Sunday, 2 July 2023

PENUNGGU RESTORAN SEPINTAS LALU

 ASSALAMUALAIKUM



Sasterawan Zainal Abidin Lasim


Melihat Penunggu Restoran Sepintas Lalu


Penunggu Restoran adalah sebuah certot karya Faridah Ishak yang disiarkan oleh Suara Sarawak pada 22 Zulkaedah 1444 H. Ia karya yang tidak cukup panjang untuk dikatakan cerpen. Cerpen biasanya memakan jumlah 1500 perkataan ke atas atau lebih. Cerpen-cerpen Almarhum Abdullah Hussein biasanya panjang-panjang melebihi beribu-ribu perkataan.


Plot


Oleh kerana ia cerpen sebabak atau certot, maka plotnya juga ringkas dan pendek. Perjalanan cerita bermula dengan 'aku' dan Umairah turun ke bandar untuk membeli sepasang kasut sukan setelah Umairah mendapat wang PTPTN.


Kemudian 'aku' berasa lapar dan ingin makan di sebuah Restoran. Namun Umairah melihat sesuatu, yang menjijikkan dan menakutkan. Niat untuk makan dibatalkan.


Perwatakan


Hanya sda dua watak di sini. Aku (pengarang) dan Umairah.


Aku tidak dijelaskan siapakah sebenarnya. Ia hanya disebut kawan kepada Umairah. Jiwa aku bergolak sedikit selepas mendengar cerita dari Umairah tentang makhluk halus yang dilihatnya. Perasaan loya menghantuinya bila Umairah memberitahu makanan makhlus halus yang diguna oleh peniaga menarik pelanggannya. Setakat itu saja. Fizikalnya tidak ditulis oleh pengarang.


Umairah pula adalah seorang pelajar lPT. Ini diketahui bila dia menerima wang PTPTN. Peribadinya agak warak, berjalan menunduk ke bawah, tidak tinggal solat. Ia mempunyai satu kelebihan luarbiasa, iaitu dapat melihat makhluk halus . Hal ini tidak mustahil bagi masyarakat kita, kerana memang ada yang boleh melihatnya dengan amalan tertentu.


Sudut Pandangan


Selalunya cerpen atau novel mempunyai sudut pandangan, iaitu dari kacamata mana cerita meneruskan penceritaannya. Sudut pandangan Aku memberi makna cerita digerakkan melalui sudut pandangan orang pertama, iaitu pengarang sendiri. Sudut pandangan lain ialah dari satu watak dalam cereka. Satu lagi kita tidak sedar cerita digerakkan melalui pandangan siapa, atau ini dikenali sudut pandangan dari Dewa Yang Mengetahui. Certot ini menggunakan sudut pandangan pertama, iaitu Aku.


Peleraian Dan Kesimpulan


Oleh kerana cereka ini berbentuk certot, tidak Ada konflik Yang serius Dalam cerita ini. Konfliknya hanyalah bermula dari keinginan untuk makan, melihat Penunggu Restoran, Dan perasaan loya,mual Dan sebagainya Yang dialami oleh watak Aku. Konflik terlerai apabila mereka membatalkan niat untuk makan.


Dari satu pandangan, benarkah makanan makhluk halus itu benda benda Kotor seperti Yang disebutkan. Pendapat lain menyatakan makanan makhluk itu adalah tulang temulang, bukan najis.


Barangkali Faridah, penulis certot ini ingin mencuba genre seram. Memang pengarang ini mencuba pelbagai genre terutama dalam puisi. Apakah kita merasa seram bila membaca certot ini? Terpulanglah kepada perasaan masing-masing. Pada saya ianya tidak cukup seram, namun pengarang berjaya menghasilkan certot ini dengan baik dan memenuhi kehendak sebuah cereka .


Ibnulazim,

2. 7. 2023


Terima kasih banyak sdr Zainal Abidin Lasim sudi mengulas karya PI seadanya itu.

4 comments:

  1. Saya tak pernah tulis certot.
    Melalui ulasan ini fahamlah saya serba sedikit apa yang dinamakan certot.
    Tahniah Kak PI. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh amie certot pendek saja..tulis cerpen panjang dari certot

      Delete
  2. jujur ulasannya. apa-apa pun tahniah kak pi!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist