Sunday, 28 September 2014

SILAT MILIK SIAPA?

ASSALAMUALAIKUM....


Silat milik siapa?
Kenyataan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Roy Suryo yang berhasrat untuk mendaftarkan pencak silat di Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk diiktiraf sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan republik itu, menarik perhatian Awang.

Menurut laporan Jakarta Post, langkah tersebut diambil kerana terdapat usaha dari negara jiran yang mahu menjadikan pencak silat sebagai kebudayaannya sedangkan ia adalah milik Indonesia.

Walaupun Roy Suryo tidak menyebut jiran yang mana, ia sebenarnya ditujukan kepada Malaysia. Pertubuhan silat Malaysia telah pun mendaftar pencak silat di UNESCO dua tahun lalu. 

Sebenarnya inilah antara cabaran menjadi negara serumpun yang berkongsi banyak perkara terutama sejarah dan budaya. Berdasarkan sejarah, silat telah tersebar di gugusan kepulauan Melayu dan Nusantara sejak abad ketujuh lagi. 

Di Semenanjung Tanah Melayu, kemuncak perkembangan silat adalah pada era Kesultanan Melaka pada abad ke-15 sebagaimana dibuktikan menerusi kajian dan penulisan. Negara dan wilayah Nusantara antaranya Indonesia,

 Malaysia, Brunei, Singapura, selatan Filipina dan Thailand juga ada kepentingan dalam soal sejarah dan warisan persilatan. Setiap negara ada latar belakang dan hujah tersendiri.

 Maka pada pandangan Awang, Indonesia juga berhak untuk mendaftarkan pencak silat di UNESCO sebagaimana Malaysia. Ini semua hal kecil, yang tidak perlu diribut-ributkan. 

Hubungan akrab Malaysia -Indonesia jauh lebih bernilai daripada sekadar isu hak milik ke atas silat, yang perdebatannya tidak akan berkesudahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

20 comments:

  1. Budaya serumpun nak buat macam mana kan... Kena terima je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu budaya serumpun yg yg jadi tradisi sejak lama....tq zumal.

      Delete
  2. wah pandai bersilat ya...bagus tu seni mempertahankan diri yg patut di pelajari...tq farhana mohamad.

    ReplyDelete
  3. masih bingung milik siapa ini ya?
    visit back ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. silat tentulah milik kita warga nusantara....tq media2give.

      Delete
  4. budaya serumpun..ada persamaan..suka tengok orang bersilat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada persamaan budaya justeru serumpun tetapi ada kelainan caranya yg tersendiri...tq nohas...

      Delete
  5. dulu dengan abang wakil johor masuk silat tempur... jangan gaduh2 kita warisi dan tunjukkan pada generasi akan dtg.. gaduh tak selesaikan masalah

    ReplyDelete
  6. wah tahniah...tentu acik n abang pesilat yg hebat...silat tempur tu bukan silat tari...benar kata acik seni silat sudah warisi bangsa sejak lama turun temurun...walau serumpun tapi masing-masing kita mewarisi seni silat yg ada kelainannya. seni silat itu umum sifatnya...tq acik Aku Penghibur.

    ReplyDelete
  7. Seorang sahabat bertanya: "Ada silak?" (loghat t`ganu)
    Saya jawab: "Ada, bakpe takdoknya. Hari-hari boh.."
    "Apa pulok hari-hari," tanya dia lagi
    "La silak (silat), ingatkan silak (silap). Kalu SILAP hari-hari buat."
    Senyum.

    seni silat ni warisan melayu tak kiralah malaysia ke indonesia ke..satu rumpun..tak perlu gaduh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..silakmung...miss comunication...benar tu silat seni warisan bangsa xkira dimana mrk berada..Indonesia n Malaysia bukannya jauh sebelah-menyebelah jer..biasanya apa yg dimiliki jiran kita akan miliki juga...tq abuikhwan.

      Delete
  8. milik kita semua ,,,, hehehe :)

    ReplyDelete
  9. benar tu fiu s milik kita bersama yg mewarisinya drpd keturunan kita...tq Fiu S

    ReplyDelete
  10. malaysia,indonesia..satu rumpun je. silat tu warisan bersama..teringat masa kat u dulu bljr silat gayung..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah pandai bersilat gayung ya..anak Melayu sejati ni...Msia n Indnesia dari teras yg sama tentu banyak persamaannya...tq Nick Nashram.

      Delete
  11. kita satu rumpun..x perlu ribut2 dong he..he.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokoknya buat sama2 berteduh.dong....heh..heh..gurau saja..tq sobri

      Delete
  12. laaa.. pasal silat pun mau ribut2... dulu2 lagu... pastu tarian dan alat muzik... menda kicik punya hal laa... dah kita kan serumpun melayu... terima hakikat itu... selesai masalah... :)

    ReplyDelete
  13. berfikir mudah...penyelesaiannya xsusah...ilmu itu dipelajari n akan menjadi hak sesiapa yg mempelajarinya...tq idah.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist