ASSALAMUALAIKUM...
WAU EMASKU LEKA BERMAIN AWAN
KE UTARA
KE SELATAN
KE TIMUR
KE BARAT...
DENGAN SENYUM CERIA
MENGHULUR SALAM...
SAYANG
TALI KIPAS TAKDIRNYA TERPUTUS
TIADA DAYA MENGAWALNYA MELAWAN
HEMBUSAN ANGIN LANGIT
LAZUARDI
YANG MENGHUMBANKANNYA
KE SAMUDERA BERGELORA
HILANG DITELAN ALAM GELITA
PUAS DICARI KE MANA-MANA...
AH..
ALANGKAH SEDIH
ALANGKAH SENDU
MENEMUIMU BEGITU
BERLINANGAN AIRMATA
HILANG SUARA
MENANGISINYA.....
HIBA.
SAYAPMU PATAH
WAJAHMU BASAH...
DEMIKIANLAH TAKDIR ALLAH...
HATI INI MELIHATMU
MASIH TERBANG SAMBIL MELAMBAI-LAMBAI
MENGUCAPKAN SALAM PERPISAHAN
MENONGKAH ARUS LAUTAN
MENUJAH LANGIT DALAM PERJALANAN BERTERUSAN
LANGKAH MENDAHULUI YANG LAIN-LAIN...
WALAU SUKARNYA HATI MELEPASKANMU PERGI..
TAPI ZAHIRMU RAHMAT ILAHI
KEPADANYA DIRIMU KEMBALI....
By...Paridah Ishak.
Tiada kata2 lain yang mampu di ucapkan selain Salam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa Tragedi MH370..
ReplyDeletesalam takziah kepada keluarga yg terlibat moga menghadapi tragedi MH370 ini dgn sgt tabah...tq BUNDA a.k.a KN
ReplyDeletetakziah dan al-fatihah.. hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi..
ReplyDeleteHanya Allah yang mahatahu n kita reda menerimanya sambil berdoa...tq Mizz Aiza.
DeleteAl Fatihah dan takziah buat ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370
ReplyDeletesebaik-baik hadiah adalah ayat2 suci Allah...salam takziah kepada keluarga mangsa terlibat..tq Sylarius Yusof sudi jadi followers kak yg ke101.
Deletesemoga semuanya cepat selesai...:)
ReplyDeleteinsya Allah...mudah2an harapan kita termakbul....tq Semuainfo.
ReplyDeleteal fatihah dan Takziah buat ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH370...sedih dgr berita kat tv semalam..
ReplyDeleteinti n tesco x5
ya salam takziah n alfatihah kpd mangsa yg berkenaan...takdir menyuratnya begitu...pasti ada hikmah Ilahi yg tersembunyi tq Sobri rajin klik2....
Deletesalam takziah buat keluarga mengsa..
ReplyDeletemenabung digi dan colgate sini.
ya kita kirimkan salam takziah alfatihah n berkongsi rasa dukacita...tq Pha Is rajin klik2...
ReplyDeleteAssalamualaikum sis... Sedihnya... Al fatihah buat mangsa yang beragama Islam dan salam takziah buat yang bukan Islam. Tragedi sedih ini bukan sahaja melibatkan keluarga yang terlibat malahan seluruh rakyat Malaysia turut sama bersedih. Apa pun semuga pencarian kotak hitam dipermudahkan Allah semuga kita mengetahui apa disebaliknya. Semuga ianya dapat menjawap segala tohmahan dan andaian yang berlegar selama ini.
ReplyDeletewsalam dik notie...kesedihan kita semua bukan disengaja...hanya doa2 tulus n alfatihah yg mampu dikirim buat saudara2 kita yg bersama MH370 JUGA SALAM TAKZIAH buat semua mrk yg terlibat...moga kotak hitam yg dicari segera ditemui n mengungkap misteri tersembunyi selama ini...tq notie.
ReplyDeletesalam takziah buat seluruh keluarga yg terlibat moga mereja tabah yer akak !
ReplyDeleteinsya Allah mudah2an redha dgn takdir Allah...tq Kesuma Angsana.
ReplyDelete