ASSALAMUALAIKUM
SAJADAH
Sajadah - istilah kata majmuk bagi dua genre puisi *sajak dan *madah. Ianya satu genre puisi baharu mengikut kesesuaian nama genre puisi. Sajadah bukan *sejadah iaitu tikar sembahyang.
Tiada istilah khusus dalam pembendaharaan kata Dewan Bahasa dan Pustaka untuk *sajadah, namun ia digunakan dalam bidang agama yang merujuk kepada perbuatan *sujud seperti "sujud sajadah" atau "sujud tilawah" yang membabitkan perbuatan sujud apabila bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.
Sajdah bermaksud sujud seperti mana nama sebuah surah as-Sajdah serta beberapa surah lain dalam al-Quran. Jadi, *Sajdah tidak sesuai dikaitan dengan genre puisi, dan *Sajadah membawa maksudnya yang tersendiri.
Walaupun puisi *Sajadah merupakan gabungan nama dua genre puisi isitu sajak dan madah, namun bentuk *Sajadah diilhamkan dari hibrid atau gabungan puisi haiku dan pantun.
Bentuk haiku tanpa ikatan rima terdapat pada stanza qasas, dan bentuk pantun dari kuplet maksud pantun terdapat pada stanza kalimah yang terikat dengan skema ekarima.
***BENTUK ***
Sajadah terdiri dari tiga bentuk stanza. stanza pertama di sebut "qasas" yang bermaksud kisah, dan dua stanza kalimah yang dibahagi kepada dua; iaitu "kalimah awal", dan "kalimah akhir".
[1] Qasas
- Qasas bermaksud kisah, di mana dalam stanza utama terdiri dari tiga bait ayat yang menggambarkan sesuatu kisah atau situasi yang cuba disampaikan oleh pemuisi. Patrun qasas terdiri dari 3-4-3 perkataan tanpa terikat dengan bilangan suku kata serta tidak terikat dengan skema rima.
- Bait terdiri daripada tiga larik;
Bait pertama - tiga patah perkataan
Bait kedua - empat patah perkataan
Bait ketiga - tiga patah perkataan - Metafora perlu digunakan dalam stanza qasas bagi mengukuhkan unsur madah dalam sajak dengan perlambangan bagi menyampaikan maksud qasas.
~ Contoh:
Kucari khazanah diri
suatu *pelayaran *bahtera puisi
kucuba menampi angin
suatu *pelayaran *bahtera puisi
kucuba menampi angin
---
*pelayaran - adalah metafora bagi pembelajaran ilmu
*angin - adalah metafora bagi kritikawan dari pembaca
*angin - adalah metafora bagi kritikawan dari pembaca
[2] Kalimah
- Kalimah bermaksud ungkapan, di mana dalam bait kuplet kalimah dibina dengan majaz atau ayat kiasan yang merangkumi beberapa bentuk majaz yang sesuai bagi menyimpulkan pandangan pemuisi bagi menepati tujuan sajadah ke sesuatu matlamat. Kalimah terdiri dari tiga patah perkataan tanpa mengira bilangan suku kata yang terikat dengan skema rima akarima.
- Struktur *Sajadah terletak pada kebijaksanaan pemuisi memilih diksi yang sesuai supaya bentuk bait nampak selaras, dan tidak melebihi antara satu bait dengan satu bait yang lain.
- Majaz dalam kalimah awal dan kalimah akhir boleh disampaikan dari beberapa bentuk majaz sama ada yang sama, atau dibahagikan kepada bentuk negatif dan positif, atau sebaliknya.
[3] Majaz
Majaz bermaksud kiasan yang digunakan dalam puisi sajadah bagi menyampaikan intisari puisi yang mampu meneroka minda pembaca menikmati imaginasi atau gambaran yang tersirat serta memahami ilham pengarang.
~ Contoh majaz kalimah awal:
Kala taufan membadai
aku takkan tersadai
aku takkan tersadai
---
*taufan - adalah kritikan tajam yang diterima
~ Contoh majaz kalimah akhir:
Terbuai dingin semilir
aku takkan menghilir
aku takkan menghilir
---
*dingin - adalah kata pujian yang diterima
---
CONTOH SAJADAH
"AJARI AKU"
Kucari khazanah diri
suatu pelayaran bahtera puisi
kucuba menampi angin
suatu pelayaran bahtera puisi
kucuba menampi angin
Kala taufan membadai
aku takkan tersadai
aku takkan tersadai
Terbuai dingin semilir
aku takkan menghilir
aku takkan menghilir
- SIFU TABIR ALAM
owh sajak dan madah.. lama dah tak dengar madah pujangga kan kak PI entah kenal atau tidak generasi muda masa kini kesenian madah yang tersusun indah..
ReplyDeletetksh ana ya sajak n madah bergabung indah hasilnya
Deleteingatkan sejadah utk solat tadi...perkara baru ni, .sedap betul sajadah Sifu tu..makna yg tersirat..
ReplyDeletetksh nohas ya sifu TA dgn idea inovasi puisi
Deleterasa macam lagi susah nak buat sajadah ni
ReplyDelete