
Maksudnya ada yang mengirim pesanan yang memintanya meluluskan (baca: apps) permintaan sesaorang sebagai
kenalannya. Setakat hendak membenarkan permintaan seseorang yang ingin menjadi kawan
maya dan menambah kenalan sedia ada tidaklah menjadi masalah kepadanya walau
dia tidak mengenali si polan itu lantaran berselindung di sebalik penyamaran
nama dan wajah sebenar. Dia amat memahami kondisi itu. Memang tidak patut mendedahkan identiti dan fakta
sebenar mengenai diri masing-masing di laman maya yang kadangkala
akan mengundang bahaya sekiranya ada yang mengintai jendela kita dengan
maksud sebaliknya. Lagipun kita tidak kenali siapa mereka dan identiti sebenar
diri mereka. Tasdik tujuan di hati lagilah langsung tidak diketahui. Dia
berfirasat begitu mungkin..
Maka nama kawan-kawan mayanya
pun seiring dengan minat masing-masing. Sering bertukar ganti pula. Tidak akan
menjadi kesalahan yang akan didakwa dalam berakaun FB. Agaknya siapa yang akan menjadi kenalannya yang ke 500 pula.
Berbangga juga dia dengan kenalan FB seramai itu walau tidak sejumlah 5k
seperti kenalan-kenalan FBnya yang lain. Mengumpul kenalan maya begitu ramai bertujuan
bersilaturahim, menjalen ukhwah kemesraan hingga memetri ikatan persaudaraan semata
pasti Allah merestui niat suci murni itu. insyaAllah. Padanya hakikat
sebenarnya tidak jadi begitu lantaran yang sering menyapanya dengan coretan
manis membalas bicara statusnya hanya seorang dua.
Mungkin kenalan barunya
ini yang minta diluluskan untuk jadi kawan FB yang bermakna baginya dalam
ertikata sebenarnya.
“Hmm Dagang Perindu!
Siapakah dia? Cursor laju saja
menekan nama itu.
“Oh! Dia rupanya.
Terjumpa dalam ni pula kita ya.” Berpuluh tahun terpisah tapi wajah itu masih
dikenalinya.
“Kau ni macam tiada
siapa lagi yang kau berkenan kecuali dia.”
“Aku tak berkenan pun
dengan dia cuma berkawan saja. Kan kita kawan sepejabat. Macamana aku kawan
dengan kau begitulah aku kawan dengan dia.”
“Tapi kenapa kak Mazni
kata kau yang sibuk mengorat laki dia.”
“Mana ada! Kau ni
pandai-pandai saja menuduh. Tak mahunya aku merampas laki orang. Apalagi nak
bermadu dengan kak Maz yang cantik molek tapi garang tu.”
“Sebelum terjadi
apa-apa baik kau jangan rapat berhubungan dengan dia. Kau kata kau tak suka dia
tapi cara kau melayannya bukan main mesra lagi.”
“Layanan mesra sebagai
seorang kawan saja. Tidak lebih dari itu”
“Tapi aku rasa dia tak
anggap begitu. Nampak macam orang yang dah mabuk kepayang. Sentiasa nak dekat
dengan kau pantang ada peluang.”
“Ish! Lantak dialah
Nor. Yang penting hati aku. Kau beritahu kak Maz aku tak minat dengan laki dia
dan tak akan ambik laki dia buat jadi laki aku. Kau kan rapat dengan kak Maz.”
“Iyakah? Jangan yakin
sangat Syani.”
“InsyaAllah.”
‘Rupanya Dagang Perindu
ini adalah suami kepada Mazni yang sering merayu cintaku tapi tidakku hiraukan.’
Nostalgia lalu menggamit memorinya.
Foto-foto yang dimuat
naik ke jendela maya Dagang Perindu diamatinya satu persatu. Tidak kelihatan
pula wajah kak Mazni isteri kepada Dagang Perindu terselit dicelah foto-fotonya
yang banyak itu. Tetapi wajah seorang wanita ayu yang padanya amat berbeza
wajahnya dengan kak Maz.’ Siapakah ini? Masakan wajah kak Maz secantik dan
semuda ini? Sudah hampir 20 tahun jangkamasa perpisahannya, pasti ada perubahan
yang ketara pada wajahnya.’ Bertanya pula kepada dirinya sendiri.
Bicara Nazmi @ Dagang
Perindu via ruang berbual ( baca: chat room) hanya mengungkit kisah lalu mereka yang kononnya sangat
berbahagia dijalani dengan rasa cinta. Sedang langsung tidak difahami maksud
sebenarnya. Masih tidak jemu mengayatnya dengan gula frasa cinta yang indah
berbunga. ‘ Nazmi! Nazmi! Masih tak berubah perangai kau ya. Kau tak bacakah
status tentang diri yangku tulis dijendela mayaku bahawa aku sudah berkahwin?
Berdosa tau merayu isteri orang.’
Setelah meluluskan
permohonan kenalan lamanya menjadi kenalan baru FBnya dia menerima satu lagi
permohonan serupa. Kali ini dia merasa dia mengenali siapa yang memohon itu
kerana sering membaca komentarnya yang ditulis membalas (baca: reply) dalam post/kiriman Nazmi. Wanita
yang sangat mesra bersama Nazmi itulah orangnya dan akan.mudahlah baginya
mengemukakan pertanyaan apa saja yang terdetik di hatinya tentang bentuk tanya
yang banyak bergentayangan di mindanya.
+ Kau tahu Nor, Nazmi add aku kat fbnya.
-
Habis kau apps?
+ Mestilah! Kawan lama
tak jumpa…nak tahu juga khabar dan cerita mereka.
-
Tak bimbang kisah lama berulang kembali?
+ Takkan lah kot. Kita
kan masing-masing dah berusia. Kisah lama hanya jadi kenangan. Mustahillah dia
nak terpikat dengan aku yang dah kedut seribu ni.
-
Cinta tak mengenal rupa dan usia Syani
ooi!
Mungkin betul kata Nor
kepada Syani kerana dunia diperlihatkan tentang putera ratu Elizabeth waris
takhta Britain yang sanggup meninggalkan isterinya yang muda lagi cantik jelita
tetapi berpaling kepada kekasihnya yang amat dicintainya sejak lama walau telah
berusia. Putera Charles menyatakan cintanya kepada kekasih lamanya itu bukan
cereka walau kekasihnya itu telah berkahwin. Demi cinta sejatinya kepada
kekasih itu terlerailah ikatan perkahwinan masing-masing.
Dan dikahwini
kekasihnya itu dengan meninggalkan puteri Diana yang telah melahirkan dua orang
putera kepadanya. Puteri Diana kemudiannya meninggal dunia bersama temannya
Dodi al Fayed dalam kemalangan jalan raya di Paris. Sayu dan hiba pula hatinya
mengenangkan nasib malang puteri Inggeris itu yang diabaikan kasih sayang
suaminya yang didambakan sepatutnya menjadi miliknya. Tanpa sedar naluri
wanitanya yang halus menitiskan air mata.
Dia mengharapkan
kisahnya dan Nazmi tidak akan begitu. Cintanya hanya untuk suaminya. Bukan
untuk Nazmi walau secebis rasa. Sekirannya tidak dilayan akan gangguan perasaan
yang dicetuskan Nazmi kepadanya sudah tentunya semua itu akan berlalu tanpa
kesannya begitu saja.
Idola cintanya hanya Rasullullah junjungan nabi Muhammad saw
yang menyemikan cinta abadi kepada ummul mukminin saidatina Khadijah isteri
baginda yang pertama. Percintaan indah dan sebenar dengan ijab Kabul yang sah
berwali, bersaksi hanya di dalam perkahwinan yang menjanjikan kebahgiaan dengan
jodoh yang ditakdirkan Allah.
+ Tapi yang aku heran
kenapa tiada foto kak Mazni dalam wall
dia.
-
Entahlah Syani! Sejak dia dan kak Mazni
bertukar ke cawangan syarikat kita yang lain aku pun tak tahu apa kisah mereka.
Mungkin sudah meninggal dunia kot.
+ Ish! Kau ni Nor, begitu
pula sangkanya.
-
Hidup dan mati kan lumrah. Dah ramai
kawan-kawan sepejabat kita dahulu yang dah arwah. Kitapun akan mengikut jejak
mereka bila tiba masanya.
+ Harapnya apa yang kau
fikir tu bukan kenyataannya. Nanti aku tanyakan pada Syira, kenalan baru yangku
lihat sering menempel wajahnya bersama Nazmi.
Hih..hih..hih! aksara pendek
berserta smiley orang ketawa besar
tertera di kotak pesanannya (baca: inbox).
-
Macam cemburu jer?
+Ish! Merapu jer kau
ni.
Leka dia mengadap media
yang baru dikenalinya sehingga dia perasan Syira tidak lagi membalas setiap
kiriman Nazmi ke jendelanya seperti kebiasaannya. Seorang lain pula yang
wajahnya kelihatan seakan kak Mazni pada pandangannya yang sering dengan mesra
membalas statusnya. Nampak gaya cara tulisnya kawan Nazmi ini orang dari
seberang. Belum sempat dia hendak bertanya begitu begini kepadanya tentang kak
Mazni sudah hilang pula Syira. Ke mana menghilangnya? Hatinya diserbu tandatanya.
Lagi sekali kejutan
kabar yang diberikan Nazmi kepadanya bahawa dia akan ke Malang menikahi wanita
yang menurutnya adalah cinta sejatinya hingga ke mati. Malinda sussanti menjadi
pilihannya. Insiden yang merakam peristiwa manis lagi bersejarah dalam hidup
Nazmi diikutinya lewat foto yang dimuat naik ke jendelanya tetapi tetap berkelayaran
seluruh maya dunia. Mesti Syira yang dirasainya berhubungan rapat dengan Nazmi
mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kisah Nazmi ini; dia nengagak
begitu.
+ Lama Syira tidak post
status, kenapa? Ke mana menghilang? Kebetulan Syira dah inbox kak ni dapatlah
kak bertanya sesuatu.
-
Ada saja kak! Tak ke mana-mana pun.
Tanyalah kak. Apa yg saya boleh jawab saya akan jawab.”
+ Kak ingatkan dik
Syira ni isteri Nazmi kak Mazni, tapi kak hairan pula bagaimana pula Nazmi
boleh berkahwin dengan Malinda tu. Jangan marah kak bertanya ya Syira.
-
Saya memang isterinya. Abang sebenarnya
dah lama bercerai dengan kak Mazni. Puncanya kerana abang ada hubungan dengan
wanita lain.
+ Setelah bercerai
dengan kak Maz, Nazmi berkahwin dengan Syira? dia menjebak tanya.
-
Iya kak! Tapi bukan saya yang menjadi
punca perceraian mereka tapi seorang wanita lain. Saya masa tu tak kenal lagi
dengan abang Nazmi. Kak Mazni memohon fasakh di mahkamah syariah.
+ Hmm…begitu kisahnya
ya!
- Saya kenal akak pun
sebab terbaca mesej akak dalam inbox abang Nazmi. Saya rasa abang Nazmi cuba
merayu dan menggoda akak juga tapi akak langsung tak layan. Tapi nampaknya
abang berjaya memujuk wanita Indonesia yang sebaya dengan usianya itu untuk
menjadi isterinya.
+ Kak sebenarnya tak
pernahpun bercinta dengan Nazmi, Syira. Kami berkawan saja pada kak. Mungkin
anggapannya kak ini tak begitu baginya. Tapi itu kisah silam kami Syira.
Semuanya sudah dihapuskan masa. Jadi Syira ini isterinya selepas dia ceraikan
kak Mazni ya?
- Bukan selepas itu
tapi lama selepas itu. Kami berkenalan dalam suatu majlis anjuran syarikatnya
berkerja dan syarikat saya berkerja. Kami berkahwin senyap-senyap di sempadan
dan tak siapa pun tahu.
+ kak ada juga bertanya
Nazmi kenapa sampai perlu berkahwin lagi dan bercerai dengan kak Mazni sedang
kak tengok mereka adalah pasangan yang berbahgia. Katanya rumahtangganya tidak
dapat diselamatkan lagi…rupanya begitu kisahnya. Habis Syira tak rasa kecewakah
dengan perbuatan Nazmi tu?
Pertanyaan apakah itu?
Sekadar bertanya mengetik aksara padahal dia tahu betapa sakitnya hati seorang
wanita pabila suami kecintaannya direbut wanita lain.
-
Memang sedih sangat kak, tapi abang tak
mahu ceraikan saya. Sudah saya nasihatkan dia, janganlah berkahwin dengan
wanita itu sedang baru saja berkenalan dif b. saya kan isterinya yang tidak
kurang suatu apa. Saya sangat-sangat sayang dan cintakannya. Dalam kehidupan
kami saya melakukan apa saja demi kebahgian kami termasuk berhabis wang ringgit
dan masa menjaga dirinya yang ada masalah penyakit tiga serangkai tu.
+
bersabarlah Syira. Kak pun turut bersedih juga, dengan apa yang Syira alami.
Nasib kita ni kadang tak seperti yang kita harapkan. Cuma jangan terlalu
bersedih dibuai rasa kecewa, marah, sedih. Pasti ada rahmat tersembunyi apa
yang telah berlaku. Mungkin kita melihatnya ketawa dengan kebahgiaannya yang
dirasakan hari ini dan jangan kita iri. Justeru Allah menyimpan rahsia skrip
hidup hamba-hamba-Nya. Banyak-banyak bersabar ya Syira.
-
Saya tengah sedih ni kak dan bercadang
nak tuntut fasakh di tempat kami berkahwin dulu kak. Terpaksalah saya ke
Thailand selepas ni.
‘Begitu pulakah Syira?
Tak dapat pula nak salahkan Syira diatas tindakan yang diambilnya kerana
situasi bermadu tidak mampu dijalaninya. Biasalah/normal. Selera kita pun berbeza-beza Walau makanannya
enak, menyelerakan dan tidak beracun tapi ramai yang menolaknya kerana tidak
berselera. Madu hanya manis kepada yang menyukainya tapi lebih pahit dari jadam
bagi yang fobia dengannya. Hairan sungguh aku dengan kau ni Nazmi. Sudah miliki
isteri yang cantik jelita tapi masih mengejar yang lain untuk dijadikan pasangan
bercinta. Apakah yang kau cari sebenarnya? Agaknya kau masih rindukan kasih
sayang kak Mazni yang telah meninggalkanmu kerana kesalahanmu mencuranginya.
Setelah kehilangannya kau berusaha mencarinya semula walau yang kau temui itu
seakan tapi tetap tak serupa.’
TAMAT.
jauhnya kena tuntut fasakh
ReplyDeleteterpaksalah tu anies...tq.
DeleteSalam, Done follow,
ReplyDeleteSinggah teratak Saya ye : http://wzalehawismail.blogspot.my/
wsalam. tksh sudi singgah n follow karyaku wan zaleha.
Deletesalams rindu untuk kak dah...dah lama sangat saya tak bw rakan-rakan:)
ReplyDeletewsalam amiiza rindu amiiza juga...tq
DeleteNasib dah tamat..
ReplyDeletePandai paridah tulis cerpen..
Akak peminat cerpen sebab ada penamat yg segera .. dari novel.. mahu tiga bulan baru akak habis baca ;)
kan..tapi novel walaupun berbulan puas baca..
Deletecerpen cpt jer tamatnya dibaca yati tapi nk tulisnya yg lama sikit.
Deletesekadar tulis apa yg terlintas di minda je...xpandai pun....tq hayati.
wah yan peminat novel ya...ralit baca novel ni yan..setap penulis novel berbeza ide tampilan mrk...tq.
Deleteasalam Pi ,menarik..hebat berkarya..ada moral of value..teruskan usaha ini
ReplyDeletewsalam cikgu...menulis suka2 saja. tq cikgu etuza...insyaAllah.
DeleteAda sambungan lagi tak cerita ini...
ReplyDeleteelek...heh..heh...dh xderlah tu fida...tq
Deletecantik bunga mawar...
ReplyDeletecantik mawar Australia tu MKL....tq.
DeleteSuka baca cerpen..Cerita yang menarik
ReplyDeleteyeke...tksh fidah. ada cerpen yg tinggi nilai sasteranya tapi cerpen kak just cerpen..
Deletehasil karya pak admin sebuah cerpen yang sangat menyentuh dan mengalir seperti aliran anak sungai cerita yang disuguhkannya...indah
ReplyDeletewah melambung pujiannya dik chilembu thea tksh banyak...terjatuh sakit tu heh..heh..
Deletebahaya jugak facebook ni..kadang2 boleh mengundang memori lama kalo ade add bekas2 ex :)
ReplyDeletemmg xboleh dinafikan berlaku semua tu cikgu n perlu bijak mengurusnya kan...
Deletetq cikgu nick nashram.
adeh main pujuk rayu.. hehee..
ReplyDeleteorg muda xexpert bab pujuk rayu ni siti heh..heh...tq.
ReplyDelete