ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMOGA TIASA SIHAT SEJAHTERA DAN CERIA SELALU DALAM LINDUNGAN ALLAH
Terbang kedidi tatkala
senja,
hinggap segera di rumpun
palas;
orang tak sudi lupakan
saja,
ukhuwah mesra dijalin
ikhlas.
Hinggap segera di rumpun
palas,
sambil perhati sekawan
rusa;
ukhuwah mesra dijalin
ikhlas,
baik pekerti budi bahasa.
Sambil perhati sekawan
rusa,
lalu kedasih menghala
candi;
baik pekerti budi bahasa,
santunan kasih kekal
abadi.
Lalu kedasih menghala
candi,
terasa nanar arah
tersalah;
santunan kasih kekal
abadi,
niat sebenar kerana
Allah.
Terasa nanar arah
tersalah,
hajat bersua di pohon
palma;
niat sebenar kerana
Allah,
ke jannah jua akan
bersama.
Mengambil galah mengait
buah,
hendak diberi pada
saudara;
rezeki Allah melimpah
ruah,
usaha cari segala cara.











