ASSALAMUALAIKUM...
Bulan merdeka yang bakal dirai dipenghujungnya
menuruti tapak yangku atur satu persatu
dan meninggalkannya
dan menganggapnya kenangan silam
Kenangan silam yang bersejarah
semua itu tertulis
dari pengalaman warga terdahulu
kisah-kisah
kesusahannya
kesulitannya
kesukarannya
Catatan panjang itu
dibaca berulangkali
dengan hati
Kini semakin dewasa
se tahap usia kemerdekaan
semakin terasa pula
kesakitan - yang menyakitkan hati
kesusahan - yang menyusahkan perasaan
kesukaran - yang menyukarkan minda menimbang pertimbangan
tentang pengisian kemerdekaan
Kerana
kemerdekaan tanah air
yang diperoleh dengan bijaksana
nenda-nenda kita
semakin ternoda keluhurannya
Dan api permusuhan sedang dinyala
asapnya telah dihembus
keserata ceruk kota dan desa
Moga angkara perosak pendurjana
dibenteras segera
justeru Ogos akan terus dirai
sebagai jati diri anak-anak bangsa
yang cintakan pertiwi
Oleh..
Paridah Ishak...
Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi
-
Assalamualaikum wbt
Hari Rabu lepas, SR dan zaimi cuba makan tengahari di Makan Tengahari Di
D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi ni. Asalnya nak makan di Mo...
4 hours ago
Assalamualaikum warahmatullah,
ReplyDeletetahniah kak, torehan minda yang puitis tetapi bersemangat hasil daripada sejarah kemerdekaan. Ogos akan sentiasa diingati dan dirai...kerana di situ bermula sebuah negara yang bebas dan merdeka. sedang lama kita terlena di bawah pijakan penjajah..
wsalam..kita mesti merai tarikh kemerdekaan negara yg kita sayangi kerna kita bertuah miliki tanahair kita sendiri hasil usha pemimpin2 bijaksana dahulu...cuba bayangkan andai kita xbernegara hidup terlonta-lonta sbg pelarian...tq dik abuikhwan...
DeleteDisini lahirnya sebuah cinta :)
ReplyDeleteIndah puisinya.
benar di sini lahirnya sebuah cinta...bersemi abadi...tq budak.
DeleteOgos itu artinya lebih kurang apa ya kak :)
ReplyDeleteogos itu bulan kemerdekaan yg dirai...sama spt Indonesia yg menyambut ulang tahun kemerdekaannya esok ya..tq dik Purnomo.
ReplyDeletesalam merdeka dari Indonesia :-)
ReplyDeleteTERIMA KASIH..SALAM MERDEKA UNTUK INDONESIA JUGA...TQ Joe Ismail.
ReplyDeletethumbs up!!
ReplyDeleteidah memang salute kak paridah nie... pandai melahirkan kata2 puitis... yang disusun cantik menjadi sebuah puisi... :) ekhhh macam idah plak nak bermadah pujangga... :D
ReplyDelete