ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI ASYURA
BUBUR ASYURA
.
Di kampungku dahulu, apabila tibanya awal Muharam, jiran-jiran mula merancang untuk mengacau bubur asyura. Masing-masing berpakat menyediakan bahan mengikut kemampuan. Penduduk di kejirananku memilih untuk memasak bubur asyura cara utara yang terkenal dengan rasa manis dan pelbagai ramuan.
Antara bahan yang digunakan ialah kelapa, gula merah, gula pasir, tepung beras, kacang hijau, pisang, keledek dan jagung. Apabila tiba hari yang ditetapkan, jiran-jiranku berkumpul di rumah Kak Poziah dan Abang Din. Tiga tungku didirikan bagi menampung kawah besar yang sarat dengan bahan bubur asyura. Api dinyalakan menggunakan kayu yang disusun bersilang.
Bermulalah kerja mengacau bubur secara bergotong-royong. berseli canda dan gelak tawa. Setelah masak, setiap keluarga menerima setalam bubur asyura untuk dibawa pulang. Selebihnya dihantar ke surau bagi dinikmati oleh para jemaah selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak.
Tradisi itu bukan sekadar menyediakan juadah, bahkan menjadi lambang muafakat dan eratnya hubungan sesama jiran.
.awal Muharam -
bubur aneka bahan
kesepakatan

Saya suka yang style bubur. Kalau belah pantai timur dah macam kuih pulak boleh di potong2.
ReplyDeletetksh notie style bubur sedap juga kak pernah rasa
DeleteRindunya nak majan bubur assurance air tangan mak saya.
ReplyDeleteDi University dulu pernah gotong rowing masak bubur asyura versi utara dan pantai timur.
Typo# asyura
Deletetksh amie mak tu dah wariskkan resipinya pada amie kacau ja tapi xsama dgn air tgn mak kan
DeleteSaya kena kacau bubur asyura ahad ni dekat sekolah anak...kena bawa bahan jugak sorang sikit...
ReplyDeletetksh suann alhamdulillah mesti dah siap semua bahannya
DeleteSalam Jumaat, selamat hari asyura Kak PI...sedapnya..penuh kacang2an..
ReplyDeletetksh nohas sedap asyura kan setahun sekali ja rasa
DeletePernah merasa pelbagai versi bubur asyura semasa dok kolej di UM dulu namun versi Kelate juga yg laku keras!
ReplyDeletetksh cikgu ya asura versi kelate payah nk buat tapi sedap n unik rasanya ramai yg minat
Deletesedapnya kak, bubur asyura johor tu susah betul nk jumpa dekat sini
ReplyDeletesedapnya bubur yg no 2....no 1 tak pandai makan hehehehhe
ReplyDeleteTeringiiiin sangat bisa mencoba bubur Asyura ini 😍😍. Nampak sedap kalau lihat fotonya kak
ReplyDelete