Kita cerita soal saham sikit. Bukan dengan fakta dan data yang berat tapi yang mudah je...
Biasa pabila awal tahun menjelang ramai yang sedang mengira dividen yang bakal diraih kerna pelaburan saham masing-masing yang telah dibuat.
Bagi orang kampung macam aku tentu sangat mengenali saham ASN dan ASB di bawah pengurusan PNB.
ASN dilancarkan pada 1980 dan memberi pulangan dividen yang sangat menguntungkan. Rugi kalau tak melabur masa tu.
Seorang taukeh Cina menasehati aku melabur dengan banyak kerana katanya saham anjuran kerajaan tidak akan rugi dan boleh dipercayai. Sebanyak manalah yang dapat dilabur orang miskin sepertiku melainkan beberapa K saja.
Aku mengekalkan pegangan dalam ASN walau dinasihati bertukar kepada ASB untuk mengelakan turun naik harga saham itu setelah diniagakan di bursa saham.
Mulanya ok sangat. ASN melonjak dari harga asal 1RM kepada 1.75RM. Banyak tu...
Sekali GEORG SOROS buat onar. Habis se Asia dilanda kemelesetan ekonomi akibat manipulasi matawang mainannya,
ASN susut nilai dengan banyak. Menderita sungguh aku masa tu. Mana nak menyara anak-anak yang di universiti dan di sekolah lagi. Saham yang ada sedikit tentulah tidak dapat dijual kerna nilainya cuma beberapa sen.
Setelah beberapa tahap kemelesetan ekonomi dilepasi tapi nilai ASN belum juga melebehi harga1RM.
Bosan menanti harganya meningkat kepada harga tika dibeli dulu. Sekali memang rugi melabur dengan jumlah yang banyak sedangkan dividen yang dibayar mengikut jumlah pegangan saham.
Tapi setiap tahun Pengerusi PNB mengumumkan keuntungan ASN melebehi daripada dividen yang diberikan dan dibawa keuntungan itu kehadapan. Setelah lebih daripada 10 tahun ASN diniagakan tentu telah banyak 2% atau lebih yang dikumpul setiap tahun. Lebih dari 20% tu.
Tak sabar nak merasa PNB memulangkan keuntungan berganda itu kepada pelabur-pelaburnya.
Bila lagi tu...takkan setiap tahun diberi 6% dividen je....

baru je check dividen ASB alhamdullilah.. ada rezeki lebih sikit
ReplyDeletekak blum update lg. insyallah ada sikit KA...brsyukur kita
ReplyDelete