Tuesday, 11 July 2023

HARTA

 ASSALAMUALAIKUM



HARTA

# 1

Milik cuma sedikit

hartaku dedaun emas memori

pada pohon kenangan

.

Rimbun dalam rasa

manis pahit sisa

.

Hak kekal pasti

akhir akan nanti

 

#2

Gebar sabar tebal

balut resah rusuh jiwa

salju langit iman

.

Duri kasih telan

lestari jauh jalan

.

Kerikil duga tajam

mata pun terpejam

 


Saturday, 8 July 2023

EMOSI

 ASSALAMUALAIKUM 

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


 

EMOSI


 

Barang siapa ikut emosi,

tentu sekali bergelut lesi.

.

Andai tak dapat kawal emosi,

tindakan pasti berbaur sangsi.

.

Kalau emosi memendam rasa,

jiwa  melara hidup terseksa.

.

Andai emosi betul caranya,

berseri pasti akan wajahnya.

.

Kalau emosi kacau melulu,

lafaz istighfar tenang selalu.

.

Urus emosi berpada-pada,

tindak bestari langkah waspada.

.

Jika emosi berubah-ubah,

masalah usah lagi ditambah.

.

Andai emosi meledak marah,

kawal segera sebelum parah.


Friday, 7 July 2023

PENGALAMAN

 ASSALAMUALAIKUM

 


PENGALAMAN

.

 

selagi ada kehidupan

arah berliku teruja susuri

.

lihat suasana sekitar

awan meredupi laluan jauh

.

lorong simpang perenang

distinasi harapan masih kabur

.

kerikil dura merejam

tangis duka diseka seksa

.

pengalaman mendewasakan usia

ceritanya  ukir teladan ilmu

.

telaah perbezaan gaya

saling mengikat keperluan penting

.

pasrah reda bersyukur

kelainaan membawa rahmah berhikmah

.

nilaian harga tertinggi

berbahagia kala berpeluang merasai


PARIDAH ISHAK

DMS

7/7/023


Thursday, 6 July 2023

KEMBARA REKREASI

 ASSALAMUALAIKUM


CUTI SEKOLAH BARU2 NI ANAK2 PI BERCUTI MERATA DESTINASI PILIHAN BEREKREASI

MELEGAKAN KELETIHAN DI TEMPAT INDAH MENARIK...FOTO MEMORI SIMPAN DI SINI.


Tier dan anak isterinya di Thai


Ano n anak isterinya ke taman negara




wow makan durian di Bentong





Melin n Khai dengan anaknya di Melaka




coti2 di Ajil Terengganu








Wednesday, 5 July 2023

MSSD TENPIN BOWLING HULU SELANGOR

 ASSALAMUALAIKUM


TAHNAH AQIL HARITH BERJAYA MEMENANGI NAIB JUARA KEJOHANAN TENPIN BOWLING MSSD HULU SELANGOR...ALHAMDULILLAH.






Tuesday, 4 July 2023

PUISI SAJADAH SPTA

ASSALAMUALAIKUM 



SAJADAH

Sajadah - istilah kata majmuk bagi dua genre puisi *sajak dan *madah. Ianya satu genre puisi baharu mengikut kesesuaian nama genre puisi. Sajadah bukan *sejadah iaitu tikar sembahyang.
Tiada istilah khusus dalam pembendaharaan kata Dewan Bahasa dan Pustaka untuk *sajadah, namun ia digunakan dalam bidang agama yang merujuk kepada perbuatan *sujud seperti "sujud sajadah" atau "sujud tilawah" yang membabitkan perbuatan sujud apabila bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.
Sajdah bermaksud sujud seperti mana nama sebuah surah as-Sajdah serta beberapa surah lain dalam al-Quran. Jadi, *Sajdah tidak sesuai dikaitan dengan genre puisi, dan *Sajadah membawa maksudnya yang tersendiri.
Walaupun puisi *Sajadah merupakan gabungan nama dua genre puisi isitu sajak dan madah, namun bentuk *Sajadah diilhamkan dari hibrid atau gabungan puisi haiku dan pantun.
Bentuk haiku tanpa ikatan rima terdapat pada stanza qasas, dan bentuk pantun dari kuplet maksud pantun terdapat pada stanza kalimah yang terikat dengan skema ekarima.
***BENTUK ***
Sajadah terdiri dari tiga bentuk stanza. stanza pertama di sebut "qasas" yang bermaksud kisah, dan dua stanza kalimah yang dibahagi kepada dua; iaitu "kalimah awal", dan "kalimah akhir".
[1] Qasas
  1. Qasas bermaksud kisah, di mana dalam stanza utama terdiri dari tiga bait ayat yang menggambarkan sesuatu kisah atau situasi yang cuba disampaikan oleh pemuisi. Patrun qasas terdiri dari 3-4-3 perkataan tanpa terikat dengan bilangan suku kata serta tidak terikat dengan skema rima.
  2. Bait terdiri daripada tiga larik;
    Bait pertama - tiga patah perkataan
    Bait kedua - empat patah perkataan
    Bait ketiga - tiga patah perkataan
  3. Metafora perlu digunakan dalam stanza qasas bagi mengukuhkan unsur madah dalam sajak dengan perlambangan bagi menyampaikan maksud qasas.
~ Contoh:
Kucari khazanah diri
suatu *pelayaran *bahtera puisi
kucuba menampi angin
---
*pelayaran - adalah metafora bagi pembelajaran ilmu
*angin - adalah metafora bagi kritikawan dari pembaca
[2] Kalimah
  1. Kalimah bermaksud ungkapan, di mana dalam bait kuplet kalimah dibina dengan majaz atau ayat kiasan yang merangkumi beberapa bentuk majaz yang sesuai bagi menyimpulkan pandangan pemuisi bagi menepati tujuan sajadah ke sesuatu matlamat. Kalimah terdiri dari tiga patah perkataan tanpa mengira bilangan suku kata yang terikat dengan skema rima akarima.
  2. Struktur *Sajadah terletak pada kebijaksanaan pemuisi memilih diksi yang sesuai supaya bentuk bait nampak selaras, dan tidak melebihi antara satu bait dengan satu bait yang lain.
  3. Majaz dalam kalimah awal dan kalimah akhir boleh disampaikan dari beberapa bentuk majaz sama ada yang sama, atau dibahagikan kepada bentuk negatif dan positif, atau sebaliknya.
[3] Majaz
Majaz bermaksud kiasan yang digunakan dalam puisi sajadah bagi menyampaikan intisari puisi yang mampu meneroka minda pembaca menikmati imaginasi atau gambaran yang tersirat serta memahami ilham pengarang.
~ Contoh majaz kalimah awal:
Kala taufan membadai
aku takkan tersadai
---
*taufan - adalah kritikan tajam yang diterima
~ Contoh majaz kalimah akhir:
Terbuai dingin semilir
aku takkan menghilir
---
*dingin - adalah kata pujian yang diterima
---

CONTOH SAJADAH

"AJARI AKU"
Kucari khazanah diri
suatu pelayaran bahtera puisi
kucuba menampi angin
Kala taufan membadai
aku takkan tersadai
Terbuai dingin semilir
aku takkan menghilir

- SIFU TABIR ALAM

Sunday, 2 July 2023

PENUNGGU RESTORAN SEPINTAS LALU

 ASSALAMUALAIKUM



Sasterawan Zainal Abidin Lasim


Melihat Penunggu Restoran Sepintas Lalu


Penunggu Restoran adalah sebuah certot karya Faridah Ishak yang disiarkan oleh Suara Sarawak pada 22 Zulkaedah 1444 H. Ia karya yang tidak cukup panjang untuk dikatakan cerpen. Cerpen biasanya memakan jumlah 1500 perkataan ke atas atau lebih. Cerpen-cerpen Almarhum Abdullah Hussein biasanya panjang-panjang melebihi beribu-ribu perkataan.


Plot


Oleh kerana ia cerpen sebabak atau certot, maka plotnya juga ringkas dan pendek. Perjalanan cerita bermula dengan 'aku' dan Umairah turun ke bandar untuk membeli sepasang kasut sukan setelah Umairah mendapat wang PTPTN.


Kemudian 'aku' berasa lapar dan ingin makan di sebuah Restoran. Namun Umairah melihat sesuatu, yang menjijikkan dan menakutkan. Niat untuk makan dibatalkan.


Perwatakan


Hanya sda dua watak di sini. Aku (pengarang) dan Umairah.


Aku tidak dijelaskan siapakah sebenarnya. Ia hanya disebut kawan kepada Umairah. Jiwa aku bergolak sedikit selepas mendengar cerita dari Umairah tentang makhluk halus yang dilihatnya. Perasaan loya menghantuinya bila Umairah memberitahu makanan makhlus halus yang diguna oleh peniaga menarik pelanggannya. Setakat itu saja. Fizikalnya tidak ditulis oleh pengarang.


Umairah pula adalah seorang pelajar lPT. Ini diketahui bila dia menerima wang PTPTN. Peribadinya agak warak, berjalan menunduk ke bawah, tidak tinggal solat. Ia mempunyai satu kelebihan luarbiasa, iaitu dapat melihat makhluk halus . Hal ini tidak mustahil bagi masyarakat kita, kerana memang ada yang boleh melihatnya dengan amalan tertentu.


Sudut Pandangan


Selalunya cerpen atau novel mempunyai sudut pandangan, iaitu dari kacamata mana cerita meneruskan penceritaannya. Sudut pandangan Aku memberi makna cerita digerakkan melalui sudut pandangan orang pertama, iaitu pengarang sendiri. Sudut pandangan lain ialah dari satu watak dalam cereka. Satu lagi kita tidak sedar cerita digerakkan melalui pandangan siapa, atau ini dikenali sudut pandangan dari Dewa Yang Mengetahui. Certot ini menggunakan sudut pandangan pertama, iaitu Aku.


Peleraian Dan Kesimpulan


Oleh kerana cereka ini berbentuk certot, tidak Ada konflik Yang serius Dalam cerita ini. Konfliknya hanyalah bermula dari keinginan untuk makan, melihat Penunggu Restoran, Dan perasaan loya,mual Dan sebagainya Yang dialami oleh watak Aku. Konflik terlerai apabila mereka membatalkan niat untuk makan.


Dari satu pandangan, benarkah makanan makhluk halus itu benda benda Kotor seperti Yang disebutkan. Pendapat lain menyatakan makanan makhluk itu adalah tulang temulang, bukan najis.


Barangkali Faridah, penulis certot ini ingin mencuba genre seram. Memang pengarang ini mencuba pelbagai genre terutama dalam puisi. Apakah kita merasa seram bila membaca certot ini? Terpulanglah kepada perasaan masing-masing. Pada saya ianya tidak cukup seram, namun pengarang berjaya menghasilkan certot ini dengan baik dan memenuhi kehendak sebuah cereka .


Ibnulazim,

2. 7. 2023


Terima kasih banyak sdr Zainal Abidin Lasim sudi mengulas karya PI seadanya itu.

Saturday, 1 July 2023

GUNUNG JERAI

 ASSALAMUALAIKUM

HARI PERTAMA AIDILADHA PI BERKESEMPATAN BERHARI RAYA BERSAMA ANAK CUCU DAN SAUDARA MARA DI KEDAH KAMPUNG HALAMAN PI...SEBENARNYA ANAK2 TERINGIN NAK MERASA BERAYA DI SANA..PI MENGEKOR SAJA MACAM BIASA HEH HEH..



Di kampung Kuala Dulang Khechil
ziarah raya di rumah makcik/pakcik dan adik2 sepupu Jamilah, Jamaliah/suami, Lan, Fikah/suami ...Alhamdulillah sedapnya jamu selera dengan menu raya istimewa dan minum nira nipah yg manis asli usaha makcik yg rajin sambil menikmati indah saujana bendang terbentang.

Menziarahi rumah pak ngah dan mak ngah di kg Pauh yang terletak dalam dusun buahan di kaki gunung Jerai. Nak makan durian, cempedak, manggis rambai dll semua ada. Dapat bertemu adik Rahim isterinya Leha dan anak menantunya. Adik Mi pun ada...sibuk sangat di dusun menguruskan aneka buahan yg nak dijual pada peraih. Kedua beradik ini menyediakan pelbagai juadah enak. Kenyanglah anak cucu menjamu selera dalam nyaman suasana bawah teduhan rimbun pepohon buahan.







Hari raya kedua lepas beraya rumah bang Cik di Yan kechil perjalanan diteruskan mendaki gunungJerai pula...hujan menyimbah sepanjang jalan sampai ke puncak...sejuk mengulit...hujan dan kabus menyuramkan suasana tapi ramai wisatawan ke sana sini melawat tempat menarik terutama batu kapal dan makam Tok Sheikh..PI hanya dapat kongsikan pic kelabu titipan anak2 sebagai sekadar rakaman kenangan pernah juga tiba di sini..Alhamdulillah, 







 









MyBloglist