Wednesday, 3 June 2026

ARAPAIMA

 ASSALAMUALAIKUM



Ramai yang tanya aku lepas aku post cerita anak dan isteri aku semata-mata pergi KLCC nak tengok ikan arapaima, walaupun kat rumah sendiri aku bela ikan tu.
Ada yang siap inbox aku.
“KJ ni auta lah. Mana mungkin bini kau tak sedar ada ikan besar macam bot dalam rumah?”
Ok… meh aku cerita betul-betul supaya korang paham.
Ikan arapaima aku ni aku bela sejak tahun 2015 lagi. Waktu tu aku masih bujang trang tang tang lagi. Belum ada isteri, belum ada anak, belum ada orang nak marah aku bila tengok bil elektrik.
Masa mula beli dulu, Ya Allah kecil sangat weh. Besar dia lebih kurang jari kelingking jer.
Comel.
Aku pulak masa tu terkena ayat manis auntie kedai ikan.
“Bela lah dik… very easy jaga…”
Yer betul kata untie tu, “very easy jaga…”
Sekarang dia panjang dekat 10 kaki. Berat pun dah lebih 100 kilo. Aku rasa kalau dia mengamuk dalam rumah, aku sendiri yang kena keluar duduk luar.
Sebab dia cepat sangat membesar, aku terpaksa buat akuarium sendiri panjang 22 kaki.
Member aku tanya,
“KJ… awat sampai 22 kaki?”
Aku jawab jujur.
“Sebab aku dah malas tukar akuarium tiap tahun. Aku takut satu hari nanti dia mintak swimming pool.”
Dulu aku bela dalam tank kecik.
Motor pump kecik.
Filter kecik.
Bill elektrik pun masih kategori “boleh tahan lagi”. Sekali bila dah upgrade ke akuarium 22 kaki…
Terus hidup aku berubah jadi separuh manusia separuh TNB.
Aku pakai 3 motor pump.
Satu-satu 1 horsepower.
Bunyi dia waktu hidup macam enjin bot nak pergi laut dalam. Belum campur UV light dia lagi. Sebatang dekat RM2 ribu.
Dan lampu tu bukan lampu biasa-biasa.
Kalau kau tenung lama-lama, kemungkinan kau boleh nampak nenek moyang sendiri. Bahaya gila watt dia.
Series weh, lampu ni bahaya sangat, kau tengok cahaya biru dia lebih 1 minit confirm kau terus buta mata kau.
Filter, UV, motor pump semua kena hidup 24 jam.
24 JAM WEH.
Ikan tu tidur lena dalam air. Aku pulak tidur sambil bayang bil elektrik. Dulu waktu bujang aku rilek lagi.
“Takpa lah… hobi.”
Lelaki ni pelik sikit.
Kadang sanggup ikat perut demi benda yang dia minat. Ada orang habis duit modify motor. Ada orang beli game.
Aku?
Aku bela ikan Jurassic Park.
Bill elektrik akuarium sahaja dekat RM2.5k sampai RM3k sebulan.
TU BARU ELEKTRIK.
Belum air.
Belum makanan.
Belum maintenance.
Belum kos mental breakdown tengok TNB datang rumah.
Lama-lama aku mula sedar…
Eh.
Aku ni bela ikan ke bela anak dinosaur?
Jadi aku mula perlahan-lahan tutup motor pump.
Off satu.
Off dua.
Off UV.
Member aku panic.
“KJ GILA KE?! MATI IKAN TU!”
Aku cakap,
“Relax… dia ni bukan ikan emas.”
Arapaima ni ambik nafas kat permukaan air. Dia naik atas macam haruan. Kadang aku tengok muka dia timbul atas air tu, aku rasa macam tengok buaya pakai sisik ikan.
Bila aku dah off semua benda tu…
Mulalah alga naik.
Cermin akuarium hijau macam hutan Amazon. Dan di sinilah ceritanya berlaku. Isteri aku langsung tak sedar ada ikan besar gila kat basement rumah, sepanjang kami kawen.
Sebab dari luar memang nampak akuarium besar penuh lumut.
Nak nampak dalam pun susah. Lagipun ikan ni bukan jenis karaoke malam-malam.
Dia senyap.
Tak menyalak.
Tak mengeow.
Tak berbunyi.
Kadang aku sendiri lupa aku bela dia. Aku pulak bukan rajin sangat turun basement. Kadang seminggu sekali baru turun.
Bagi makan pun seminggu sekali.
Kadang aku beli ikan keli 10-20 kilo, campak terus dalam akuarium. Macam bagi makan naga dalam gua.
Wife aku kalau turun basement pun dia tengok akuarium hijau besar. Dia ingat aku simpan lumut kot bawah rumah tu.
Sampai satu hari Jabatan Perikanan datang nak daftar ikan tu.
Pegawai tu tengok akuarium lamaaaaa…
Pastu dia tanya,
“Encik… ikan ni memang ada dalam ni ke?”
Aku cakap,
“Cuba panjat tangga tengok dari atas.”
Bila dia nampak badan arapaima tu lalu bawah air, terus dia diam. Aku rasa dalam hati dia pun tengah mengucap. Lepas ukur ikan tu, pegawai tu tanya aku.
“Taknak bela sepasang ke? Kesian seekor je.”
Aku terus geleng kepala laju-laju.
“Takpa lah bang… biar dia berkawan dengan ikan pacu dan keli tu.”
Dalam hati aku sambung…
“Seekor ni pun dah buat aku hampir makan pasir.”
Jadi serius aku cakap, kalau korang nak bela arapaima ni, pikir masak-masak. Sebab waktu dia kecik memang comel.
Korang akan pegang dia sambil cakap,
“Alaaa baby fishhhh…”
Tunggu 10 tahun, dia jadi submarine. Ikan ni boleh hidup sampai 50 tahun.
Maksudnya…
Waktu korang muda dia hidup. Waktu korang tua dia masih hidup. Silap-silap dia tengok anak cucu korang membesar sekali. Dan waktu dia mati nanti…
Itu satu lagi meeting keluarga nak kena buat.
“Eh nak tanam mana ikan ni?”
Kubur manusia pun belum tentu muat, ni nak tanam ikan 15 kaki dengan berat 200kg.
Jadi nasihat aku…
Kalau nak bela arapaima, jangan tengok waktu dia kecik dan comel sahaja.
Pikir kos elektrik.
Kos air.
Kos makanan.
Kos maintenance.
Dan paling penting, pikir kemampuan diri 10-30 tahun akan datang. Sebab korang bukan tengah bela ikan biasa.
Korang tengah bela makhluk prasejarah yang perangai dia macam naga air tak pencen-pencen.
P/s: Ni gambar dan video 8 tahun lepas, gambar dan video sekarang kalau aku rajin nanti aku panjat akuarium tu ambil dari atas
See less

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist