بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...

ASAM PEDAS KEDAH NI BERBEZA DARIPADA ASAM PEDAS PAHANG, MELAKA DLL NEGERI DI NEGARA KITA. MASING-MASING DENGAN KEISTIMEWAAN RASANYA YANG TERSENDIRI. ASAM PEDAS KEDAH NI ADA TAMBAHAN JINTAN MANIS DAN KELEDEK..JARANG JUMPA ASAM PEDAS ADA KELEDEK KAN...SELALUNYA ORANG KEDAH MASAK ASAM PEDAS GUNAKAN IKAN BENDANG SEPERTI HARUAN, KELI, PUYU, SEPAT, SIAKAP.

TAK PERCAYA IKAN SIAKAP IKAN BENDANG? BENDANG YANG LETAKNYA HAMPIR DENGAN LAUT AIRNYA PAYAU DAN SIAKAP HIDUP MEMBIAK DENGAN SELESANYA. TAK PAYAH NAK HERANPUN....
ASAM PEDAS KEDAH
Bahan-bahannya:
Ikan kembung atau sebarang ikan sungai - dibersihkan
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
kacang bendi
beberapa tangkai daun kesum
sedikit air
Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk/Giling
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
1 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang merah
sedikit belacan
Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk/giling, air, asam keping, serai dan daun kesom ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yg perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan garam secukup rasa, bendi dan ikan. Jgn masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
4. Bila dah masak angkat dan hidangkan...
* Bendi boleh digantikan dgn timun atau ubi keledek
* Ikan ikut kesukaan anda
* Jika suka boleh masukkan hirisan bunga kantan.
* Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili kering.

22 ulasan - "ASAM PEDAS KEDAH..."

nohas delete icon 17 April 2015 7:40 PTG

tak pernah makan lg asam pedas kedah ni...mesti ada rasa manis2 sikit sbb ada keledek..
lapar le pulak..

Nooriah Abdullah delete icon 17 April 2015 9:07 PTG

sedap asam pedas, bila2 pun terbaik tambahan kalau ikan sungaiii aduhhh

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 17 April 2015 9:21 PTG

sedap sangat..kegemaran saya.

BM delete icon 17 April 2015 9:27 PTG

Setiap negeri atau keturunan pasti ada cara dan resepinya yang berbeza walaupun nama masakannya adalah sama. Selera kita semua berbeza dan unik sekali!

abuikhwan delete icon 18 April 2015 1:25 PG

Assalamualaikum..
Mengapa tiba-tiba terasa kecur air liur melihat foto asam pedas kedah. Kalu guna ikan tenggiri ni mesti lagi sedap agaknya...Kena cuba ni.

Fidah Shah delete icon 18 April 2015 7:05 PG

Sedepnya..
First time tengok asam pedas Kedah...Cuma tau asam peds Johor aje..

❤Kamsiah❤ delete icon 18 April 2015 8:58 PG

tak kira asam pedas dari negeri mana pun..saya suka menghirup kuahnya hehe

aTieYusof Family delete icon 18 April 2015 10:52 PG

Sedapnyaa.. sllu sy mkn asam pedas Melaka jer sbb hubby org melaka..nak kena cuba ni...;)

Pha Is delete icon 18 April 2015 4:20 PTG

mak saya org kedah. so selama ni asam pedas yg saya makan kira asam pedas kedah lah kan..? hehehe

paridah delete icon 18 April 2015 9:34 PTG

DH ORG KEDAH MESTI EXPERT ASAM PEDAS KEDAH NI...SEDAP TQ PHA IS.

paridah delete icon 18 April 2015 9:36 PTG

CUBALAH ATIE MSK REBUS JER NI..TQ ATIE YUSOF.

paridah delete icon 18 April 2015 9:37 PTG

YALA KAMSIAH...SEDAPNYA BERBEZA...TQ

paridah delete icon 18 April 2015 9:38 PTG

CUBA MSK FIDAH..SEDAP NI..TQ

paridah delete icon 18 April 2015 9:40 PTG

WSALAM DIK USTAZ...KENA CUBA BARU TAU KESEDAPANNYA...TQ ABUIKHWAN.

paridah delete icon 19 April 2015 9:47 PG

HEH..HEH..NAMA JER SAMA TAPI RASA N RUPANYA BERBEZA KAN BM...TQ

paridah delete icon 19 April 2015 9:48 PG

SUKA ASAM PEDAS YA....TQ MKL.

paridah delete icon 19 April 2015 9:51 PG

YELA NOOR KALAU MKN NASI DGN ASAMPEDAS GINI BERLADUNG KUAH DLM NASI KAN...TQ NOORIAH.

paridah delete icon 19 April 2015 9:53 PG

SEDAP NI NOHAS...TAPI SUSAH JUGA NK JMPA DIJUAL DI KEDAI MCM ASAM PEDAS MELAKA TU...TQ NOHAS.

Qaseh Vee delete icon 19 April 2015 2:24 PTG

owh ada jintan manis dan keledek . masa saya budak2 dulu , my bonda selalu je masak asam pedas letak nenas sbb kat kebun kami byk nenas . mmg sedap . kat sini jarang lak nak membuatnya ...

paridah delete icon 19 April 2015 3:16 PTG

mmg kena asam pedas letak nenas tu sbbrasa nenas masammanis...sedap tu...tq qv

Siti Yang Menaip delete icon 20 April 2015 12:58 PG

a ah belah utara ni lain sikit kan.. kalo tok CT masak asam pedas
akan lebih pekat sikit kuahnya and pedas memang tak terkatalah ahahaha..

paridah delete icon 20 April 2015 9:04 PG

ASAM PEDAS KEDAH NI KALAU MKN MESTI NK MELAUT KUAHNYA DLM NASI...SEDAP WALAU PEDAS...TQ SITI.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”