Thursday, 11 June 2026

GUNUNG K2

 ASSALAMUALAIKUM



GUNUNG K2

.

Gambar  gunung ini ialah Gunung K2. Dikenali juga sebagai The Savage Mountain atau Gunung Kejam disebabkan tahap kesukaran  dan bahaya perlu ditempuhi pendakinya. Ketinggiannya 8,611 meter dari aras laut. Gunung berdiri megah persis mengingatkan manusia tentang kebesaran alam ciptaan Allah SWT. Ketinggian, keteguhan dan keindahannya menunjukkan betapa agung kuasa Pencipta dalam membentuk muka bumi alam sungguh menakjubkan keajaibannya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran surah an-Naba’ ayat 7 tafsirannya bermaksud,

"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya."

Ayat ini menggambarkan peranan gunung sebagai unsur penting yang mengukuhkan bumi dan menjadi sebahagian daripada keseimbangan alam.

K2 merupakan  gunung kedua tertinggi di dunia selepas Gunung Everest. Gunung ini terletak di Banjaran Karakoram antara wilayah Gilgit-Baltistan di Pakistan dan wilayah autonomi Tajik Tashkurgan di Xinjiang, China. Disebut juga Chogori bermaksud Raja Gunung.

K2 hanya berjaya ditawan oleh 367 orang dan seramai 86 pendaki telah mati semasa mendaki gunung ini. Nama K2 ini sebenarnya datang dari hasil kajian pasukan peninjau British pada 1856, pegawai ukur, Thomas Montgomerie telah letakkan tanda gunung di Banjaran Karakoram dengan K1 sehingga K5.

 

 

Gunung K2 amat sukar dan berbahaya untuk didaki berbanding Everest kerana  faktor cuaca tidak menentu dengan angin bertiup kencang  200 kilometer sejam dan suhu serendah -60°C. Teknik pendakian tidak seperti Everest kerana K2 tidak mempunyai laluan mudah. Bentuk muka buminya sangat curam, bersalji pada lereng dan memerlukan kemahiran teknikal. Kadar kematian pendaki amat tinggi.  Statistik menunjukkan kira-kira satu kematian bagi setiap empat pendaki yang berjaya sampai ke puncak.

K2 berjaya didaki ke puncaknya buat kali pertama pada 31 Julai 1954 oleh dua pendaki Itali iaitu Lino Lacedelli dan Achille Compagnoni

Puncaknya berjaya ditawan pada musim sejuk buat kali pertama pada Januari 2021 oleh sekumpulan 10 pendaki dari Nepal.

.

T. Ravichandran ialah rakyat Malaysia pertama jejak ke puncak K2 pada Julai 2022. Mohd Khafiz Bachok pula rakyat Malaysia kedua yang berjaya sampai ke puncak pada Julai 2023.  


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist