Sunday, 14 June 2026

ABABIL

 ASSALAMUALAIKUM




ABABIL

 

Gambar ini kelihatan seperti ilustrasi sekumpulan burung  sedang terbang sambil membawa objek kecil pada paruhnya. Suasananya seolah adegan serangan dari udara. Bayangan gambaran berkaitan dengan peristiwa pada tahun Gajah apabila tentera bergajah pimpinan Raja Abrahah datang dari Yaman untuk menghancurkan Kaabah di Mekah.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Fil ayat 3,  “Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung-burung yang berbondong-bondong.”

Abdul Muttalib, sebagai penjaga Kaabah, memerintahkan penduduk mengosongkan lembah dan berlindung di celah-celah gunung ketika Abrahah al-Asyram dan tenteranya datang untuk memusnahkan Kaabah.

Abrahah yang sombong, yakin bahawa Kaabah akan hancur diserang tentera dan gajahnya.

 

Sebaik Abrahah dan tenteranya sampai di Lembah Muhassir, Mahmud iaitu gajah yang paling besar tiba-tiba berhenti. Walau dipukul kepalanya dengan besi dan ditarik berkali-kali, gajah itu tetap enggan melangkah ke arah Baitullah. Anehnya, apabila dihalakan wajahnya ke arah Yaman atau Syam, dia berlari pantas.

.

Ufuk  langit yang cerah  berubah gelap.

Dari arah laut, burung ababil   berbondong-bondong, memenuhi ruang angkasa sehingga melindungi cahaya matahari.

.

Burung itu tidak pernah kelihatan di tanah Arab.

Setiap  ababil membawa tiga butir batu. Satu batu di paruhnya dan dua dicengkam kakinya. Batu itu sebesar kacang hijau. Ia adalah  tanah yang dibakar di neraka.  Ababil melepaskan batu tersebut tepat ke arah tentera Abrahah. Batu yang jatuh itu menembusi topi besi, menghancurkan daging bagaikan peluru panas membara. Dalam sekelip mata, tentera Abrahah hancur berkecai. Al-Qur'an, menggambarkan mereka seperti "daun-daun yang dimakan ulat" Abrahah  melihat tenteranya ditewaskan ababil. Dan  dia sendiri cedera parah dan menemui ajalnya dalam perjalanan pulang ke Yaman.

 

Peristiwa ini bukan semata cerita burung melawan tentera bergajah. Ia merupakan peringatan Allah bahawa kekuatan manusia dengan seribu gajah atau kekuasaan mereka, tidak akan mampu melawan kehendak Pencipta.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist