Monday, 18 August 2014

INILAH SEBUAH PERMULAAN...KEHIDUPAN


ASSALAMUALAIKUM...
Republish

 GAMBAR GOOGLE INI KALAU TIDAK SILAP ADALAH LAWATAN ALLAHYARHAM TUN ABD.RAZAK KE FELDA JENGKA DUA PADA TAHUN 1971. TIKA ITU MASIH BANYAK RUMAH KOSONG YANG TIDAK DITEMPATI PENEROKA. PENEROKA FELDA ULU JEMPOL DAN AHLI KELUARGANYA TURUT SAMA MERAIKAN LAWATAN TUN RAZAK ITU. TERMASUK PI YANG TERLIBAT SAMA DIBAWA MENAIKI LORI KE JENGKA DUA. SERONOK JUGA RAMAI-RAMAI MENAIKI LORI SAMBIL MENYEDUT DEBU TANAH MERAH JALAN YANG TIDAK BERASPAL.
 WALAU TIKA ITU AKU MASIH KECIL TAPI AKU INGAT ANTARA SELOROHAN ALLAHYARHAM TUN RAZAK DALAM UCAPANNYA "SAMPAI SAJA SAYA DI SINI SORANG ANAK MUDA DATANG BERJUMPA MINTA SAYA BERIKAN SEBUAH MOTORSIKAL..." KEMUDIAN TUN MENERUSKAN UCAPAN SAMBIL MENIUP SEMANGAT AGAR PENEROKA BERSABAR DENGAN KESUSAHAN YANG DIHADAPI.

MOTORSIKAL MEMANG SANGAT DIPERLUKAN SEBAGAI ALAT/KENDERAAN UNTUK KEMUDAHAN PERHUBUNGAN, JADI TENTU TIDAK HAIRAN JIKA ITU PERMINTAAN YANG DIKEMUKAKAN KEPADA PEMIMPIN NEGARA PELOPOR FELDA ITU.

SEBUAH RUMAH KECIL DENGAN SATU BILIK TIDUR, RUANG TAMU, DAPUR AKAN DIHUNI PENEROKA SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA. KALAU RAMAI ANAK-ANAKNYA TENTU SEMPIT RUANG YANG BOLEH DIKONGSI. NAMUN ITULAH NASIB PERMULAAN SEBUAH KEHIDUPAN BARU DI FELDA.



 KANGKONG YANG MEMBIAK SUBUR DI DALAM PAYA JUGA MEMBAWA PERANAN PENTING SEBAGAI SUMBER MAKANAN SELAIN TANAMAN KONTAN SEPERTI UBI KAYU, KELEDEK DLL. KANGKONG DIJADIKAN SAYUR YANG ENAK DENGAN OLAHAN PELBAGAI RESEPI DALAM KEHIDUPAN PENEROKA. SUSAH-SUSAH SANGAT DIREBUS SAJA UNTUK JADIKAN ULAM DICICAH SAMBAL BELACAN ATAU BUDU.


LANGKAH MULA YANG DIATUR MENEMPUH PERIT GETIRNYA KEHIDUPAN DI FELDA TERNYATA TIDAK SIA-SIA DAN MULAI MENAMPAKAN HASIL YANG BERBALOI. KALAU DULU ORANG KATA MASUK FELDA HANYA DAPAT SAHAM, RUPANYA SETELAH BK/BAYARAN KEMBALI HABIS DIBAYAR MELALUI POTONGAN PAYSHEET, GERAN TANAH PUN DIKELUARKAN. DAN DAPAT PULA SAHAM FGVH YANG MEMBERI DIVIDEN SELAIN SAHAM KPF SETIAP TAHUN.

KELEGAAN HIDUP YANG DINIKMATI DI FELDA HARI INI RAMAI PENEROKA YANG BERSUSAH PAYAH DAHULU TIDAK DAPAT MERASAINYA KERNA TELAH BERPULANG KE RAHMATULLAH TETAPI DIWARISKAN KEPADA KETURUNANNYA. NAMUN HATI TETAP MERASA SAYU MENGENANGKAN ITU.

ALFATEHAH UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABD.RAZAK BERKAT IDEANYA YANG BIJAKSANA TELAH BERJAYA MEMBERI KEHIDUPAN BERMAKNA KEPADA RAKYAT DAN NEGARANYA.

ALFATEHAH UNTUK ALLAHYARHAM BAPAKU DAN ALLAHYARHAM PENEROKA/WATI YANG TELAH MENDAHULUIKU. MOGA ALLAH MERAHMATI/MEMBERKATI DI MANA PUN ALAM KITA BERADA.

10 comments:

  1. family saya ramai jd peneroka di Pahang,antaranya Lurah Bilut.saya suka ikut atok kerumah pakcik2 di kwsn felda masa kecik dulu,suka ikut sepupu2 masuk kebun kepala sawit,kebun getah cari pucuk paku ;)
    semua itu adalah kenangan yg x mgkin saya lalui lagi sbb pakcikmakcik pun dah ramai yg pergi tak kembali.sepupu2 pund ah ramai yg berhijrah ke kota besar..alfatihah utk mereka yg sudah tiada

    # antara sayur kegemaran sy ialah kangkung yg menjalar dlm paya tu.bukan yg ada akar yg dijual di pasaraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan generasi pertama dan kedua felda telah tiada n generasi ketiga miliki kehidupan di tempat lain yg lebih selesa n meninggalkn rumah2 kosong yg xbrpenghuni lagi.
      kangkong yg menjalar segar dlm paya mmg brbeza rasanya dgn kangkong yg dicabut tu...lbh sedap disayur.

      Delete
  2. Sayur kangkung nya sedap
    waaaah sungguh mantab
    jadi hati banyak harap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sedap sangat ssayur kangkung ni...tq Anisayu Nastutik.

      Delete
  3. aamiin....aamiin.... malaysia yah sob, saya membacanya pelan2, ya karena susunan bahasanya sedikit berbeda dengan indonesia.
    ========================
    mengenal kelinci raksasa (FG)

    ReplyDelete
  4. terima kasih Ahmad Musyrifin...walau membacanya pelan2 tapi memahaminya oklah tu...

    ReplyDelete
  5. Bayangkan kalau allahyarham Tun Razak tak buat rancangan Felda ini kakak rasa ramai bangsa Melayu yg terus tak mempunyai tanah walau duduk di negara sendiri. Kakak tak pernah rasa duduk di Felda tapi sesekali masuk Felda suka (sekaranglah) rata-rata rumah mereka bagaikan banglow - siap halaman luas lagi. Suka tengok..

    ReplyDelete
  6. betul tu kakzakie...masyarakat felda sudah semestinya berterimakasih dgn ide Allahyarham Tun Razak yg mengubah nasib idup mrk n keturunannya...sekarang jelas msyrakat felda membawa peranan penting dlm ekonomi negara dgn produk kmoditi sawit/getah n juga pelbagai perniagaan yg dijalankan...jikalau tiada felda tentu Melayu akan kehilangan tanah yg luas yg sepatutnya milik mrk kpd hanya yg berharta r kayaraya...tq kakzakie.

    ReplyDelete
  7. Arwah bapak saudara saya pun peneroka Felda juga. Dia dapat di Trolak Selatan. Ikutkan rupa bentuk muka bumi, memang susah untuk dibuka untuk dijadikan ladang. Tapi, entah macam mana kederat orang dulu-dulu ni, ia tetap berjaya diteroka untuk dituai hasilnya oleh generasi akan datang.

    ReplyDelete
  8. yeke...ladang2 sawit/getah felda ni mmg begitu keadaannya...ada yg terletak di tanah tinggi n ada di kawasan berpaya...kadang menyusahkan untuk menuai hasilnya, namun kerna itu sumber pendapatan yg ada tetap juga dikerjakan walau bersusahpayah...tq Sylarius Yusof.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist