Saturday, 23 August 2014

ZYWHER DAN KELAS PERPADUANNYA...

ASSALAMUALAIKUM...
pic google untuk hiasan.

unik nama ini kan. Seunik yang empunya diri juga. Zwyher ini adalah anak saudara kepada cik Jazam Lusah pemilik toko yang menjual akhbar dll juga seorang aktivis masyarakat setempat yang dikenali ramai. 

Aku mengenali mereka dengan baik kerana setiap hari mengulang ke toko itu untuk mendapatkan akhbar langganan pejabatku. Cik Jazam sering menggalakan aku menulis bersungguh-sungguh. 

Namun anggapanku tidak pula begitu. Aku menulis sekadar suka-suka. Entah kenapa terbetik pula hasrat untuk menulis tentang anak saudaranya dalam bentuk berita profile kerana keaktifan gadis itu melibatkan diri dalam persatuan belia disamping jawatannya sebagai guru tadika dan guru kelas perpaduan. 

Aku dapatkan sekeping potretnya untuk kusertakan bersama rencana yang telah siapku taip itu. Beliau bersetuju saja dengan kemahuanku. Setelah mengirimkannya ke Utusan Malaysia kerjaku setiap hari adalah menyelak lembar akhbar itu. Manalah tahu kot disiar tulisanku itu. 

Memang ada rezekinya. Cerita zwyher disiar dalam ruangan wanita akhbar itu. Cantik sekali wajahnya tertera di dada akhbar. heboh orang kampung tentang cerita Zwyher masuk suratkhabar. 

Zwyher pula mendapat banyak kiriman surat daripada peminat-peminat yang ingin mengenalinya ekoran topiknya yang kutulis itu. 

Setiap karyaku yang disiarkan dalam UM mendapat wang honor yang dikirim dalam bentuk cek. Ternganga aku. Maklum takpernah tahu tentang cara2 penggunaan cek-cek ini. 

Cik jazam menyelesaikan masalahku dengan mudah. Beliau seorang ahli bisnis mestilah tahu. Cek-cek itu kuberikan saja pada Cik Jazam. dan diberikan pula nilainya yang setara kepadaku. Cek-cekku itu dimasukan ke dalam akaunnya.

Mudahnyalah kan...tidak payah bersusahpayah ke bank menukarnya....

6 comments:

  1. pengin juga nih dapat honor, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dgn blogging juga boleh juga dpt honor tapi kena join nuffnang r add pengiklan...tq Comtell Cell.

      Delete
  2. dari tulisan mendapatkan honor, hmm...asik sekali...

    ReplyDelete
  3. dulu2 nk dapat honor kena rajin menulis di akhbar..tq Ione Nasition.

    ReplyDelete
  4. unik nama tu..oklah, mcm tu kan, Zwyher menjadi terkenal dan penulisnya mendapat wang honor..

    ReplyDelete
  5. begitulahh heh..heh..tq nohas.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist