ASSALAMUALAIKUM...
ULAM YANG BERKHASIAT
KHASIAT ulam tidak dapat dinafikan lagi, memberi banyak manfaat untuk kesihatan kerana mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas, selain sering kali dikaitkan sebagai 'tangkal' awet muda. Justeru, tidak hairanlah jika amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat negara ini terutama Melayu, sejak turun temurun. Realitinya, apabila makan ulam anda sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan dan melewatkan penuaan.
Ulam boleh dikategorikan sebagai sayur mentah, juga boleh didapati dalam bentuk buah dan di makan seperti salad, boleh dipelbagaikan dengan resipi enak dan biasanya diambil dengan nasi. Umumnya tidak mendatangkan keburukan sekiranya dimakan setiap hari kerana tidak mengandungi kalori seperti sesetengah makanan lain.
Walau pun berkhasiat, pakar pemakanan tetap menasihatkan pengambilan ulam perlu berpada-pada kerana kebanyakan didapati mengandungi tahap kalium yang tinggi.
Kalium adalah sejenis mineral semula jadi dalam makanan dan berperanan penting bagi aktiviti normal untuk otot dan saraf terutama jantung. Bagaimanapun, sesetengah individu, pengambilan kalium berlebihan boleh memudaratkan jika terlampau tinggi kandungan dalam darah.
Kandungan kalium dalam darah meningkat boleh memberi risiko khususnya kepada penghidap buah pinggang. Jika buah pinggang rosak menyebabkan badan tidak berupaya mengeluarkan lebihan kalium melalui air kencing, lantas keadaan mudarat seperti hiperkalemia mudah terjadi.
Harus juga diingat, ulam yang dimakan dengan sambal belacan tidak digalakkan untuk diamalkan setiap hari dan berlebih-lebihan kerana ia (sambal belacan) mengandungi kandungan garam serta kolesterol yang tinggi.
Antara ulam yang suka dimakan seperti petai, jering dan pelbagai jenis pucuk seperti pucuk paku, pegaga, pucuk ubi, daun selom, ulam raja dan sayuran hijau lain.
Pegaga
Pegaga vitamin dengan A dan C serta zat besi yang sering dijadikan sayur-sayuran `rasmi' untuk wanita ketika berpantang. Selain dimakan mentah dan dicicah dengan sambal belacan, pegaga juga sedap dibuat kerabu yang dicampur dengan kelapa parut, ikan bilis, cili dan beberapa ramuan lain juga dijadikan sebagai sayur dalam masak lemak cili api. Ulam ini juga membantu membangkitkan selera makan, meredakan masalah penghadaman seperti buasir, menyejukkan badan, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melancarkan aliran darah, terutama wanita yang ada masalah haid serta keputihan.
Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Ada yang yakin ia mampu memanjangkan usia dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Lebih menarik, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutama di kalangan kanak-kanak.
Selom boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, dari India dan Pakistan hinggalah ke Jepun, Taiwan dan China, malah merangkumi bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, di tepi sungai dan di kawasan tanah lembap. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang jelas berongga. Selain didapati dalam warna hijau ia juga kadang-kadang kemerahan dan lazimnya, pucuk muda atau daun muda dan batang yang masih lembut sering dimakan sebagai ulam dan biasanya dimakan dengan udang kering atau sambal kelapa.
Ulam ini turut dikatakan, mempunyai nilai perubatan dan kegunaannya tersendiri. Daun dan batang, misalnya didapati boleh meredakan penyakit dengan melumatkan kedua-duanya dan menyapu ia pada bisul, tempat yang terkena gigitan ular, kala jengking dan sebagainya. Air rebusan selom pula diminum sebagai penawar demam selsema, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah. Biji selom digunakan sebagai penawar jika terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom pula digunakan sebagai perangsang buang air dan mengeluarkan angin dalam perut dan usus.
Kacang botol biasanya tumbuh secara segar walaupun tidak dibaja dan hidup di tanah yang kurang subur. Antara khasiat utamanya ialah mengandungi banyak protein, malah nilai kandungannya lebih tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran tropika lain yang daripada jenis kekacang. Kandungan asid amino dalam kacang botol juga mempunyai persamaan dengan kacang soya. Kacang botol muda pula dikatakan, mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A manakala daunnya juga mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan protein dan vitamin A dan C serta garam galian.
Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit. Air bancuhan daun kacang botol pula digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit. Seperti pegaga, kacang botol juga sedap dibuat kerabu, malah ada yang menjadikannya sebagai bahan atau ulam utama untuk nasi kerabu.
Jantung pisang
Jantung adalah bunga pisang yang akan bertukar menjadi pisang apabila matang dan ia di dapati di kebanyakan kawasan Asia Tenggara. Untuk dijadikan ulam, jantung pisang akan dicelur terlebih dulu sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan. Bagi penggemar kerabu, jantung pisang boleh dijadikan bahan utama menyediakan hidangan itu.
Cara menyediakannya juga mudah - potong jantung pisang yang sudah dicelur kecil-kecil dan masukkan ikan bilis, perahan air limau kasturi, cili, kelapa, bawang dan tomato serta bahan lain sebagai penambah penyedap rasa.
Cara menyediakannya juga mudah - potong jantung pisang yang sudah dicelur kecil-kecil dan masukkan ikan bilis, perahan air limau kasturi, cili, kelapa, bawang dan tomato serta bahan lain sebagai penambah penyedap rasa.
Jantung pisang juga kerap diolah bersama santan dan rempah ratus lain untuk dijadikan lauk berkuah. Rasanya lemak dengan tekstur berserat yang lembut dan empuk. Justeru, ia boleh dijadikan sebagai makanan alternatif untuk individu yang mengamalkan diet pemakanan sayur-sayuran kerana seratnya cukup memadai.
Dipelbagaikan dalam menu harian kerana mengandungi karbohidrat yang memberi tenaga, di samping protein, lemak, fosfurus dan zat besi. Khasiat lain ia rasa kenyang yang lebih lama sehingga dapat mencegah obesiti. Pengambilannya turut membantu meningkatkan kesihatan saluran pencernaan dengan cara meningkatkan pergerakan usus besar dan mengurangi risiko penyakit jantung.
Dipelbagaikan dalam menu harian kerana mengandungi karbohidrat yang memberi tenaga, di samping protein, lemak, fosfurus dan zat besi. Khasiat lain ia rasa kenyang yang lebih lama sehingga dapat mencegah obesiti. Pengambilannya turut membantu meningkatkan kesihatan saluran pencernaan dengan cara meningkatkan pergerakan usus besar dan mengurangi risiko penyakit jantung.
Tulisan n pic Noradabi Rosdi.
ni memng kegemaran saya..
ReplyDeleteklau balik kmpung kutip2 tepi rumah wat jus.. klau mkn mentah dgn nasi x berapa boleh jalan sangat..
kfc :P
wah buat jus pegaga ya...mesti nak awet muda nih...tq sobri rajin klik2...
Deletehe..he x de la awek muda pun..kadang sayang tgok pegaga lawa x de org mkn..tu yg petik..buat jus pun sedap...klik lagi sis :P
Deletebetul tu sobri rugi bazirkan ulam2 segar yg banyak khasiat lagi percuma...tq sobri rajin klik2.
Deletesaya lbh suka mkn ulam drp mkn sayur ...
ReplyDeleteulam2 segar sedap dimakan mentah...tapi ulam2 juga enak dimasak menu tertentu...seperti selom n pegaga boleh dimasak lemak pedas, jantung pisang boleh dibuat gulai, pajri dll...tq Qaseh Wee
ReplyDeleteUlam ulam ni selain sebagai penambah selera banyak juga yang mengandungi khasiat tersembunyi...tersimpan kemanisan disebalik pahit rasanya...
ReplyDeletebenar tu...ulam2 pahit seperti pucuk betik mempunyai nilai perubatan yg tinggi, boleh menurunkan tekanan darah tinggi juga pengubat denggi.... penemuan terbaru...tq Anak Kuala.
Deletesuka buat kerabu..kerabu pegaga, kacang botol, jantung pisang...makan bertambah-tambah..
ReplyDeletewah makan kerabu ulam2 ni...xpandang keliling dah ..sedap sangat....tq nohas.
Deletesemua sayuran nya kesukaan saya apalagi jantung pisang ..
ReplyDeletebagus tu friska..patutlah nampak cantik n manis friska ni heh..heh...tq Friska Lee.
ReplyDeletejantun pisang kalo di banjarmasin disebut tongkol :)
ReplyDeletebegitu ya...tambah tahu nih...tq Dwi Alfina.
ReplyDeleteKakak dilahirkan dari keluarga susah dan duduk di kampung jadi ulam-ulam apa pun semua kami makan. Buah terung pipit tu keluarga kakak panggil cepokak yg pahit itu pun kami makan. Apa lagi yg tak pahit macam pucuk kaduk, ulam raja, kacang botor (kami panggil cipir).
ReplyDeleteSebenarnya makan bukan tahu apa khasiat dan risiko bila makan berlebihan tapi sedap. Tak tahu pun kolesterol dlm sambal belacan masa tu. Kesian kan kami dulu...
pengalaman kita sama saja kakzakie...selesa jadikan ulam2an sebagai sayuran yg boleh dipetik ditepi rumah...xpayah susah2 nak beli sayur2 yg dijual nampak subur tapi mengandungi racun perosak yg digunakan utk melindunginya drpd rosak...ulam2 pula tumbuh semulajadi n kita yakini selamat...asal boleh makan mmg jadikan sumber makanan....tq Kakzakie.
Deletetermasuk jenis sayuran semua ya Mbak...???
ReplyDeleteya..termasuk jenis sayuran juga...tq Semuainfo.
DeleteWahh ulam ulam ...
ReplyDeleteiini sangat berkhasiat ya :)
mkasih ya info nya
sama2..ya ulam2 ni mmg sgt berkhasiat..tq Munawir Alfikri sudi singgah blog karyaku...
Deleteulam-ulaman penambah selera makan.. aiza paling menggemari ulam pegaga, pudina dan pucuk kaduk kak.. duduk kat rumah taman sekarang pun ada mak aiza tanam pokok-pokok tu di kawasan tanah 'sekangkang kera' di depan rumah..
ReplyDeletebagus tu aiza...nak bertanam sikit2 xperlu tanah yg luas asal senang nk memetiknya kala nk makan....tq Mizz Aiza.
ReplyDeletepaling enak kacang botol..:)
ReplyDeletewah minat kacang botol ni ya..rangup dikunyah ya...tq Aldino Sya.
ReplyDeleteKami sika makan sayur lalapan yang tanpa di masak teman, terimakasih telah berbagi
ReplyDeletebegitu ya...terima kasih Dhicomp sudi singgah blog karyaku...
ReplyDelete