ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMOGA TIASA SIHAT SEJAHTERA DAN CERIA SELALU DALAM LINDUNGAN ALLAH
Terbang kedidi tatkala
senja,
hinggap segera di rumpun
palas;
orang tak sudi lupakan
saja,
ukhuwah mesra dijalin
ikhlas.
Hinggap segera di rumpun
palas,
sambil perhati sekawan
rusa;
ukhuwah mesra dijalin
ikhlas,
baik pekerti budi bahasa.
Sambil perhati sekawan
rusa,
lalu kedasih menghala
candi;
baik pekerti budi bahasa,
santunan kasih kekal
abadi.
Lalu kedasih menghala
candi,
terasa nanar arah
tersalah;
santunan kasih kekal
abadi,
niat sebenar kerana
Allah.
Terasa nanar arah
tersalah,
hajat bersua di pohon
palma;
niat sebenar kerana
Allah,
ke jannah jua akan
bersama.
Mengambil galah mengait
buah,
hendak diberi pada
saudara;
rezeki Allah melimpah
ruah,
usaha cari segala cara.
Lamar tak jumpa perkataan nanar tu kak :)
ReplyDeleteInsyaaAllah... terima kasih atas ingatan kak
ReplyDeletebetul tu, elok la semua yg dibuat niat kerana Allah kan
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu Kak PI..
ReplyDeleteBersilaturahim kerana Dia.
ReplyDeletetest
ReplyDeletesuka dengar pantun lama..elok susunan perkataan
ReplyDeleteapa shj perkara yg kita buat MESTI KERANA DIA
ReplyDeletesaya tertanya2 apa makna 'kedasih' tu PI
ReplyDelete