Thursday, 11 September 2014

UPSR PUN BOCOR...

ASSALAMUALAIKUM...

PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.



IBU/BAPA BARU SAJA MENGUPDATE KE LAMAN SOSIAL PILIHAN MASING-MASING TENTANG ANAK-ANAK MEREKA YANG MULA MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR PADA SELASA LEPAS .

MASUK HARI KEDUA PEPERIKSAAN YANG DIJADUAL TIDAK DAPAT DITERUSKAN DAN TERPAKSA DITUNDA KE SUATU TARIKH LAIN PULA KERANA PENGAWAL PEPERIKSAAN DI SEBUAH SEKOLAH MENEMUKAN JAWAPAN SEPENUHNYA KEPADA SETIAP SOALAN YANG DIAJUKAN DALAM KERTAS SOALAN DIBAWA SEORANG MURID KE DEWAN PEPERIKSAAN.

SELAIN KES ITU ADA PULA YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB MEMUAT NAIK SOALAN DAN JAWAPAN KE LAMAN SOSIAL.

GOOGLE MEREKODKAN CATATAN DALAM CARIAN UPSR SOALAN BOCOR SEJAK, 2111, 2112, 2113.

UPSR BEGITU PENTING BUAT LANGKAH PERMULAAN SEORANG PELAJAR UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MASING-MASING YANG KONONNYA PERLU DIBENTUK DENGAN KECEMERLANGAN DIDALAM PEPERIKSAAN SAMBIL MEMASTIKAN SEKOLAH TERBAIK UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN PERINGKAT DEMI PERINGKAT.

TAPI APA SAJA KESALAHAN YANG DILAKUKAN DENGAN CARA YG TIDAK JUJUR DEMI MERAIH KEJAYAAN MESTI DIBETULKAN.




KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.
Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.

Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.
Sebanyak 473,175 calon menduduki UPSR bermula semalam sehingga esok.

Berdasarkan jadual peperiksaan UPSR, kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2 dijalankan semalam manakala hari ini Matematik Kertas 1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.

Esok, peperiksaan bagi subjek Sains sebelum penangguhan, sepatutnya dijalankan dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi. Berjalan mengikut jadual esok ialah peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa Inggeris Kertas 2 serta Aptitud Tahun Enam


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my


17 comments:

  1. utk apa mereka buat mcm ni??sian ank2

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah...orang2 ni mcm2 yg difikirkannya utk kepentingan sendiri...org lain usah dikira...tq anies.

      Delete
  2. Kerja siapa ni kalau bukan org atas yg diberi kuasa tapi tak bertanggung-jawab. Ingatlah pasti ada balasannya. Dahlah minggu depan ni cuti sekolah panjang. Anak-anak ingatkan hari ini dah last tapi sebaliknya cuti ini kena struggle balik kerana periksa gantinya 30hb. Kesian anak-anak tak salah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtau kita nak agak kerja siapa yg pentingkan diri sendiri tanpa fikirkan anak2 yg didedahkan dgn penipuan mencari kejayaan sejak kecil...yg kasihannya anak2 n guru2 yg bertungkuslumus secara jujur demi kejayaan n merancang percutian selepas exam dgn rasa lega....tapi dh jadi sebaliknya...tq kakzakie.

      Delete
  3. teruk kan, sungguh tidak amanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak amanah n menyusahkan banyak pihak...tq nohas.

      Delete
  4. macam mana boleh bocor/..pelik betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah ....tapi ada yg berminat dgn kerja2 pelik2 ni..tq acik Aku Pengibur.

      Delete
  5. kesian pada anak2 n guru2 yg telah bersedia n merancang sebaiknya kan...tq MKL.

    ReplyDelete
  6. Hari ni kertas B.Inggeris pula bocor... Kesian calon2 UPSR dan ibubapa...

    ReplyDelete
  7. semua xboleh pakai ya...menyusahkan calon2 UPSR guru2 n ibubapa...tq BM.

    ReplyDelete
  8. semua kertas bocor agaknya...
    macam tu la tiap2 tahun...kenapa jadi begitu
    Ya khabar iswad...!

    ReplyDelete
  9. semuanya dh bocor tu...susah kalau xamanah dgn tugas yg digalas ni...tq abuikhwan.

    ReplyDelete
  10. betul tu mmg kesian...tq zumal.

    ReplyDelete
  11. Hadoih.. macam-macam.. dahlah haritu senior kata.. kot-kotlah satgi PT3 bocor macam UPSR.. Kami yang Form 3 ni jerit macam.. hadoih.. harap tak berlakulah =,=

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist