Sunday 30 March 2014

SEBUAH VERSI CHINTA BAB 11...



                                                     Bab11.
                                             Kepangkuan keluarga

“Mak! Tengok orang jauh dah sampai...” Laung Sazali meneriakan emaknya yang sedang bersibuk mengurusi dapurnya yang berselerak. Sebentar tadi ahli keluarganya bersarapan di situ. Keadaannya yang tidak tersusun dan menyakitkan matanya memandang.
Emaknya bergerak pantas dari ruang dapurnya untuk menjengah ke luar rumah. Meninggalkan sementara apa yang terniat hendak dilakukannya.
Benar sekali apa yang dikatakan anaknya itu. Matanya menyapa sesuatu yang amat diharapkan akan kehadirannya. Se buah kereta biru tua berada di laman rumahnya membawakan pesanan istimewa kirimannya. Anak perempuan kesayangannya.
“Baru sampai ko?,” sapanya kalut kepada lelaki yang membuka pintu kereta untuk menuruninya.
“Iya kak, baru saja sampai. Lepas turunkan anak isteri saya di rumah terus saya bawakan anak kak ke sini…”
“Bagaimana dengan Ani? Dia sihat ko?” Bertambah lagi pertanyaannya yang ramah berbahasa.
“Nampaknya macam tulah kak. Dia pun dah habis pantangnya. Tapi nampak masih lemah lagi…” Balas lelaki itu memberitahu daripada pemerhatian mata kasarnya.
“Tak apalah Harun. Bersabar sajalah. Orang yang melahirkan anak memang begitu. Apa lagi anak sulung. Lambat sikit nak pulih sihat macam biasa. Mu jagalah dia baik-baik. Jangan biarkan dia buat kerja berat. Takut peranakannya lambat pulih, mu juga yang susah,” tutur Hanisah diiringi senyum bermaksud. Harun membalas senyum itu.
“Iyalah kak…” Harun berpaling kepada Aisyah pula. Aisyah berada di sisi emaknya. Dan Hanif bergantung di tangannya. Seolah tidak mahu lagi dilepaskan tangan kakaknya itu.
“Aisyah dah keluarkan semua barang-barang Aisyah?” Tanya Harun ingin memastikannya. Aisyah angguk.
“Terimakasih banyak-banyak Run sebab tolong bawa anak kak ni ya. Petang nanti kakak akan gi rumahmu melawat Ani…”
Harun memasuki keretanya semula tetapi berpaling mengadap wajah Hanisah yang tiba-tiba tercegat di sebelah pintu kereta yang hendak di tutupnya.
“Ini abangmu beri duit untuk tambang Aisyah, ambillah. Tadi abangmu pesan kalaumu hantar Aisyah dia suruh beri duit ni ko mu.”
“Tak payahlah kak. Saya tolong ja. Tak payah duit-duitlah. Saya balik ke sana sebab nak ambil anak isteri saya. Kebetulan kereta agak kosong bolehlah saya bawakan Aisyah sekali. Tak payahlah kak. Simpan ja duit tu...”
“Tak boleh Run. Mu kena ambil juga. Tak apalah kalaumu tak nak ambil tambang Aisyah. Tapi anggap saja pemberian kak dan abang untuk anakmu yang baru lahir tu...”
“Kalau kak dah kata gitu terpaksalah saya ambil. Terima kasih banyak…” Demikian peranan budi bahasa yang dimainkan sebaiknya di antara kedua-duanya mencapai maksud dengan sebaiknya.

Yang kurik itu kendi
         Yang merah itu saga.
Yang cantik itu budi
         Yang indah itu bahasa.

“Sama-sama. Kirim salam ko Ani ya!”
“Insya-Allah.” Harun menekan pedal minyak agar keretanya segera bergerak ke destinasinya yang menjadi niatnya. Hatinya yang ingin segera hendak bersama dengan isteri kesayangannya yang telah melahirkan cahaya mata permata kepadanya.
“Baik sungguh abang Harun dengan kak Ani tu terhadap saya mak...”
“Memanglah. Mereka berdua suami isteri tu memang baik dengan semua orang. Lagipun hidup di tengah masyarakat yang datang dari segenap cerok rantau ini, kita perlulah berbaik-baik dengan semua orang. Tak guna menyombong diri buat orang bencikan kita. Sudahnya kita di sisihkan tak berkawan…” Sahut ibunya dengan komen yang positif tentang jirannya itu meski mereka tidak tinggal berdekatan.
“Nenekmu apa khabar?”
“Nek sihat ja, dia sibuk dengan jualannya di gerai. Nek kirim salam pada mak dan ayah. Mak cik Salina pun kirim salam pada mak dan ayah...”
“Waalaikummussalam. Jom bawa barang-barangmu masuk ke rumah...”
“Hai Hanif nampaknya tak nak berenggang dengan kak long ya. Asyik berkepit saja. Mari tolong abang bawakan beg dan barang-barang kak long ni,” ujar Sazali berserta perintah yang mengacah.
Hanif mencebek. Semakin dikuatkan pergantungannya di lengan kanan kakaknya.
“Tak sir kita. Abanglah buat. Beg tu berat…”
“Wah! Bukan main berlagak dia bila dah jumpa dengan kak long ya. Kalau tidakmu itu mengekor dengan abang ja. Lepas ni abang nak pergi mancing belakang rumah pak Pin. Sebab mu berlagak sangat abang tak sir (hendak) bawamu gi sekali...”
“Kita pun tak sir gi. Gi lah abang sorang. Mak kata di sungai belakang rumah pak Pin tu ada hantu air. Iih tak berani kita...” Sazali tersengih mendengarkan ocehan adiknya yang spontan itu.
Adiknya itu pasti mengulangi pesanan emak kepadanya demi menakutkannya agar tidak berpergian ke sungai di tepi hutan itu. Emaknya tentu bimbangkannya akan ke situ sendirian tanpa di sedarinya. Jikalau sesuatu terjadi ke atas diri anaknya itu tentulah tidak berguna lagi disesali.
Aisyah, Hanisah dan Sazali saling pandang memandang seraya tersenyum.
“Pandailahmu nak menakutkan abang ya. Abang mancing nanti dapat ikan, bila mak masakmu jangan makan. Tapi betul apa yang mak kata tu. Mu jangan berani gi mancing sorang diri di situ. Kalau kena tangkap dek hantu air kan susah. Abang tak apa, sebab abang dah besar…”
“Iyalah dapat ikan banyak konon. Sebenarnya dapat ikan sadin yang mak suruh beli di kedaikan heh…heh…cakap besar tak takut sorok dek hantu. Tapi orang besar pun kena sorok dek hantu kan mak. Macam abang Lim. Puas orang cari baru jumpa…”
Sazali menyengguh lembut kepala adik kecilnya kerana telah mempermainkan kewibawaan dirinya. Itu yang dirasakannya. Namun apa yang dikatakan adiknya itu ada kebenarannya.
Baru-baru ini Salim yang sebaya dengannya membawa bersama dua orang rakannya untuk memancing di lubuk di pinggir ladang sawit peringkat tiga . Peringkat tiga adalah kawasan tanah yang baru diteroka untuk perluasan ladang sawit. Kedudukannya berhampiran dengan hutan simpan yang diwartakan.
Dan di situ terujud sebuah tempat yang sangat indah dengan pelbagai unsur alam semula jadi dengan air terjunnya yang seolah tersusun molek berperingkat dan bertingkat di laluan air yang mengalir dingin lagi tenang. Di bahagian tengahnya terdapat sebuah lubuk yang kelihatan airnya seakan berpusar. Orang-orang di sini mengenalinya sebagai Lubuk Yu. Ramai yang akan mengunjunginya sekiranya bekalan air paip terputus dalam jangka masa yang agak lama untuk mandi manda atau membersih pakaian
Salim dan kawan-kawannya yang memang gemar merayau ke segenap pelosok ladang di tanah rancangan ini mencari tempat memancing ikan yang disukai akhirnya menuju ke sini di bawa kaki.
Mereka semua terkesima melihat ikan-ikannya sangat banyak berlompatan di pinggiran lubuk yang amat mengujakan Salim dan teman-temannya untuk menangkapnya. Keseronokan yang terlalu kerana memperolehi tangkapan ikan yang banyak menyebabkan mereka alpa dengan perubahan warna alam.
 Setelah senja mereka yang dinanti kepulangannya tidak juga menjelma.
Risau sungguh hati kedua-dua ibu-bapa mereka kerana bimbangkan akan keselamatannya. Manakan bimbangkan anak-anak itu di serang binatang buas. Harimau sememangnya kadangkala ternampak bayangnya dari se balik barisan pokok sawit yang baru meninggi dan segera menghilang ke dalam hutan berhampiran.
 Gajah juga dibimbangi mencederakan anak-anak itu kerana kehadirannya tidak pernah diduga akan meranapkan apa saja yang dipijaknya.
Itu adalah antara senarai bahaya yang nyata dan perlu di ambil kira risikonya terhadap anak-anak itu. Tetapi kemungkinan bahaya yang tidak zahir di mata juga merisaukan. Mana tahu anak-anak itu disembunyikan makhluk halus dan disesatkan dari dunia nyata.
Kebanyakan mereka yang menghuni di situ fikirannya menjurus ke arah itu. Sepakat kata mengatakan Salim dan kawan-kawannya disembunyikan orang bunian. Walau selama ini mereka semua tidak nampak akan kewujudan orang bunian itu selama menghuni di sini.
Pihak pengurusan rancangan mengumpul semua penduduk yang lelaki juga terdiri daripada kalangan yang ada sedikit ilmunya tentang alam nyata dan yang terlindung untuk mencari anak-anak yang hilang itu.
Bermula dari awal senja hingga menjelang tengah malam, operasi mencari digerakan. Azan dikemundangkan berterusan dari segenap penjuru ladang untuk menghalang gangguan-gangguan ghaib. Dengan pertolongan Allah jua..
Usaha yang tidak kenal lelah itu akhirnya di berkati Allah. Anak-anak yang bertiga itu di temui sedang tidur berpelukan di bawah pohon tembusu yang rimbun tanpa menyedari riuh dan hingar di sekeliling mereka yang berulang kali melaungkan nama mereka.
Pak imam membacakan ayat-ayat suci pada kantung air yang dibawanya lalu direnjiskan ke muka anak-anak itu. Barulah anak-anak itu terkapa-kapa sedarkan diri. Kata Salim mereka sudah puas berkeliling mencari jalan pulang setelah meninggalkan lubuk itu tetapi tidak berjumpa. Mereka hanya berpusing-pusing di tempat yang sama.
Akhirnya mereka keletihan dan mengambil keputusan bermalam di perdu tembusu itu kerana hari sudah malam dan tidak kelihatan lagi arah jalan yang patut dituju.
Imam itu bercerita kepada anak isterinya pula tentang apa yang dikisahkan Salim kepadanya. Justeru itu isterinya sentiasa mengingatkan anak-anaknya perihal ancaman makhluk-makhluk halus yang suka mengganggu kesejahteraan manusia jikalau terleka..
 Dan berwaspada serta membenteng diri dengan bacaan surah-surah ayat suci al-quran sentiasa. Terutama ayat kursi. Sazali tidak pernah lupa tentang pesanan emak dan ayahnya itu setiap kali berada di tempat yang agak asing dan pertama kali dijejakinya.
Setakat ini dia berjaya menghindari sebarang musibah angkara gangguan-gangguan yang ditakuti kebanyakan orang itu..
“Eh! Tak baik buat lagu tu Zali. Jangan main-main kepala.” Tingkah emaknya menegur perilaku Zali terhadap adiknya.
“Kita sentuh sikit ja mak. Bukan kita pukul...” Balas Zali selamba.
“Mu pun Hanif sejak dah pandai kecek (bercakap), bukan main lagi mulutmu. Macam murai tercabut ekor. Suka kecek bukan-bukan  buat abang sakit hati. Tak baik gitu. Mu kan tau abangmu tu perungus sikit. Nanti tak pasal-pasal mu kena sepak. Abangmu tu bukankah kaki sepak bola. Asyik johan saja di sekolahnya...”
Sazali tersengih mendegarkan pujian daripada emaknya sekalipun berbaur sinis lantaran sikapnya terhadap adiknya yang tidak disenangi emaknya itu.
“Wah mu juara sepak bola ya Zali? Selalu wakili sekolah ko?,” sahut Aisyah. Teruja pula ia mendengar kehebatan adiknya itu.
“Taklah. Main-main saja. Selalu juga wakili sekolah. Hingga ke peringkat daerah. Tapi sampai setakat tu ja. Tak ke mana lagi…” Zali bersuara merendah diri. Tidak mahu lemas tenggelam di bawah ombak riak yang mula melanda rasa kerana puji-pujian.
“Baguslah sebabmu kuat bersukan. Kak long cuma main bola jaring ja. Selalu juga wakili sekolah. Macammu juga hanya sampai setakat daerah saja.”
“Kak long kuat main bola jaring ya! Di sini bolehlah kak long join persatuan belia dan main bola jaring di padang…”
“Iyakah? Ada persatuan belia pula?” Tanya Aisyah keterujaan. Bertambah lagi info yang pertama kali menjengah mindanya. Selama ini dia tidak tahu bahawa belia pun ada persatuannya.
“Iya kak long. Persatuan belia di sini aktif dengan pelbagai aktiviti sukan dan kebudayaan. Nampak saja tempatnya terpencil tapi suasananya meriah. Pasti kak long tak akan jemu duduk di sini…”
“Gitu ko. Kalau berpersatuan belia itu menyeronokan, kak long terfikir juga nak join. Tapi biarlah kak long fikir dulu...”
“Fikirlah kak long. Supaya kak long tidak bosan saja duduk di rumah sepanjang tinggal di sini…”
Hanisah sedari tadi hanya membiarkan anak-anaknya berbicara mulai mengukir kata justeru tikanya  yang sesuai telah tiba untuknya mencelah..
“Mu letak beg kak longmu tu dalam bilik tu Zali. Bilik tu mak dah siapkan untukmu. Mu isilah pakaianmu ke dalam gobok (almari) di dalam tu. Lepas tu mu turun gi mandi  dan datang tolong mak di dapur. Haripun dah tengah hari. Sekejap lagi ayahmu dan adikmu Sani balik balik dari kebun nak makan.”
Sazali menjengah wajah emaknya dengan rasa terkilan di hatinya yang diluahkan segera.
“Eih mak ni tak patut betul. Kak long tu baru sampai. Penat duduk dalam kereta pun tak hilang lagi. Dah mak nak suruh tolong mak masak di dapur. Kasi can lah kak long berehat semetar(sebentar)…”
Tersenyum simpul emaknya mendengarkan keperihatinan Sazali terhadap kemasyhlahatan kakaknya yang baru tiba dan berada di kalangan mereka itu.
“Kalaumu kata gitu tak apa. Mak pun penat juga seharian buat kerja di dapur. Mu mari tolong mak di dapur. Tolong mak siang ikan ruan yang ayah tangkap di paya semalam.”
“Boleh ja. Tak ada masalah. Banyakkah ayah dapat tangkap ikan semalam mak?”
“Banyaklah juga. Bolehlah di simpan seminggu untuk lauk kita. Nak harap ikanmu memancing nak buat lauk, tak merasa…”
Hanif mengekeh gelaknya. Menambahkan kejengkelan abangnya kerana kata-kata sinis yang dilemparkan emaknya kepadanya.
“Tak silap apa yang adik kata kan!...”
“Pandailahmu…” Sazali pantas saja mengangkat tangannya hendak menyekeh kepala adiknya itu tetapi adik kecilnya itu lebih pantas berlari jauh untuk mengelakan dirinya daripada disakiti.
“Biar saya gi mandi dulu. Lepas tu saya mari tolong mak… deh. Bila mandi badanpun rasa lebih segar. Hilang semua rasa letih dan pening.”
Aisyah meninggalkan emaknya dan Sazali yang mulai membuka pasu di luar rumah untuk mengeluarkan ikan haruan, sepat, puyu, belida yang dikurung di dalamnya. Masih hidup dan menggeletik ke sana sini apabila di letakan di dalam besen kecil.
Hanif mendekati abangnya. Hujung jarinya menguis-nguis kepala ikan haruan sebesar penumbuk abangnya itu yang mengodek-ngodek cuba menggelunsur di atas tanah berpasir setelah abangnya meletakannya di atas papan untuk di siang..
“Mu jangan main-main. Nanti ikan tu gigit nanti putus jarimu...” Ujar Sazali menegah perbuatan adiknya sekali gus menakutkannya. Sebenarnya dia mahu menjauhkan adiknya daripada lokasi kerjanya kerana dia merasa terganggu tika melakukan kerja-kerja penyembelihan ikan-ikan itu.
“Mu pun belum mandi lagi. Ikut kak longmu gi mandi sekali. Tak payah mu ganggu abangmu nak buat kija (kerja),”tingkah emaknya pula.
“Iyalah mak. Kita gi mandi dengan kak long.”
Hanif berlalu dari sisi abang dan emaknya dan cergas berlari ke dalam rumah mendapatkan kak longnya. Aisyah terkejut sejurus dengan kehadiran adiknya secara tiba-tiba itu.
“Kenapa pula Nif? Abang Zali hambatmu lagi?”
“Tak! Mak suruh kak long mandikan kita sekali...”
“Iyalah. Jom kita ke perigi. Di mana periginya?”
“Di sini tak ada perigi macam rumah nenek di kampung. Orang sini mandi air paip dalam bilik mandi. Bilik mandi di belakang rumah...” Balas adiknya dengan sengihnya yang menyeringai. Tandanya ia sedang menyatakan kemajuan kehidupannya di sini berbanding cara hidup kakaknya yang terkebelakang di kampung.
“Ooh gitu ko. Kak long tak tau pun. Di kampung nenek ramai yang guna perigi ja. Ada juga yang masuk air paip ke dalam rumah mereka tapi tak ramai. Semua suka guna perigi. Nak jimat belanja. Baguslah gitu. Senang sikit. Tak payah nak timba air perigi kalau nak mandi…”
Rupanya di sini ada kemudahan air paip yang dimasukan bekalannya ke setiap rumah perserta untuk keselesaan mereka menjalani penghidupan seadanya. Tidaklah kelak hidupnya yang perit kerana tersisih dari dunia luar amat terasa buat mereka yang terbiasa dengan keriuhan bersama sanak dan keluarga di kampung halaman asal yang telah maju.
Aisyah mencongak pendirian yang begitu. Kemudahan air paip yang amat perlu untuk kegunaan seharian telah ada. Tapi kala malam? Nampaknya malamnya tetap akan diterangi dengan nyalaan pelita ayan seperti di rumah neneknya kerana Aisyah tidak nampak seliratan wayar eletrik yang terpasang di dinding rumah dengan lampu-lampunya yang bergantungan..

Tetap juga ada kekurangannya yang boleh dipertikaikan. Mungkin perubahan ke a rah itu akan datang secara beransur-ansur. Dan mereka yang digelar peneroka pada sebuah pertempatan baru harus banyak-banyak bersabar. Lagipun Rom tidak dibina dalam se hari kata Julius ceasar.

25 comments:

  1. gambaran keseharian yg juga sering kita jumpai ya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi itu gambaran hidup yg telah ditinggalkan beberapa puluh tahun dahulu namun masih ada lagi kehidupan sebegitu...tq Purnomo Jr.

      Delete
  2. terima kasih Muhammad Kharuddin Lim...biasa2 saja suka2 menulis.

    ReplyDelete
  3. Penuh kusyuk saya baca kak ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..melukis gambaran hidup dulu2 fiza...tq Fiza Rahman sudi ikutinya..

      Delete
  4. Felda dulu tak macam felda sekarang. Kakak masuk felda sekarang ni dah maju macam bandar juga. Semuanya lengkap bahkan kalau nak cerita bab makan macam-macam boleh didapati.. tanaman pokok bunga merekalah yg paling kakak suka tengok.. meriah dari satu kawasan ke satu kawasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. felda dulu jauh beza rupanya dgn felda sekarang kakzakie...bab2 menghias rumah dgn pokok2 bunga ni mmg dh jadi kewajipan setiap penghuni felda ada pertandingan tanah rancangan felda yg cantik setiap tahun lagi....tq Kakzakie.

      Delete
  5. Selamat siang teman, membaca artikelnya sepertinya sudah terbiasa menulis cerita ya.....

    ReplyDelete
  6. selamat siang Dhicomp terima kasih sudi baca cerita sy...cerita biasa2 saja..

    ReplyDelete
  7. Terbaek la kak paridah..! :D Akak memang berbakat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih idah...xdelah berbakat sgtpun...

      Delete
  8. Oh yerr... apa maksud kurik yer kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurik tu kalau xsilap sejenis batu permata..kak pun xpasti idah.

      Delete
  9. Berbakat sekali menulis ceritanya.., salam ziarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak Boku no Blog sudi ziarah karyaku...biasa2 saja tulis suka2.

      Delete
  10. salam.best dilayan apa lagi jenis suka baca online.

    ReplyDelete
  11. wsalam...tq rose bunquet sudi singgah karyaku...kalau minat boleh boleh baca novel SELIRATAN CINTA yg diupload sepenuhnya juga..

    ReplyDelete
  12. salam kak dah. bila dah terbit novel ini sila bagitahu saya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik Abe Kie...entahlah samaada novel nk publish ke tidak...publish kat sini jer kot...tq Abe Kie.

      Delete
  13. ninggalin jejak sulu, baru setengah bacannya :D

    ReplyDelete
  14. terima kasih Alan Tirta sudi singgah n baca...kalau berminat nak baca bab terdahulu klik pada labels NOVEL SEBUAH VERSI CHINTA...

    ReplyDelete
  15. mkn seronok membaca ceritanyer kak !

    ReplyDelete
  16. yeke...terima kasih banyak...bab seterusnya lbh intresting kot...tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  17. Akan terus mengikutinya hingga ke bab terakhir ...menarik

    ReplyDelete
  18. yeke...terima kasih banyak...tersenyum lebar dipuji nih..tq dik Anak Kuala.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist