SELAMAT PULANG...
Putra putri tanahair...
kini selamat pulang...
membawa tandatanya kelewatan penerbangannya...
dan persoalan-persoalan yg lambat terjawab...
membiarkan emosi, sebak, pilu, menguasai situasi.
selamat pulang ke tanah tercinta
walau hanya jiwa yang suci mulia
namun seluruh isi negara menyambutmu hiba...
dengan tidak putus berdoa...
angin menderu mengiring pulangmu
kemboja putih menghampari pusaramu
keharumannya seolah nafasmu.
Innalillah ilaihi rojiun
daripadanya kita datang kepadanya kita kembali.
Alfatihah.
pic The Star.
Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi
-
Assalamualaikum wbt
Hari Rabu lepas, SR dan zaimi cuba makan tengahari di Makan Tengahari Di
D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi ni. Asalnya nak makan di Mo...
5 hours ago
Satu sejarah, pertama kali jenazah orang awam diberi penghormatan tertinggi negara.
ReplyDeleteSemoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan... Alfatihah buat mereka yg beragama Islam.
ya pertamakali dalam sejarah negara kita mengalami insiden yg menusuk hati satu persatu sedang 2014 belum lagi berakhir moga kita akan lebih berhati-hati dgn doa agar kedukaan tidak lagi menjerut jantung hati kita n penghargaan tertinggi negara terhadap jenazah-jenazah sbg tanda kesedihan kita yg terlalu kerana pemergian mrk walau xsebanding dgn keluarga terlibat yg merasainya...tq BM.
ReplyDeleteSejarah negara penuh berairmata
ReplyDeletebesar kecil tidak mengira bangsa
pasrah ketentuan Allah
begini pengakhiran mereka
moga ada ketenangan kini
buat yg pergi doa dititipkan
untuk keluarga dicintai
moga kesabaran ada di hati
Al-Fatihah...
kedukaan yg mengalirkan air mata hiba walau kita redha dgn takdir yg esa...amin. tq kakzakie.
Deleteitu yang dah pasti kisahnya
ReplyDeleteyg mh 370 masih menjadi tanda tanya
# hari ni airmata sgt murah sekali
kisah yg pasti amat melukakan...tapi mh370 yg hilang diharapkan kepulangannya walau ntah bila..Allah maha tahu....tq irfa.
DeleteSemoga roh mereka (islam) di cucuri rahmat dan tenang di 'sana'. Al Fatihah!
ReplyDeleteinsya Allah....hamba2nya yg teraniaya dilindungi rahmat Allah...amin...tq sweetie.
ReplyDelete