ASSALAMUALAIKUM
PERTEMUAN
DUA LAUT
Gambar
ini kelihatan seperti ilustrasi pertemuan
antara dua laut. Kewujudan fenomena ini merupakan antara keajaiban alam yang menarik
perhatian ahli geografi dan saintis. Disebut juga dalam al-Quran sebagai
renungan manusia tentang kekuasaan-Nya, betapa dua jasad air walaupun bertemu
tetapi mempunyai perbezaan warna, suhu,
kemasinan dan ketumpatan. Fenomena ini disebut dalam al-Quran sebagai tanda
kekuasaan Allah SWT dalam beberapa surah.
Firman Allah SWT dalam surah
ar-Rahman ayat 19-20, “Dia membiarkan dua laut mengalir yang keduanya kemudian
bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.”
Allah SWT juga berfirman dalam surah
al-Furqan ayat 53,
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut
mengalir; yang ini tawar lagi segar, dan yang itu masin lagi pahit; dan Dia
jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” Para ulama tafsir
menjelaskan bahawa ayat ini menggambarkan kekuasaan Allah mencipta sistem alam
yang seimbang dan tanda kebesaran Allah untuk manusia berfikir.
Dalam surah al-Kahfi ayat 60, berkaitan
kisah Nabi Musa a.s. bertemu dengan Nabi Khidir a.s. di tempat disebut.
Perkara ini menjadi lambang perbezaan yang boleh wujud
bersama dengan batas ketentuan Allah dalam alam, Seperti laut yang bertemu
tetapi tetap memiliki identiti masing-masing,
“Kami
akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat
(dalam alam yang terbentang luas ini dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu
mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” Petikan
terjemahan surah Fussilat ayat 53.
Ilmu geografi dan oseanografi,
menyatakan pertemuan dua laut ialah fenomena saintifik berkaitan ketumpatan,
suhu dan kemasinan air. Dua jenis air
laut boleh bertemu tanpa bercampur kerana perbezaan kadar kemasinan, suhu, ketumpatan
air, arus dan tekanan. Kejadian sempadan air laut dikenali sebagai haloklin.
Keadaan begini berlaku antaranya di Selat Gibraltar
Iaitu pertemuan antara Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”