بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


Rizal telah membuat satu keputusan yang berat hendak dilaksanakannya. Tetapi dia merasanya seperti sudah tidak ada sebarang pilihan. Hanya itulah sahaja sepatutnya dilakukannya.
Dia tidak ingin melalui rentak kehidupan yang sedang ditandak ayahnya dan suku-sakatnya. Sekiranya masih di sini dia tentu akan terpaksa menerajui syarikat perniagaan ayahnya dan bergelumang dengan kegiatan sosial yang tidak digemarinya. Seperti ayahnya juga. Ayahnya pasti berkata, lakukanlah semua itu demi kepentingan syarikat. Untuk kemajuan bisnis supaya beroleh keuntungan yang berlipat ganda.
Rizal ingin menjalani kehidupan yang tenang sebagai muslimin yang baik dan bersih dari sebarang maksiat yang akan menodai kesuciannya.
Dia tidak berpendapat bahawa cara hidup yang diyakini ayahnya itu tidak sempurna dan menyalahi. Tetapi perlu dibaiki. Berniaga itu sunnah Rasullullah. Rezekinya amat luas. 9/10 dari sumber rezeki yang lain. Tetapi perlu berada di landasan yang betul menurut syariat yang sebenarnya.
Jadikanlah perniagaan itu sebagai amal ibadah yang mulia dan tidak dicemari dengan elemen-elemen kemaksiatan. Lakukanlah perubahan yang bermanafaat. Bukankah hidup ini sentiasa perlu berubah? Dan menuntut perubahan yang lebih baik. Hari demi hari.
Hari esok mestilah lebih baik daripada hari ini dari segenap aspek pencapaian.
Demikian yang sering dianjurkan para alim-ulama dan cendiakiawan terbilang. Rizal ingin mengadaptasikannya ke dalam hidupnya seterusnya. Sebagai manusia yang cemerlang dengan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Kehidupannya di US, sendirian di rantau orang sangat memeritkan. Dia sentiasa pasrah kepadaNya. Bersungguh-sungguh hati. Berada di tengah suasananya yang tegar dan perlukan benteng pertahanan diri dan iman yang teguh untuk menghadapi sebarang dugaan dan godaan.
 Hanya berlindung kepadaNya. Mengharapkan rahmatNya untuk memelihara keselamatan dari anasir-anasir yang tidak diingini. Sentimen masyarakat New York selepas tragedi 11 September terhadap muslimin dan pendatang luar ketara amat kebenciannya. Tragedi yang sangat mengejutkan dunia itu meranapkan bangunan tinggi World Trade Center dan mengorbankan ribuan nyawa mangsa.
Gara-gara angkara muslimin Osama Bin Laden dan kuncu-kuncunya. Begitu sumber pertahanan US menyebutnya. Kenyataannya tidak pula terbukti secara sahih.
Setelah itu, barangkali semuanya beranggapan kesemua muslimin yang berjubah dan menutup kepala itu menyembunyikan serangkaian bom yang akan meledak di mana-mana saja, samaada di pasaraya di bangunan tinggi waima di gereja tempat pemujaan Tuhan.
Ketakutan yang membelenggu ekoran tragedi itu membungkus perasaan prasangka yang kejap terhadap muslimin adalah total teroris. Dan para teroris perlu dipanah untuk menjatuhkannya.
Seperti Serb Bosnia yang berusaha melakukan pemusnahan ethnik Islam Bosnia dengan membunuhnya tidak mengira jantina dan umurnya. Andai sahaja Islam perlu dimusuhi dan dihapuskan kewujudannya..
Ketika itu dia baru saja tiba di situ untuk memulakan pengajiannya.
Ketakutan yang menyelubunginya seakan diekori jejak hantu ke mana saja berpergian. Apa lagi dalam keadaan pertama kali berada di rantau orang. Tanpa mama dan ayahnya di sisi untuk memberinya perlindungan.
Mamanya sering menaliponnya memberinya semangat dan kekuatan untuk meneruskan pengajian yang telah dimulakannya.
Kata mamanya berdoalah sentiasa memohon perlindungan dariNya kerana Dia yang maha berkuasa ke atas segala-galanya. Jangan lalai menunaikan solat fardu atau solat sunat. Mohonlah keampunan dan keredaannya, nescaya hidupmu berkah dan terlindung dari mara-bahaya. Sesuatu apa pun tidak akan terjadi, tanpa izin dariNya.
Mamanya menitipkan pelbagai pesanan yang diikutinya untuk menjadi pendinding dirinya menghadapi pandangan serong mat saleh tempatan terhadapnya yang memiliki wajah iras-iras orang-orang Asia Barat. Salah-silah jurai keturunannya yang terdahulu sememangnya berasal dari situ.
Pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawanya kerana dibelasah remaja tempatan yang menyangkanya bersangkut-paut dengan tragedi 11 September kerana rupa Arabnya itu tidak akan dilupakannya. Ketakutan yang mengerikan menjadi trauma.
Mujur ada dua orang rakannya, warga tempatan yang menyelamatkannya. Masih ada insan berhati mulia ditengah keboborokan manusia di sini. Memang Dia Maha Berkuasa. Jika tidak diingini sesuatu itu berlaku maka ianya tidak akan berlaku. Dia mengucap berbanyak syukur.
Apa yang dilaluinya mengajarnya jangan terlalu remeh dengan hidup yang singkat ini. Mesti di isi dengan amalan-amalan yang tidak merugikan untuk dibawa menemuiNya kelak. Faktor usia samada tua atau muda bukan penentu masa sesaorang akan meninggalkan mayapada ke alam hakiki.
Dia ingin mencari sesuatu yang menenangkan jiwanya. Tidak ditemuinya di sini. Mungkin ada di tempat lain, dia menduga-duga. Dan dia perlu ke situ.
“Rizal berkemas-kemas ni hendak ke mana?” Dahi mamanya berkerut-merut melihat perlakuan anaknya itu. Dia duduk di sisi anaknya di atas katil.
“Entahlah mama…memang susah Rizal hendak buat keputusan.” Sahut suaranya yang kedengaran tersekat-sekat di tenggorokan. Pandanganya menyeluruhi pakaiannya yang berserakan di atas katil. Sebentar lagi dia akan mengemaskannya kembali.
“Janganlah jadikan peristiwa semalam tu sebagai penentu pandangan Rizal terhadap ayah. Ayah seorang yang baik. Dia ingin mendekatkan dirinya dengan Rizal. Mungkin caranya saja yang tidak kena. Sejak dulu memang demikian cara sosialnya. Walau bagaimana pun dirinya,  dia amat sayangkan Rizal.” Suara lirih mamanya yang memujuk itu tidak mampu melembutkan hatinya. Dia berpaling mengadap mamanya.
“Mama ni kenapa? Biarkan saja ayah begitu. Rizal hairan mengapa selama ini mama diamkan diri. Mama biarkan ayah hanyut dalam dunianya. Kenapa mama tidak tuntut hak mama.” Dia mendengus keras. Jari jemarinya diremas-remas. Wajahnya tegang.
Ada wanita lain yang lebih teruk kehidupan mereka daripada mama. Kita harus kenal erti kesyukuran.” Ujar wanita tabah dan banyak bersabar di atas ujianNya itu.
“Sebab itulah Rizal hendak pergi dari sini. Rizal tidak sanggup melihat mama menderita di dalam senyap. Menangis di dalam diam. Rizal juga ingin mencari ketenangan jiwa yang akan memberi ilham untuk menjalani hidup seterusnya.” Wajah polos anaknya yang rusuh kerana bersiponggang dengan liku-liku ketentuan yang menyulitkannya membuat keputusan itu ditatapnya hiba.
“Kalau Rizal sayangkan mama, Rizal pergilah ke resort kita tu. Mama akan lebih tenteram jikalau Rizal ada di sana. Mama sudah yakin anak mama selamat di sana.” Mamanya merenungnya dengan kedua-dua bola matanya yang jernih bersinar tetapi tetap terkandung kesayuan yang biru di situ.
Anaknya itu sekali lagi akan berpisah dengannya. Kali ini dia ingin pastikan anaknya berada di tempat yang terjamin keselamatannya. Dan tidak meragukan apa-apa lagi tentangnya.
“Mama akan beritahu ayah, jika Rizal ke sana nanti?” Mencerlang anak matanya menerjah kristal mata mamanya mengisi pertanyaannya.
“Kenapa? Rizal hendak mama rahsiakan?” Tanya mamanya
“Rizal tidak mahu ayah ke sana dan pujuk Rizal pulang...” Seketika dia diam.
Ayatnya tergantung dan bersambung kembali.
“Ayah dah bangun ke?” Majmin pasti suaminya belum lagi bangun dari tidur. Masih terbungkang di atas katil. Barangkali kerana terlalu letih turut berpesta meraikan majlis temannya dan pulangnya pula hampir dinihari.
“Baguslah. Rizal hendak keluar sebelum ayah bangun.” Rizal memandang mamanya yang tidak berdaya menahan sebak. Titislah air jernih dari kedua-dua kelopak matanya. Buli-buli darah yang menukarkannya kepada rupa sifat air yang jernih berkaca.
Hatinya dirobek dengan kesayuan kerana akan berpisah dengan cahaya mata kesayangan nan seorang. Sukarnya perasaannya hendak melepaskan anak yang dikasihi daripada melangkah pergi meninggalkannya.
“Rizal tidak akan pergi selama-lamanya. Suatu hari nanti Rizal pasti pulang. Mungkin membawa sinar baru yang akan memberi kebahagian kepada kita sekeluarga.” Rizal memeluk mamanya. Menyeka titik air yang membasahi pipi mamanya.
Majmin mendakap erat anaknya itu. Seperti tidak mahu di lepaskannya.
Rizal melangkah membawa sebuah beg yang sarat dengan pakaiannya keluar dari banglo putih yang tersergam itu menunggu teksi yang ditempahnya dari syarikat teksi ibu kota yang akan datang membawanya pergi ke destinasi pilihannya..


                                                      

12 comments - "SELIRATAN CINTA BAB 14..."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 15 February 2015 at 21:56

ke mana destinasi pilihannya.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 15 February 2015 at 21:57

wah orang pertama komen

paridah delete icon 15 February 2015 at 22:24

ADALAH TU...TQ MKL.

paridah delete icon 15 February 2015 at 22:26

HEH..HEH..OKLAH TU MNYERI BLOG KAK..TQ MKL.

Najib Ariyan delete icon 16 February 2015 at 09:50

mungkin seorang ibu yg harus belajar dari cerita nih... anak jantan kena jadi pengembara dan jangan terlalu ingin berkepit di bawah ketiak ibubapa... sampai masa dia akan jadi pemimpin jadi dia harus belajar mengharungi pancaroba dunia...

paridah delete icon 16 February 2015 at 10:45

HEH..HEH..BIJAK NAJIB...SETUJU DGN PANDANGAN NAJIB..TQ

budi purnomo delete icon 16 February 2015 at 11:15

Mengingatkan kita bisa selalu bersyukur :)

Kakzakie delete icon 16 February 2015 at 13:05

Sedihlah PI...
Kenapalah Rizal tak bersemuka aje dgn papanya kata perlakuan itu salah di sisi agama
Kesian mamanya Datin majmin. Kakak membayangkan mungkinkah ada Datin di negara kita yg mengalami nasib macam Datin Majmin ini. Sedih:(

paridah delete icon 16 February 2015 at 13:19

benar tu perlu banyak2 bersyukur dlm hidup ni...tq dik budi purnomo.

paridah delete icon 16 February 2015 at 13:25

ya sedihkan...kisah2 bgini mungkin ada n penulis biasanya menulis drpd pengalamn n pemerhatiannya sambil berkarya kreatif. tq kakzakie sentiasa ikuti sambungannya.

Diana Rashid delete icon 16 February 2015 at 17:59

kalau saya jadi Rizal tak kan lari jauh hanya sebab itu..saya akan mengubah cara perniagaan ayahn ya tu biar telus dan jujur..,..

paridah delete icon 16 February 2015 at 19:28

lain org lain caranya diana...heh..heh..tq.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”