Showing posts with label diamente. Show all posts
Showing posts with label diamente. Show all posts

Sunday, 8 March 2026

WANITA

 ASSALAMUALAIKUM



SELAMAT HARI WANITA


WANITA

.

Ibu

jelita riang

mengemas, menghias, memasak

upaya tenaga, lemah keletihan

lesu, longlai, alpa

ingat cinta

Ayah

.

Gadis

cantik manis

lincah, membantu, bersolek

merias wajah, merenung kesal

meratap hiba, hilang seri

hapus impi

Jejaka

perhati, gelagat

Wednesday, 18 February 2026

KASIH IBU

 ASSALAMUALAIKUM


KASIH IBU

 

 

KASIH IBU

 

Adik

gembira, sendiri

kendiri, berkarya, prihatin

saling membantu, bergaduh pula

memahami, mengasihi, memendam

terlupa, benci

abang

 

#2

Ibu

murung, termangu

melengung, berdiam, merenung

                                                   tarbiah, beri petunjuk, meradang

                                                       bersabar, pandang jauh

kasih tetap

anak

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

18/2/2026



Sunday, 4 October 2020

PERSONA

 ASSALAMUALAIKUM



PERSONA

 

#1/

Ibu

muda, cantik

rajin, cergas, baik

sanggup berkorban, tidak berdaya

bangun, mengemas, memasak

senyum, kasih

ayah

 

#2/

ayah

gagah, kacak

tangkas, ligat, prihatin

membantu segala, kerja gendala

susun, atur, rapikan

tenang girang

anak

 

 

#3

anak

comel, ayu

bermain, menyanyi, melukis

berhati-hati, minat terhapus

fikir, mencari, mencerna

idea bijaksana

ibu


Wednesday, 9 September 2020

KASIH

 **KASIH - Antologi Puisi Diamante **


Terima kasuh kepada semua pemuisi yang menyumbang karya dalam penerbitan antologi puisi moden genre *Diamante berjudul "KASIH" ini.

Buku antologi ini memuatkan 60 buah puisi *Diamante (300 rangkap) daripada 20 orang pemuisi. Antologi ini merupakan terbitan SPTA yang ketiga belas bagi tahun 2020, alhamdulillah.
-sifu Tabir Alam

1. Citranalis
1. Faiziah Shamsudin
1. Has Yusoff
1. Issey Miyaki
1. Nohan Norehan
1. Norgadis Labuan
1. Pak Engku
1. Paridah Ishak
1. Raonah Mohd Sam
1. Russ Asan
1. Sabariah Nor Salleh
1. Sarji Kasim
1. Seti Zaleha
1. Siti Siah
1. Suzana Jumadil
1. Syidah Ida
1. TabirAlam
1. Ustazah Ana
1. Yahti Hayati
1. Zuraida Dewi 

 

 PERASAAN


                                                      Galau

                                     gelombang fikiran gentayang

                                   bimbang, petaka, celaka

                                        mampu hindari, biar menjauh

                                                rancangan, laksana               

                                                          jaya



Tuesday, 4 August 2020

KEPUTUSAN

ASSALAMUALAIKUM




KEPUTUSAN

Keliru
bingung, pening
melengung, selamba, meremehkan
risau terlalu, menimbang tepat
berfikir, menyatakan, setuju
yakin, sempurna
pasti




Salah
serba, serabai
perhati, pertahankan, berterusan
musykil begitu, kembalikan kebenaran
hukum, adil
benar



Tolak
bersama, bersatu
mempertikaikan, menghindarkan, menafikan
protes selalu, menilai sebab
sedia, terbuka
terima

Thursday, 9 July 2020

PENULIS

ASSALAMUALAIKUM


Baru
Gigih, iltizam
menulis, berfikir, terjemah
hilang idea, terkedu buntu
bermain, menari, menyanyi
mencipta, berkarya
mampan

Karang
asa, tabah
menggarap, mencipta, membayang
bosan mengganggu, hilang tumpuan
bergendang, berehat, berenang
mengolah, memadam
rombak


Cerpen
menarik, gelandang
bercerita, mengenang, berkongsi
pengalaman durja, tidak menggentarkan
pedoman, santuni
cerpan

Saturday, 13 June 2020

PUISI DIAMANTE

ASSALAMUALAIKUM

JOM BELAJAR PUISI DIAMANTE

DIAMANTE
[A] Pengenalan:
Puisi "Diamante" berasal dari perkataan bahasa Itali bermaksud "diamond" - atau berbentuk 'daiman' iaitu *lambang berbentuk wajik berwarna merah pada daun terup (*Kamus Dewan). Patrun binaan "Diamante" terdiri dari tujuh baris serangkap: 1-2-3-4-3-2-1.
Puisi "Diamante" terdiri dari dua bentuk, (i) Diamante Antonim, dan (ii) Diamante Sinonim (jarang digunakan). Bagi tujuan projek "Diamante" tumpuan diberikan kepada "Diamante Antonim" sahaja.
Kaedah penulisan adalah seperti berikut:
  1. Baris #1 - kata nama
  2. Baris #2 - kata sifat
  3. Baris #3 - kata kerja
  4. Baris #4 - kata nama dan selisih (dua perkataan)
  5. Baris #5 - kata kerja
  6. Baris #6 - kata sifat
  7. Baris #7 - kata nama
Penulis perlu memahami dan ketahui apa itu 'kata nama' dan pembahagian kata-kata nama yang ada bagi memudahkan penulisan "Diamante".
"Diamante Antonim" boleh dimulakan dengan wajah positif berakhir dengan wajah negatif, atau dimulakan dengan wajah negatif dan berakhir dengan wajah positif.
Beberapa contoh wajah antonim: rakan/musuh, api/air, gunung/lembah, hitamm/putih, perang/damai, lapar/dahaga, soalan/jawapan dan lain-lain.
[B} Pengkaryaan:
Setiap penulis dikehendaki menghantar empat buah tajuk, dan setiap tajuk terdiri dari tiga rangkap diamante (tentatif). Keseluruhannya setiap penulis perlu menyiapkan 12 rangkap diamante.
[C} Peraturan:
Karya diamante yang dihantar hendaklah mematuhi peraturan berikut:
  1. pastikan guna HURUF KECIL kecuali nama khas.
  2. pastikan HURUF BESAR di awal baris #1 sahaja.
  3. sila letakkan NOMBOR URUTAN pada tiap tajuk.
  4. sila hantar karya diamante SATU PERSATU.
  5. JUJUR, tanpa sebarang edit atau padam.
- SIFU TABIR ALAM 




MyBloglist