Thursday, 21 August 2014

ALFATIHAH, DOA, TAFAKUR, SILENT...

ASSALAMUALAIKUM...


Rakyat bertafakur serentak bagi menghormati jenazah MH17 pada 22 Ogos
HISHAMMUDDIN: Semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Belanda.
KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini akan bertafakur secara serentak selama beberapa minit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dijadual tiba di tanah air pada 22 Ogos ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Belanda.

"Inilah julung-julung kalinya rakyat Malaysia bertafakur serentak di seluruh negara...adalah diharapkan ia berjaya menunjukkan penyatuan dan perpaduan rakyat pelbagai bangsa terhadap tragedi yang menimpa negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat di sini, hari ini.

Beliau berkata masa untuk bertafakur itu akan diumumkan menerusi siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen yang membuat liputan istiadat upacara ketibaan jenazah itu bermula 10 pagi Jumaat depan.

Menurutnya istidat penghormatan jenazah tragedi itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan dan melibatkan 10 kementerian lain.

20 comments:

  1. mengharapkan semua akan berjalan lancar
    alfatihah

    ReplyDelete
  2. Takziah dan al fatihah...
    Semoga segala urusan mereka dipermudahkan...amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..insya Allah moga dipermudahkan kelancarannya...tq BM

      Delete
  3. dimana pun di bumi Allah tapi untuk memastikan cara Islam lebih baik di bawa pulang. moga semua bertakakur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tafakur buat mrk non muslim..kita diam2 berdoa...tq babYpose

      Delete
  4. Satu kenyataan yg seluruh rakyat sebenarnya terasa sedihnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah kesedihan Msia tahun ini tercatat pasti...tq Kakzakie.

      Delete
  5. esok kat ofis saya staff Muslim kena pakai baju putih and non Muslim baju hitam sempena hari berkabung negara..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. putih tu warna suci yg dibawa ke mana saja...amin..amin doanya...tq nohas.

      Delete
  6. Allahu yarham, wa yaghfir lahum .... aamiin ....

    ReplyDelete
  7. seluruh malaysia berkabung esok.
    takziah kepada keluarga yg terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkabung zahie ekspresi rasa...takziah..tq Nick Nashram.

      Delete
  8. Hmm.. takziah buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  9. salam takziah buat keluarga terlibat...tq Yun Sing.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist