Wednesday, 10 January 2024

MEMORIBILIA De RHU ANEKDOT CERPU PUISI

 ASSALAMUALAIKUM




MEMORIBILIA De RHU ANEKDOT CERPU PUISI

Alhamdulillah antologi terbaru 024 kakpidah berjudul MEMORIBILIA De RHU ANEKDOT CERPU PUISI

Lima   naskhah antologi terbaru terbitan Nurimas SN Enterprise 024 telah selamat kepenerimaan PI kiriman along Nurimas SN. Alhamdulillah! Terima  kasih banyak along. Secebis coretan memoribilia PI dan dua buah puisi genre soneta dan pancalarik terselit dalam antologi ini. Penulis AKADEMI SANGGAR NURIMAS turut berkarya  dalam antologi ini.  ADUN BERSERAH YB Andansura Rabu telah menulis kata penghantarnya menyusun frasa indah bermakna.  

Terharu sekali penyelenggara LARA PESONA dan HANA SOPHIA HANAFI sudi memilih karya kakpidah  untuk diterbitkan dalam antologi ini. Tahniah semua penukil karya. Hasilan coretan kenangan manis dan puisi pilihan abadi dalam antologi ini. Pelbagai kenangan pengalaman penulis tika menghadiri majlis pelancaran buku dan meraikan penulis ALUMNI SANGGAR NURIMAS berbaur rasa pelbagainya dicoretkan penulisnya. Tidak jemu disusuri baca hingga usai.

TAHNIAH along NURIMAS SN dan SEMUA PENUKIL karya Akademi Sanggar Nurimas. Anlian penulis hebat terbaik.

Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm Nurimas Sn@FACEBOOK atau semua penulis yang terlibat. Antaranya Nizam Wahid, Ainal Marhatun, Aloy Indera Jokina, MS Samad, Eiza Nashwa, Rosnani Mat, Hanna Sophia Hanafi, Noraini Ismail dll. 


Tuesday, 9 January 2024

BICARA BAHASA METAFORA

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM TAHUN BARU 024 SEMOGA TIASA BEROLEH RAHMAT MEMBERKAT HAYAT.
Jom baca DEWAN BAHASA DBP edisi pertama 024 mengutip ilmu info bermanfaat. Terima kasih banyak kesudian editor memilih karya PI, BICARA BAHASA METAFORA untuk siaran. Alhamdulillah.
Dan cerita semalam terima kasih dik Airul Affendi Ali sudi sampaikan khabar bahagia dari seberang tambak, puisi BUIH karya PI disiarkan BH Singapura. Terima kasih banyak kesudian editor menyiarkan karya kakpidah seadanya.



ULAR TEDUNG BERDIRI

 ASSALAMUALAIKUM


ULAR TEDUNG BERDIRI

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

Lama dahulu aku bersahabat dengan seorang pegawai jabatan hutan. Kini beliau telah bersara. Beliau rajin bercerita pengalamannya tika bertugas di dalam hutan. Aku sering juga kongsi kisahnya dalam blogku dengan izinya. Antara satu pengalamannya tika berada  di hutan Simpan Tekai Tembeling Jerantut. Tika  sedang berjalan memeriksa sempadan kawasan lesen pembalakan tiba-tiba berdiri  ular tedung  sama tinggi dengannya. Kepalanya  kembang, Dia terkejut. Terkaku seketika. Terlupa ada parang di pinggangnya.  Ular itu pun tidak bergerak. Masih  berdiri tegak, tersedar dari panik beliau teringat pada pesan orang tua, kalau berdepan dengan ular tedung  berdiri, kita hendaklah bercakap dengannya, Habis  bercakap kita lakukan lah sesuatu,
Lalu beliau berkata " Aku nak lalu bukan nak ganggu engkau."
Habis saja  bercakap beliau terus capai parang di pinggang dan ular tu pula terus turunkan badan nya masuk ke dalam hutan. Balik ke rumah beliau demam tiga hari.

 

pegawai hutan –

ular tedung berdiri

kalimat pesan

Monday, 8 January 2024

PENGEMBARA

 ASSALAMUALAIKUM



PENGEMBARA

.

Perjalanan  pendek perantauan penghidupanku

penghujungnya pengakhiran pasti

pulang pada Pencipta

pengasih penyayang

.

Pasti  panduan pengembaraan

patuh pesanan peraturan penting

perintah penguasa  pemerintah

peranan para pengembara

.

Perhentian   pengembara persada

pertemuan penyudahnya perpisahan

penyelesaiannya pengadilan penentu

penerimaan Pemilik


Thursday, 4 January 2024

SUMBANGSIH

 ASSALAMUALAIKUM





SUMBANGSIH

.

Hati

asas kasih

hulurkan sumbangan

bantu selagi terdaya

mampu

.

Ikhlas

riak sisih

hanya Allah tahu

tersembunyi dalam diam

sunyi

.

Pandang

sudut sisi

keliling sekitar

prihatin semua warga

alam

.

Beza

manusia

jiwa murni suci

saling peduli masalah

timpa


Wednesday, 3 January 2024

SIANG IKAN

 ASSALAMUALAIKUM

SIANG IKAN

 


PIC GOOGLE IMAGES(C)

Sembang rakan

riuh sakan

tentang tajuk

jelas tunjuk

.

Tentang ikan

untuk makan

malas siang

tepi tiang

.

Anak gadis

usah sadis

kerja mudah

bagi sudah

.

Bukan susah

bikin resah

kena tegur

jantung gugur

 

 



Tuesday, 2 January 2024

HALUA MASKAT

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


HALUA MASKAT

 

Halua maskat ialah kuih tradisi amatku gemari. Memasaknya  sendiri susah juga. Rumit  cara buatannya. Bahan utamanya iaitu tepung gandum yang diuli dibasuh dan disimpan semalaman,  kemudian dicampurkan dengan gula, gula batu dan minyak sapi. Lalu dimasak di atas api yang skecil nyalaannya. Sambil dikacau sehingga pekat dan masak.  Kuih  ini terkenal di sebelah utara. Halua  maskat berasal daripada Timur Tengah juga menjadi kesukaan orang India.

olahan memasaknya mengikut citarasa masing-masing.  Tapi  menghasilkan manisan yang sama iaitu halua maskat. Kalau  kita perhatikan di negara Arab seperti Turki, Mesir dan lain-lain tempat di Timur Tengah mereka banyak membuat halua maskat yang berwarna agak jernih atau putih. Rasanya  tetap sama liut dan manis sekali. Dicampurkan pula dengan berbagai jenis kekacang sama ada badam, gajus, pitachios..Manakala  halua maskat yang dibuat oleh orang India pula lebih berwarna jingga dan agak tidak berapa liut.  Tapi  tetap manis.

Kalau aku teringin merasa halua maskat akan membelinya di Pekan Rabu, Alor Star. Itupun kalau pulang ke kampungku berdekatan situ sesekali.

 

halua maskat –

adunan tepung gandum

olahan rasa


Monday, 1 January 2024

SALAM TAHUN BAHARU

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT TAHUN BAHARU 024 MASEHI

SEMOGA TIASA BEROLEH RAHMAT MEMBERKAT HAYAT.

 

 


TAHUN BAHARU

.

Tahun baharu menghulur salam

Allah lanjutkan lagi usia

selamat tinggal hari semalam

masa berharga usah persia

.

Moga segala dalam selamat

aman harmoni beroleh nyaman

ukhuwah murni berlimpah rahmat

berkat kurnia Allah yang Rahman

.

Cuba ukirkan tugu sejarah

wujud sebagai harta warisan

semangat pahat tertentu arah

ukiran indah  untaian pesan

.

Tiap yang baru beransur lama

apa berlaku reda terima

MyBloglist