Sunday, 23 March 2014

CUBIT PEHA KANAN PEHA KIRI PUN TERASA...

ASSALAMUALAIKUM...

TERKEJUT SUNGGUH MEMBACA BERITA DI BAWAH INI. APALAGI KALA MENATAP WAJAH PASANGAN INI YANG DILITUPI MENDUNG KESEDIHAN LANTARAN ANAK KESAYANGAN YANG MASIH BAYI KECIL KINI DISAHKAN BERPENYAKIT JANTUNG BERLUBANG. DAN KOS MEMBIAYAI PENGUBATAN SI KECIL MENGGELUTI FIKIRAN. SEBAB JUMLAHNYA TIDAK SEDIKIT DAN DILUAR KEUPAYAAN PASANGAN MUDA INI.

PI MEMANG MENGENALI SUAMI/ISTERI INI. KEDUA-DUANYA LULUSAN UITM TAPI ISTERI MAZWANI MEMILIH UNTUK TIDAK BERKERJA KERANA INGIN MEMBERI SEPENUH TUMPUAN MENJAGA ANAK-ANAK DAN RUMAH TANGGANYA DENGAN LEBIH SEMPURNA.

DAN NURIMAN PULA ADALAH ANAK SEPUPU JAUH PI YANG BERKAWAN BAIK DENGAN ANAK PI SEJAK BERSEKOLAH RENDAH LAGI. MEMANG RAPAT SUNGGUH PERSAHABATAN MEREKA SEHINGGAKAN RUMAH PI MENJADI RUMAH KEDUANYA.

KESEDIHAN DAN KESAKITAN YANG DIRASAI SAUDARA-SAUDARA KITA IBARAT CUBIT PEHA KANAN PEHA KIRI PUN TERASA...

DIDOAKAN ADA JALAN PENYELESAIAN TERBAIK DEMI MENYELAMATKAN DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT SI KECIL DENGAN KADAR SEGERA....IN SYA ALLAH..

  • 'Saya terkejut anak sakit..'Mazwina dan Muhammad Nuriman yang sugul ketika ditemui di HSNZ.
 1 / 3 
KUALA TERENGGANU - “Walaupun tidak dapat menerima kenyataan anak saya mengalami penyakit jantung berlubang, saya perlu tabah dan reda dengan ketentuan-Nya.

"Saya amat harapkan doa daripada semua agar anak saya dapat sembuh,” kata Mazwina Pauzi.

Mazwina, 28, yang berasal dari Jengka, Pahang, baru habis pantang anak keduanya, Muhammad Ashraf Uwais, 2 bulan, berkata, hati ibu  mana yang tidak sebak apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan yang disahkan normal, tiba-tiba dikesan mengalami masalah jantung berlubang yang serius.

“Saya memang terkejut kerana abangnya, Muhammad Aisar Harraz, 2 tahun, tidak mengalami sebarang masalah kesihatan malah sejarah keluarga saya dan suami tiada yang mengalami masalah itu.

“Ketika mengandung, saya tidak pula diberitahu mengenai masalah yang dialami Ashraf, dia disahkan normal dan sihat,” katanya.


Makin kritikal

Menurutnya, awal bulan lalu, dia dan suami membawa Ashraf ke klinik pakar kanak-kanak di Kuantan kerana sepanjang perjalanan pulang dari Jengka ke Kuantan, Ashraf tidak berhenti menangis dan nafasnya agak laju.

“Pada mulanya doktor mengesahkan Ashraf mengalami masalah paru-paru, namun, disebabkan keadaannya tidak berubah dan masih kerap menangis, kami kemudiannya mengambil keputusan membawa Ashraf ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

“Kami terkejut apabila doktor pakar dari HTAA mengesahkan Ashraf mengalami jantung berlubang seluas 3.7 sentimeter,” katanya.

Beliau berkata, selepas keluar dari HTAA, dia dan suami pulang ke Kemaman kerana suami bertugas di situ, bagaimanapun memandangkan keadaan Ashraf masih tidak berubah walaupun diberikan ubat, mereka membawa anaknya itu ke Hospital Kemaman.

“Ketika di Hospital Kemaman, pernafasan anak saya sudah tidak stabil dan agak kritikal, doktor memberitahu dia perlu dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) malah keadaannya juga kritikal dengan peluang untuk selamat hanya 50 peratus.

“Doktor pakar di HSNZ memberitahu, setakat ini tiada jalan lain lagi untuk menyelamatkan Ashraf melainkan perlu segera menjalani pembedahan dengan kos sekitar RM40,000 bagi mengelak jantung membengkak dan lubang di bahagian Ventricular Septal Defect (VSD) atau lubang di tengah injap jantung semakin membesar.

"Doktor juga bimbang jika pembedahan tidak dilakukan segera akan berlaku komplikasi pada buah pinggang kesan sampingan ubat,” katanya.


Tidak mampu biaya kos pembedahan

Sementara itu, bapa Ashraf, Muhammad Nuriman Shahabudin, 29, yang bekerja sebagai juruteknik berkata, dengan pendapatan sekitar RM3,000 sebulan, dia tidak mampu menampung kos keseluruhan pembedahan anaknya itu.

“Dengan gaji selama ini, saya tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu untuk pembedahan Ashraf.

"Namun, kami masih berharap agar ia dapat direalisasikan berkat doa keluarga dan rakan,” katanya.

Muhammad Nuriman berkata, Ashraf yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Tingkat 6 C, HSNZ sebelum ini dilahirkan secara normal pada 10 Januari lalu dengan berat 3.2 kilogram, bagaimanapun selepas dua bulan, beratnya bertambah sebanyak 800g sahaja.

“Sekarang dia hanya minum susu formula, itupun hanya 57 gram dalam tempoh tiga jam.

"Badannya bertambah susut sehingga tulang pinggulnya timbul. Saya sendiri tidak sanggup lihat keadaan dia dan tidak dapat menahan air mata,” katanya.


Info

Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Ashraf Uwais boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 156141360797 atau CIMB 01270004359527 (Mazwina Mohd Fauzi)

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/saya-terkejut-anak-sakit-1.263003

26 comments:

  1. saya hanya bisa doakan saja semoga masalahnya cepat selesai ya...aminn

    ReplyDelete
  2. insya Allah...terima kasih doanya Semuainfo...amin

    ReplyDelete
  3. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    semuanya adalah ujian dan cobaan dari Allah
    Saya hanya bisa berdo'a Semoga Allah memberi kesembuhan bagi anak sahabat PI dan keluarganya di beri ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikummussalam...terima kasih banyak doanya Free Just 4 U..moga Allah memberi kekuatan menempuhi ujiannya dgn redha..insya Allah..

      Delete
  4. Sebak hati saya tatkala memikirkan anak sekecil ini perlu menanggung sakit yang berat. Semoga Ashraf dipermudahkan urusan untuk sembuh dan pulih seperti normal.

    ReplyDelete
  5. benar tu sebak hati kita mengenangkan bayi kecil menahan kesakitan sebegitu n terpaksa dibedah pula...sedangkan mendengar tangisan anak2 kecil pun hati kita luka terhiris apalagi melihatnya menanggung kesakitan yg berat...tq Sylarius Yusof...kita doakan yg terbaik untuk Ashraf n Allah segera mencabut deritanya...

    ReplyDelete
  6. Moga mereka berdua kuat dan tabah dan semoga anak kesayangan mereka akan pulih .Saya pernah lihat situasi ni apabila abang saya mengalami situasi gini...2 daripada anaknya mengalami masalah ini... tapi tuhan lebih sayang kepada mereka berdua tu kedua duanya meninggal semasa masih bersekolah rendah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ibubapa perlu sangat tabah menghadapi situasi begini...kita yg memandang hanya berkongsi rasa dukacita n membantu sekadar termampu tapi penanggungan perasaan mrk betapa berat tekanannya hanya mrk yg rasa...ada juga jiran kak yg mempunyai seorang anak yg sakit begini n terpaksa berulang alik ke hospital...syukur alhamdulillah anak itu kini selamat menjejak dewasa...kita doakan anak kecil itu berjaya melepasi saat kritikalnya n sihat sediakala...insya Allah...tq Anak Kuala.

      Delete
  7. Benar...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...hanya doa yg dapat kukirimkan. Semoga mereka diberi kesabaran & ketabahan dalam menempuh ujian ini. Semoga juga segala urusan mereka dipermudahkan Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar tu..kita sekadar boleh berkongsi rasa tapi yg menanggungnya lebih berat tentunya...setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya...terima kasih banyak BM mengirim doa2 suci yg sangat diharapkan anak2 saudara sy tu...insya Allah.

      Delete
  8. Tersentuh hati kakak bila membaca hal-hal begini. Masih muda dgn seorg saja bekerja mungkin itulah yg berat baginya walau 40K. Semoga ada huluran yg membantu dgn segera. Insya-Allah bersama kita membantu berapa yg mampu.

    Kakak mendoakan sama. Sedih:(

    ReplyDelete
  9. ya begitulah takdir mendatangi tanpa mengira siapa...baru saja membina hidup berkeluarga sudah berat diuji kasihan sungguh...kak masih xdapat lupakan bagaimana nuriman n anak kak membesar bersama kini dah beristeri n beranak dua...kehidupan yg dilaluinya menuntut pengorbanan demi anak2 yg dikasehinya..moga bapa n ibu muda itu tabah menempuhinya...insya Allah pasti ada jln penyelesaiannya....tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. nyimak dlu mas.. ditunggu follbacknya.thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Febri Gamesoft, sudi singgah menyimak..

      Delete
  12. dugaan dari Allah swt, sama2 kita doakan dan bantu mana yng kita mampu yer kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kita berdoa n bantu setakat mampu...terima kasih Kesuma Angsana.

      Delete
  13. Semoga doa Nabi Ayub menyembuhkan penyakit dan sihat. Dan permudahkan, InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYA ALLAH..Mudah2an babY Pose...terima kasih.

      Delete
  14. saya hanya bisa berdoa semoga diberikan kesehatan oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  15. semoga segala urusan dipermudahkanNya.. amiin..

    ReplyDelete
  16. terima kasih banyak doanya Aidi Rahman Untoro

    ReplyDelete
  17. kadang org yg kita x kenal..tapi bila terbaca kisah mereka kita akan ada perasaan simpati n kesian.. terasa juga penderitaan mereka.. erm..smoga kluarga ini tabah menghadapi dugaan ni..
    klik digix5

    ReplyDelete
  18. ya sobri tambah2 mrk yg ada hubungan dgn kita mcm kak dgn pasangan tu tentu sangat terasa sekali..cabaran bagi mrk yg baru memulakan hidup berkeluarga tapi diuji pula...moga kedua-duanya tabah n reda.. tq sobri rajin klik5digi.

    ReplyDelete
  19. Assalam Paridah,
    Nak bertanya khabar berkenaan baby ashraf

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist