بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....


Rizal mundar-mandir di ruang tamu. Mak Kiah yang berbetulan melihat gelagat anak muda itu dalam perjalanannya ke dapur, menggelengkan kepala dan beristigfar berkali-kali. ‘Apalah kena budak ni.’ Pertanyaannya tidak keluar meniti bibirnya. Terdiam di hatinya.
Majmin sudah siap mengenakan tudung di kepala sedondon berwarna biru dengan sut baju kurung yang tersalut di tubuh rincingnya.
Beg  kecil yang mengisi mengkana kain sembahyang turut dibawa bersama. Biasanya selepas maghrib baru ada kuliah agama yang diberikan pensyarah jemputan di masjid.
Sebelum mendengar ceramah agama tunaikanlah dulu solat maghrib berimam bila masuk waktunya. Demikian rutinnya yang diatur kebiasaannya.
Ceramah agama pun bermula selepas maghrib sehingga masuk solat isyak. Selesai solat isyak di sambung ceramah semula. Kemudiannya hidangan ala kadarnya yang disediakan komuniti masjid di bawa kepada hadirin majlis.
Begitulah aturcara yang dipenuhi Datin Majmin sehingga usai. Kebiasaan yang sangat dimakluminya.
“Eh…mama nak keluar ke?” Majmin berpaling dari mengadap cermin, menyorot wajah anak mudanya yang kegelisahan menentang anak matanya. Tiba-tiba saja anaknya itu terjengol di pintu biliknya.     
“Ha’ah kan mama dah bagi tahu tadi, malam ni mama ada kelas agama.”
Dia mengulang ceritanya lagi. Barangkali anaknya itu terlupa. Apalah yang mengucar-ngacirkan minda anaknya itu sehinggakan maklumat sekecil itupun tersisih entah ke mana.
“Habis Rizal ni macam mana?” Rizal bertanya keputusan mamanya seolahnya dia baru berusia 10-11 tahun yang perlukan bimbingan hala tuju dari mamanya.
“Kenapa tanya mama pulak? Bukankah ayah nak bawa Rizal keluar untuk dikenalkan dengan rakan-rakan perniagaannya. Ayah dah ajak…pergi sajalah.” Akhiran ayat mamanya lirih sekali. Mamanya menyentuhi bahunya. Merenungi anak matanya dalam-dalam. Kolam mata itu jernih dan bening.
“Rizal belum pun kata bersetuju. Rasa-rasanya Rizal tidak hendak pergilah mama.” Ucapnya lemah. Anak matanya merenung keperihatinan mamanya. Memohon gerak balas yang menyebelahinya. Mamanya terkedu. Kembali mengadap cermin membetulkan letak brooch di tudung kepalanya.
“Terpulanglah pada pertimbangan anak mama yang bijak ni. Mama tidak boleh hendak paksa apa yang Rizal tidak mahu buat. Tapi Rizal kena fikirkan juga perasaan ayah. Mungkin dia akan berasa kecil hati ke jika pelawaannya Rizal tolak.” Renungan anak mata mamanya yang lunak hitam berkilat itu menusuk terus ke tangkai jantungnya,menuntutnya memberi keputusan bijaksana. Memikir dan menimbang dengan mizan yang sempurna meyakinkan.
“Mama kan tahu Rizal ni tidak gemar ke majlis orang-orang korporat yang hanya sibuk bercerita untung dan rugi berjuta-juta, berbilion-bilion, semuanya sarat dengan angka metamatik tetapi di dalam majlis yang meraikan tokoh-tokoh itu wajah-wajah cantik yang langsung tidak ada kena mengena dengan bidangnya yang terlampau ramai. Meluatnya saya melihat perempuan-perempuan genit yang asyik ke sana sini mengekori tokoh-tokoh itu dengan tidak kering senyuman.”
“Buatlah keputusan yang tepat Rizal.” Mamanya memberikannya hak total untuk menentukan kata putus yang diingininya. Mamanya mulai mengatur langkah. Meninggalkan biliknya. Rizal mengikutinya. Pintu biliknya dirapatkan
Kedua-duanya berjalan beriringan sehingga tiba di luar rumah.
“Mama nantilah dahulu.” Rizal mengekori mamanya hingga ke kereta.
Majmin tidak membalas apapun.
Mamanya menaiki Kancil orennya. Enjinnya di hidupkan. Dan mula bergerak perlahan-lahan dan membelok masuk ke jalan utama.. Dia melambaikan tangannya kepada Rizal. Meninggalkannya  terkapai-kapai keseorangan memilih solusi.
Kereta mamanya telah hilang dari pandangan. Mindanya bersimpang-perenang dengan keputusan yang masih ditimbang-timbang. Dia nanar. Bingung.
“Ahh… malaslah nak pergi.” Dia sudah mencapai solusinya sendiri. Rizal segera ke tempat kasut dan mengambil kasut yang hendak di pakainya.
Dia segera keluar dari pintu pagar yang terbuka sendiri sebaik kakinya menjejak lantai otomatik yang dibina sebegitu rupa. Dia ingin lari dari janji ayahnya.
Sebaik tiba di luar terlihat  olehnya Mersedes 2 siri MMM 4 milik ayahnya sedang menyekat kemaraannya. Dia terkejut sangat. Terkaku di situ. ‘Tak lepas juga aku nak lari.’ Kata hatinya yang jatuh terjelepok melemahkan anggota kakinya hendak bergerak..

                                               * * *

Kereta Kancil yang dipandu Majmin berhenti di hadapan rumah Maimun. Dia akan membawa Maimun bersamanya ke masjid. Begitulah janji yang telah diikrar antara kedua-duanya.
“Sorry I’m late.”
“Tak apa. Aku pun baru saja siap. Jom masuk dulu. Masih awal lagi kita nak ke mesjid.” Majmin melangkah longlai memasuki ruang tamu rumah Maimun lantas menghenyakan ponggongnya di atas sofa. Maimun memerhati tingkah temannya itu.
“Kau kenapa Min? Tak sihat ke?” Majmin tidak menjawab sepatah pun. Anak matanya merenung polos. Sebuah keluhan berat dilepaskan.
“Aku dah buat silap Mun.”
“Silap apa?” Maimun terkeliru dengan kenyataan temannya. Ingin benar diketahuinya apakah masalah menggugat kesejahteraan teman baiknya itu.
“Shaari ajak Rizal keluar…”
“Habis apa salahnya…” Wajah Majmin ditenung keseluruhannya  mencari jawapan pasti.
“Rizal tak nak pergi. Tapi aku pula yang pujuk dia.” Wajah Majmin semakin kelat tatkala menuturkan kemasygulan hatinya. Perasaan bersalahnya kerana memujuk anaknya mengikuti suaminya begitu mendera emosinya.
“Aku rasa bersalah pula sebab dedahkan Rizal kepada dunia ayah dia. Tiba-tiba hati aku jadi bimbang takut dia terjebak sama.”
“Banyak-banyak bersabar Min. kau jangan fikirkan yang negatif saja. Berdoalah agar anakmu itu kuat imannya dan tidak mudah dipengaruhi perkara-perkara yang tidak diingini. Diakan bersama ayahnya. Itu lebih baik pada pendapat aku. Masakan seorang ayah hendak menunjukan perilaku yang tidak baik di hadapan anaknya.” Maimun berusaha menenangkan perasaan berserabut tidak keruan yang menyiksa emosi temannya itu. 

5 comments - "SELIRATAN CINTA BAB 12..."

Cilembu thea delete icon 4 February 2015 at 06:25

rupanya saliratan cintanya sudah berada di Bab 12 ya akak?
berarti saya terlambat juga nih...semoga saliratan cintanya takkan pernah berakhir selain maut yang memisahkannya...hehe

Kakzakie delete icon 4 February 2015 at 12:08

Tapi kalau Rizal ikut ayahnya pun bagus juga bagi tembelang ayahnya pecah
Cuma datin masih sayang suaminya itu yg nak disorok dari si anak.

Panjanglah sikit PI bagi puas sikit baca hihi..

paridah delete icon 4 February 2015 at 14:32

YA DH BAB 12..ADIK CHILEMBU THEA SELALU SAJA KETINGGALAN TULISAN AKAK YA...XPATUT. CINTA ABADI WALAU BERSELIRAT BERSIMPUL PPASTI LURUS TERBUKA JUA...TQ.

paridah delete icon 4 February 2015 at 14:43

HEH..HEH...AGAKNYA RIZAL TAU JUGA TU...BAB 13 NANTI LBH PNJG N MENARIK CITERNYA...TQ KAKZAKIE SUDI IKUTI SAMBUNGANNYA SELALU..

dorsett pink delete icon 4 February 2015 at 19:01

Akak, saya tak sempat lg nk baca kisah ni.. huhu

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”