BANJIR DAN BLOG KARYAKU 2015….
Banjir mula melanda
negeri-negeri di pantai timur selazimnya di musim tengkujuh yang belum berakhir
ini. Kelantan, Terengganu, Pahang sudah dinaiki air bah di beberapa tempat yang
telah dikenal pasti. Perpindahan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang lebih
selamat telah dilakukan.
Terkini - Sinar Harian
www.sinarharian.com.my/terkiniTranslate this page
Terkini. 09:43AM Mara Digital bukan 'eksklusif Bumiputera sahaja'; 09:38AM ... 05:38PM Pesakit jantung warga emas antara mangsa banjir diselamatkan ...
Sinar Harian
Semoga mereka yang
menempuhi ujian-Nya ini bersabar dan sentiasa berhati-hati menjaga keselamatan
diri dan keluarga masing-masing agar kesihatan terjaga dan terhindar daripada
sebarang bahaya.
Apa kena mengenanya
banjir dan blog karyaku ya? Mestilah ada! Sebab tulisan ringkas PI berserta
gambar-gambar yang berkaitan banjir yang berlaku melimpah dengan aliran trafik
yang agak tinggi. Walau setakat 2K saja bagi PI banyak sangatlah tu…heh..heh..
Setelah itu tiada peningkatan
trafik lagi tapi asyik menurun saja. Jikalau tiada entry baru langsung tiada
peningkatan viewers. Tak mengapalah tu kan. Asal ada beberapa ratus viewers
tempatan yang klik dan viewers google 3K-+4K okeylah tu kan…
Tidaklah penat saja menulis
melayan kemahuan diri dengan hasrat dikongsi bersama yang lain. Semoga perkongsian
semua entry PI bermenafaat kepada yang membacanya dan Allah memberi ganjaran
pahala yang banyak justeru kesukaan PI menulis blog demi Allah semata.
Kita mesti mengharapkan
sesuatu yang banyak daripada Allah SWT kerana Allah itu akan menurut sangkaan
hamba-hamba-Nya. Lalu bersangka baiklah sentiasa terhadap Pencipta kita…insyaAllah.
Harapan PI pada tahun
2016 yang bakal jelang esok lusa membawa perubahan yang diimpikan selama ini
samaada dalam bidang penulisan blog, penulisan kreatif dll.
INSYA ALLAH…BERKAT
LAILAHAILLALLAH…AMIIN..
Wow!! trafik 2 K subahanallah amat banyak tu PI jarang dapat 2 k..selalku 1K lebih ja..Pi tak daftar adsen kah? ..kalau ada ada juga duit sebagaiman yang Etuza baca di laman sifu HH.Tahnia ya tulah templet pun ringan ja..serius ringan..suka tau klik..
ReplyDeleteSemoga banjir cepat surut ya..selalu doa dan doa..Kami di Sabah doakan Malaysia agar selamat amin
tulah cikgu etuza tapi sekali jer heh..heh..cuba juga daftar adsense tapi xlulus.
ReplyDeleteamiin doanya semoga banjir yg berlaku dimana saja segera surut...tq
kalo makPah letak iklan adsense ke nuffnang ke dlm blog makPah mesti dh dpt juta juta lemon tuuu., huhu2 masyukk
ReplyDeleteyeke...dulu mak ada juga letak nuffnang tapi mrk byr dua kali jer lps tu bertahun xbyr katanya klick fraud ntahlah wak...tq
DeleteMoga terus suksess berblogging.
ReplyDeleteinyaAllah fidah...tq.
DeletePI kena laise dgn Kak Jee dia pandai
ReplyDeleteAtau cuba add dgn Nuffnang mesti semakin gempak.
Kalau blog kakak memang sengaja tak mahu top sangat sebab bimbang tak terlayan teman yg berkunjung utk dikunjung balas.
Jee n suaminya mmg terlalu banyak dh tolong kak pun.
Deletekak pun sama dgn kakzakie xpayahlah nk top sgt kan...sederhana pun ok...tq
saban tahun mereka ini menerima ujian sebegini..bersabarlah..
ReplyDeletemrk dh biasa hadapi tu semua KY sbb mrk sgt tabah...tq
Deleteharap mereka yg ditimpa musibah sentiasa tabah
ReplyDeletemoga2 begitu...insyaAllah...tq anies.
DeleteHarap2 tak jadi macam tahun lepas. Moga mereka bertabah
ReplyDeletemoga2 x n dijauhi Allah..tq fyda noh.
DeleteSimpati dengan nasib saudara2 kita kat pantai timur sana kan PI.Semoga mereka tabah hadapi musibah banjir ini.
ReplyDeleteya kita bersimpati sgt saniah harus tegar tabah utk hadapi semua ni...tq
Deleteheh..heh..rajin sangatlah tu...kat fb ada juga share xder join mana2 grup blogger lagi tu yg nk join grup blogger diana...tq
ReplyDeletemoga banjir tidak terlalu besar seperti tahun lepas, simpati pada mereka yang diuji itu, moga mereka tabah menghadapinya
ReplyDeleteMOGA2 BEGITU...INSYA ALLAH NAMPAKNYA BANJIR DH SURUT TU...TQ ARYAN AZRA.
ReplyDeleteblog yan trafik baru 80 sehari...banyak juga trafik akak
ReplyDeleteoklah tu yan..blog yan baru lagi...kak ni dh bertahun blogging pun trafik semput jer heh..heh...tq
ReplyDeletekeep blogging kak!
ReplyDelete