SECEBIS KISAH HAJI DULU-DULU...
Pic google untuk hiasan.
aLFATIHAH...
Kami anak-beranak suku-sakat dan kaum kerabat tokwan berbondond-bondong ke pelabuhan Pulau Pinang untuk menyambut kepulangan tokwan dari tanah suci Mekah. tidak sabar hendak melihat dan bertemu tokwan.
Aku nampak tokwan turun dari kapal dan menuju kepada paklang memeluknya dan datang pula memelukku. Berbangga sungguh hatiku dipeluk tokwanku yangkusayangi itu. Tokwanku ini sifatnya yang unik. pendiam. cakapnya boleh dikira,. langsung tidak pernah marah kepadaku atau sesiapa saja.
Semua anak cucu menyayanginya. namun pasti bertanya sayangkah tokwan kepada kami anak cucunya dengan sikapnya yang selamba tidak kisah itu. Melihat cara tokwan terkini aku yakin tokwan sayangkan kami anakcucunya.
Lebih-lebih lagi aku cucunya yang sulung ini. cucunya yang pernah dibawanya menaiki basikal ke bandar Yan untuk mendapatkan kad pengenalan.
Bayangkan betapa penatnya tokwan mengayuh basikal sejauh 20km membawa beban berat di pelantarnya pergi dan balik. Memori yang tak mungkin kulupa. Tokwan yangku sayangi itu membawa beberapa hadiah yang dibelinya di Mekah dan memberinya kepadaku. Bertambah-tambah kasihku kepada tokwanku itu.
Kesihatan tokwan agak merosot setelah pulang dari menunaikan ibadat haji. dan jatuh sakit pula. sedih melihatkan keadaan diri tokwan yang kurus kering dengan perutnya bengkak. sakit apakah itu? entahlah. aku hanya mendoakan Allah memulihkan kesihatan dan memberikan kesejahteraan kepadanya.
Doa anak cucu dimakbulkan Allah. Tokwan sihat semula dan merancang menziarahi keluargaku di Pahang. bapa pulang menaiki keretanya untuk mengambl tokwan dan tok. hajat bapa untuk membawa tokwan pulang ke Pahang tidak kesampaian.
Tokwan terlebih dulu dibawa pulang ke rahmatullah...innalillah. kesedihan kerana kehilangannya dirasakan hingga kini.

PS...
SEMOGA AYAHBUNDA, WARIS-WARIS KITA, SAUDARAMARA KITA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN PERIBADATAN HAJI MEREKA DAN SEGALANYA DI TANAH SUCI MEKAH, KELAK PULANG MEMBAWA HAJI YANG MABRUR SEMPURNA....AMIN.
amin...tq MKL.
ReplyDeletetok wan kak nah p mekah dulu pun naik kapal di penang... masa tu budak kampung macam kak nah suka sangat sbb dapat anta tok wan dan dapat tengok kapal besar dari dekat..masih jelas diingatan..tok wan bawa tong sara..
ReplyDeleteSeronok sungguh beramai-ramai ke pelabuhan p.pinang masa tu tahun 75 lama juga tokwan di Mekah sbb tahun 76 baru pulang....tong sara mesti bawa sarat dgn bekalannya...tq Kak Nah.
ReplyDeletealfatihah untuk tokwan.
ReplyDeletezaman dulu naik kapal. tapi sy tak lahir lagi.
amin..terima kasih...itu kisah lama dulu..tq Hikayat Seorang Budak
ReplyDeleteAl Fatihah... Tok wan zumal pun pernah bawak zumal naik basikalnya ke sekolah dan ke pekan...
ReplyDeleteterima kasih zumal...zumal pun ada pengalaman naik basikal dgn tokwan ya...indahnya kenangan tu kan...tandanya nilai kasih syg yg tinggi antara tokwan n cucunya...tq zumal.
ReplyDeleteAl-fatihah... orang dulu2 naik kapal laut berbulan baru sampai ke mekah... tak boleh bayangkan camana keadaan tinggal atas kapal berbulan2 kan kak...
ReplyDelete