Sunday 28 December 2014

KISAH SEDIH AWAL PAGI...



ASSALAMUALAIKUM...



ALFATEHAH.

CORAT-CORET PAK ENGKU..
BANJIR OH BANJIR, KAU DATANG LAGI
MEMBAWA BERSAMA MIMPI NGERI.
AIR OH AIR HUJAN MENCURAH,
TASIK DAN SUNGAI AIR MELIMPAH;
TIADA AIR INSAN MERESAH,
TEELEBIH-LEBIH MENJADI MUSIBAH.
TASIK CINI TASIKLAH KENYIR
TEMPAT INDAH UNTUK RIADAH;
SANA SINI SUDAHLAH BANJIR,
RAMAI SUDAH TERPAKSA PINDAH..
Bila banjir melanda bukan seperti biasa, itu dikira bencana. Rumah dan harta
musnah jadinya. Dan kaum marhaenlah yang paling menderita dan tersiksa.
Apakah bah atau banjir yang terjadi ini sebagai musibah yang Allah turunkan
kepada hamba Nya?
Aku teringat akan sebuah lagu puisi, 'Berita Kepada Kawan' nyanyian
Ebeit G Ade yang antara lain bait-bait lagu puisinya berbunyi....
"BARANGKALI DI SANA ADA JAWABNYA
MENGAPA DI TANAH KU TERJADI BENCANA
MUNGKIN TUHAN MULAI BOSAN
MELIHAT TINGKAH KITA
YANG SELALU SALAH DAN BANGGA DENGAN DOSA-DOSA
ATAU ALAM MULAI ENGGAN
BERSAHABAT DENGAN KITA
COBA KITA TANYAKAN PADA RUMPUT YANG BERGOYANG....."
Banjir atau bah yang berlaku waktu ini amat berbeza sekali dari tahun-
tahun yang terdahulu. Ia banjir besar atau bah besar. Telah berpuluh dekad
tidak berlaku bah atu banjir yang sebegini.
Apakah ini bencana atau musibah yang di turunkan Tuhan. Berpunca
dari salah dan silap kita sendiri. Kita yang selalu berbuat salah. Selalu lupa
untuk mensyukuri nikmatnya. Sering mengkufuri nikmatnya. Terlalu
bangga dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Kerap ingkar akan perintah
dan suruhannya. Cubalah kita renungkan sedalam-dalamnya. Apakah
ada kemungkinan itu?
Atau mungkin juga alam mulai enggan bersahabat dengan kita kerana kita
sering alpa untuk menjaganya dengan baik. Bukit dan gunung habis
ditarah. Dibotakkan! Digondolkan! Bagaimanakah bumi dapat menyerap
air berlebihan yang turun dari langit itu. Inilah puncanya! Berpunca dari
kerakusan manusia yang mahu mencari kekayaan yang sangat-sangat
berlebihan di muka bumi Allah ini. Segelintir manusia yang tamak haloba
dan hanya mementing perut sendiri.
Selagi manusia tidak punya keimanan yang kuat, tidak mahu kembali
ke jalan Nya, janganlah terperanjat nanti kalau berlaku lagi berbagai
bencana dan musibah yang diturunkan oleh Allah.
Kepada mereka-mereka yang terlibat dengan banjir ini dan yang rumah
dan harta benda mereka musnah, marilah kita berdoa kepada Allah agar
mereka sentiasa selamat dan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam
mengharungi hidup selepas ini. Kata perbidalan, "Bagaimana berat
mata memandang berat lagi bahu yang memikul!" Itulah hakikatnya.
Akhir kalam, sebuah pantun untuk mereka-mereka yang berumah di tepi
atau berhampiran sungai,.
BERAS MELUKUT DIMAKAN MERBAH,
DI ATAS TANAH SI BURUNG PUNAI;
KALAU TAKUT DILANDA BAH,
JANGAN BERUMAH DI TEPI SUNGAI.
SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM.

20 comments:

  1. as'salamualaikum..baca hingga habis, sedihnya dan nampak ada sesuatu yang paentadbir blog ni nak salurkan. Marilah beramai2 insaf dan betulkan keadaan. Tapi kalau gunung bukit dah ditebang digondolkan..Etuza hanya mampu menggelangkan kepala..ada kaitan banjir ini.Ambillah iktibar tegakkan keyakinan pada Allah, doa banyak2. ^ naka kecil tu ..Ya Allah kesian..berlah perlindunganMu keatas 6 adik beradik ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah mengingatkn kita akn kesilapn n kzaliman yg kita lakukn hingga terjadinya bncana ini...moga2 anak2 innnni mndpt pembelaan n bntuan sewajarnya tq cikgu etuza...

      Delete
  2. sedihnya..kecil-kecil lagi anak2 ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu nohas...moga nasib anak2 ini terbela....tq

      Delete
  3. Replies
    1. insyaAllah moga anak2 ini dirahmati Allah....tq MKL.

      Delete
  4. allahuakbar. semoga allah lindungi anak anak ini :(

    ReplyDelete
  5. Luruh airmata kakak PI
    Membayangkan nasib masa depan mereka aduhai...

    ReplyDelete
  6. al fatihah ... mrk insan terpilih untuk diuji . semoga adik2 itu bersemangat meneruskan hidup dan mendapat sokongan keluarga terdekat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...ujian Allah trhdp kita xterduga...tq QV

      Delete
  7. takziah buat keluarga mangsa.. smoga segalanya cepat beransur surut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...pasti Allah mendengar doa2 hamba2-Nya. tq Pha is.

      Delete
  8. Assalamualaikum kak,
    Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
    Kita tidak meminta ujian kita juga tidak dipinta untuk meminta ujian tetapi kita dipinta berdoa agar ujian yang menimpa sesuai dengan kemampuan dan kesanggupan kita. Siapakah yang lebih mengetahui kadar kesanggupan kita? Tentulah Dia, Allah Yang Maha Pengasih.

    Takziah atas keluarga ini, semoga Allah SWT memberikan segenap kesabaran dan ketabahan kepada mereka dalam menghadapi ujian yang besar ini. Disebalik kesusahan itu ada bersamanya kemudahan.

    ReplyDelete
  9. wsalam dik abuikhwan tq....benar tu setakat memandang n xmerasai apalah sgt. ujian Allah itu berbeza-beza menimpa hamba2-Nya...harus tabah n redha...ucapan takziah dari lubuk hati kpd semua mangsa2 bnjir juga...

    ReplyDelete
  10. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya... Doakan yg terbaik buat mereka semua. Semoga dipermudahkan urusan dan terbela nasibnya.

    ReplyDelete
  11. bagaimana laa nasib mereka terutama yg kecil sekali tu... semoga semua mangsa2 banjir tabah menghadapi hari2 yg emndatang

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist