Tuesday, 17 January 2023

ALBATROS

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


ALBATROS

.

Enam

tahun terbang

mengapung membumbung

subhanalllah spesis unggas

purba

.

Kepak

lebar besar

ruangan lautan

merentas dunia detik

laju

.

Aneh

mampu tidur

sembari melayang

hingga sampai destinasi

tuju

.

Paras

iras camar

paruh tajam bengkok

makan cuma cumi-cumi

laut


Monday, 16 January 2023

JERANGKAP SAMAR MAYA

ASSALAMUALAIKUM 



 JERANGKAP SAMAR MAYA


jaringan internet mempermudahkan komunikasi

namun harus berhati-hati


jerangkapnya akan bingkas mengena

mangsa yang terleka


jalin perkenalan di alam maya

tiada batas sempadan


sukar membaca nawaitu tersirat

risiko terpaksa tanggung


terlalu bijak kendali gajet

salah langkah terpedaya


pelbagai cara penjenayah siber

eksploitasi tanpa terkesan


taktik penipu sentiasa bertukar

tawaran pesona memikat


perlahan-lahan hilang wang simpanan

baru tersedar tertipu

 

Thursday, 12 January 2023

PERKONGSIAN ILMU: SURAH 2: AL BAQARAH (LEMBU BETINA) AYAT: 38 – 41

 ASSALAMUALAIKUM




CERTOT: Sanah Helwah Adikku sayang.
Syukur Alhamdulillah, pagi ini menerima berita gembira certot karyaku, bertajuk “Sanah Helwah Adikku Sayang” menang Sayembara ESVA 20/2022. Certot yang bertemakan: Tahun Baharu.
Terima kasih Prof. Irwan Abu Bakar, admin E-sastera Vaganza Asean yang menganjurkan pertandingan ini. Tahniah sahabat-sahabatku Ida, Paridah Ishak , mendapat naib johan dan Along Sanggar Nurimas tempat ketiga.
Pasti semua peserta tergesa-gesa nak mengarang certot. Tarikh pertandingan 31/12/22. Tarikh tutup 1/1/23. Aduhlaaaa. Last minit dapat ilham: 1/1/23 Ulang tahun kelahiran adikku Norrafeah Tulip Putih Aku rakamkan secebis kisahnya
“Tahniah mama, dapat johan Certot. Eh.. Certot ini apalah ya..” Amla Mat Rawi puteri kedua, menulis dalam status muka bukunya.
“Ingatkan cetot..!” Aku senyum sendiri, membaca komen adiku Nor Azwanah dalam fb itu.
Bahasa Jawa “cetot” maknanya “cubit”. Aku hampir lupa perkataan Jawa ini. Hahaha
CERTOT daripada singkatan rangkai kata CERITA KONTOT! Lebih pendek daripada cerpen.
Malam ini aku bertemu dengan adik-adikku dalam majlis ilmu. Terima kasih sahabat-sahabat yang turut menyertai majlis ilmu dalam google meet ini.
PERKONGSIAN ILMU:
SURAH 2: AL BAQARAH (LEMBU BETINA)
AYAT: 38 – 41
MUKA SURAT: 7
Ayat 38: Hikmah diturun Nabi Adam as ke dunia, adalah untuk menjadi makhluk yang diuji. Golongan yang selamat adalah yang mengikuti petunjuk daripada Allah. Segala kejadian yang menyebabkan Nabi Adam dan Siti Hawa dikeluarkan dari syurga itu adalah sebagai alasan sahaja untuk menetapkan kita hidup di dunia. Semua anak Nabi Adam kena duduk di dunia dulu kerana dunia adalah tempat ujian. Allah kata dalam ayat ini bahawa petunjuk itu dari ‘Aku’. Maknanya, kena pastikan bahawa petunjuk itu dari Allah – dari Al-Qur’an dan dari sunnah Nabi. Bagi mereka yang ikut petunjuk dari Allah, tidak ada ketakutan untuk mereka itu, sama ada di dunia atau di akhirat. Dan di hari akhirat nanti, kita juga akan ada perasaan takut apabila berhadapan dengan Allah nanti di Mahsyar. Seorang yang beriman tidak akan sedih. Kerana mereka akan rasa tenang dan gembira sahaja dengan apa yang Allah berikan kepada mereka dan mereka redha dengan apa yang Allah suruh mereka lakukan. Dan mereka juga tidak akan berdukacita kerana kena tinggalkan dunia kerana dunia itu memang tempat sementara sahaja.
Ayat 39: Ancaman Ukhrawi bagi golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah. Tentang manusia yang degil. Mereka ini engkar dengan hidayah. Dan apabila disampaikan dengan perkara yang benar, mereka kata ianya dusta. Mereka akan jadi pemegang geran neraka dan tidak akan masuk ke syurga. Bukan tinggal sekejap tapi kekal di neraka buat selama-lamanya. Iaitu mereka engkar dengan Al-Qur’an dan buat syirik kepada Allah. Mereka enggan untuk taat kepada arahan Allah dalam wahyu. Ada orang mukmin yang akan masuk neraka untuk sementara kerana mereka telah melakukan dosa. Tapi mereka akhirnya akan keluar dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Ada orang yang namanya Muslim tapi dia juga melakukan syirik kepada Allah. Mereka itu akan kekal dalam neraka. Mereka tidak akan dapat keluar dari neraka. Walaupun mereka dulu semasa di dunia mengaku Muslim. Apatah lagi kalau orang itu adalah orang kafir, memang akan terus tinggal di neraka.
Ayat 40 – 141: Menceritakan kedegilan dan kesombongan Yahudi. Ayat-ayat tentang perangai Yahudi ini diturunkan awal-awal lagi semasa Nabi baru tiba di Madinah. Supaya masyarakat Arab Madinah boleh mengenali sifat tipu, tamak dan mengubah kandungan kitab Taurat. Mereka juga golongan yang paling kuat makan riba kerana mereka yang mengamalkan sistem riba.
Ayat 40: Golongan Yahudi yang pertama. Mereka kufur dengan nikmat Allah. Bani Israil, yang juga dipanggil: golongan Ahli Kitab. Ayat ini berbentuk pujukan kepada Ahli Kitab untuk kembali kepada syariat. Dalam bahasa Yahudi, ‘isra’ bermaksud hamba dan ‘il’ bermaksud Allah. Maka, perkataan ‘Israil’, maksudnya ‘Hamba Allah’. Allah mengingatkan Bani Israil di zaman Nabi Muhammad saw tentang nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepada mereka. Banyak juga yang disebut dalam Al-Qur’an sebagai contoh: mereka diselamatkan dari cengkaman Firaun; mereka diberi makan manna dan salwa; dan lain-lain lagi. Ajaran dalam Taurat adalah ajaran Tauhid. Mereka sudah lama tahu tentang kedatangan Nabi Akhir Zaman itu. Maka bila Nabi sudah datang, hendaklah mereka taat dan mengikut baginda. Mereka diingatkan supaya takut kepada Allah ‎supaya mereka ikut mana yang benar. Jangan takut dengan manusia, tetapi takutlah dengan Allah.
Ayat 41: . Sifat kedua para pendeta Yahudi mengubah ayat-ayat Taurat yang asal untuk kepentingan dunia. Ayat ini sekarang, mengajak orang-orang Yahudi beriman kepada Al-Quran. Dan untuk beriman dengan Al-Quran, hendaklah mereka beriman dengan Nabi Muhammad saw, kerana Al-Quran itu diturunkan melalui Nabi Muhammad saw. Bagi golongan Yahudi dan Nasrani, mereka berkata mereka percaya kepada Allah. Tetapi mereka tidak mahu menerima Nabi Muhammad saw. Al-Quran itu membenarkan apa yang ada dalam Kitab Taurat. Orang Yahudi tidak boleh terima Nabi Muhammad saw kerana baginda datang dari bangsa Arab. Allah berpesan kepada mereka supaya jangan mereka menjadi yang mula-mula engkar dengan Al-Quran. Kerana bila mereka engkar, akibatnya pengikut-pengikut mereka akan menjadi kufur juga. Mereka bukan menanggung dosa diri mereka sahaja, tetapi dosa pengikut-pengikut mereka sekali. Allah melarang tukar agama dengan menolak ayat Al-Quran untuk upahan dan habuan dunia yang sedikit. Jual beli itu bermaksud ‘tukar’ atau ‘ubah’.
Ayat 42: Ini adalah sifat ketiga Pendeta Yahudi. Allah melarang campurkan yang benar dengan yang salah. Tetapi amalan mereka ada yang diambil dari Taurat, ada yang mereka reka sendiri. Contohnya, dalam masyarakat kita dalam upacara tahnik . Apa yang Nabi ajar adalah menggunakan buah kurma. Melakukan tahnik itu sudah betul, tetapi dicampur pula dengan perbuatan yang salah. Perbuatan ini dinamakan talbis. Iaitu mencampurkan yang benar dengan yang bathil. Pendeta Yahudi itu tahu yang apa yang mereka amalkan itu adalah salah. Ini menunjukkan mereka menyembunyikan kebenaran. Dalam Islam, tidak boleh sembunyikan ayat-ayat Al-Quran.

Tuesday, 10 January 2023

PEMINAT BOLA

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


PEMINAT BOLA

(Limerik)

 

Ingin ke Siam langkah menghala

beri sokongan pasukan bola

tanya isteri

Izin tak beri

sebut alasan panjang berjela

.

Suami resah berdukacita

larangan isteri yang tercinta

walaupun garang

takut berperang

membisu cuma terdiam kata

.

Isteri janji luahan hati

Harimau Malaya diikuti

selalu menang

terasa tenang

tapi di Siam masih tak pasti

.

Suami tahu isteri bimbang

jatuh pesona pandangan rambang

isu terbaru

menambah haru

nak pergi juga tiada  tambang

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

10/01/022

Monday, 9 January 2023

BERTEMU 022 DAN BERPISAH 023

 ASSALAMUALAIKUM

PI AKHIR 022 PULANG KE UJ BERSAMA ANAKCUCU MENYELESAIKAN BEBERAPA URUSAN BERKAITAN FELDA...ALHAMDULILLAH ALAH PERMUDAHKAN SELESAI SUDAH...ANAKCUCU DAPAT BERTEMU ABAH/MAKTOK DAN KELUARGA YANG MENETAP DI BANDAR JENGKA.



Selesai semua bercuti di Cherating semalam saja. Hari selasa tahun 023 anak-anak ke Bagan Datoh pula setelah mendapat berita bahawa bapa saudara mereka iait abang ipar PI telah meninggal dunia lantaran terjatuh ke dalam sungai di hilir Perak itu tika sedang membasuh kaki...innalillahiwainnailaihirojiun...langkahnya mendahului ke sana...semoga Allah ampuni dosa abang Sabu dicucuri rahmat-Nya dan di sisi-Nya di kalangan solehin beriman...al fatihah amiin.
















Friday, 6 January 2023

ALHAMDULILLAH REZEKI AWAL TAHUN 2023

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

SAYEMBARA CERTOT TAHUN BAHARU GAKSA ESASTERA



PI baru ni menyertai sayembara certot tahun baharu anjuran GAKSA ESASTERA...Alhamdulillah dipilih tempat kedua...terima kasih banyak Prof Irwan dan para juri sudi pilih certot PI antara pemenang. 

Ulasan Hakim

Bismillah … berikut adalah ulasan ringkas setiap cerpen;

1. Tahun Baru Tuan Ghuf – Moh Ghufron Cholid

Mengisahkan tentang kehilangan anak pada tahun baharu. Segala kenangan silih berganti sejak mula berkahwin. Pada mula aku seolah-olah tidak dapat menerima kehilangan anak itu. Namun akhirnya pasrah dan memulakan hidup baru pada tahun baharu.

Cerita ini lebih kepada luahan perasaan atau untuk menceritakan Kembali segala kenangannya. Konflik yang diharapkan iaitu tentang kesedihan tidak cukup menyentuh perasaan. Penggunaan puisi seolah-olah terpisah daripada jalinan cerita hanya ulangan kepada segala yang telah berlaku. Markah 51/100

2. Anwar Ibrahim: PMX Malaysia – Kablam22

Catatan aku tentang PMX atau Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.  Aku mengharapkan ada ruang dan peluang kepada PMX agar dapat memajukan negara. Segala tohmahan lalu perlu dilupakan. Rakyat terutama aku perlu ada wawasan untuk memajukan diri pada setiap tahun baharu.

Konflik sangat penting dalam sesebuah cerita. Jadi perkara itu perlu difikirkan oleh penulis untuk masukkan dalam sesebuah certot, dan bukan sekadar memberi pendapat dan harapan beliau tentang PMX yang baharu. Markah 50/100

3. Dilema Isteri Peneroka -Paridah Ishak

Safura seorang janda yang melihat rakannya gembira apabila berkahwin dengan seorang duda peneroka Felda. Kedatangannya ke rumah makcik pada tahun baharu hanya berakhir dengan angan-angan. Ibu saudaranya menasihatinya agar tidak meneruskan hajat untuk berkahwin dengan duda peneroka kerana akan timbul masalah belakangan nanti.

Cerpen adalah sebuah cerita yang membiarkan pembaca mendapat manfaat melalui karangannya. Segala yang hendak disampaikan terutama tentang tahun baharu dan juga mencari suami baru disampaikan dengan berkesan dan menarik. Untuk lebih menyengat kisah ini perlu tampilkan saspens atau twist plot. Markah 78/100

4. Jodoh – Hamimah Ibrahim

Seri telah kematian suari, begitu juga dengan Rasyid yang telah kematian isteri. Mereka bertemu dan jatuh cinta semula. Namun hajat Seri itu dihalang oleh anak-anak kecuali anak bongsunya. Di sebelah pihak Rasyid pula semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat dukungan daripada anak-anak. Seri mengharapkan tahun baharu memberi sinar kepadanya agar bertemu dengan jodoh itu.

Kisah pertemuan semula dengan kekasih lama sudah sering didendangkan oleh penulis. Tambahan pula setelah kematian pasangan masing-masing kemudian mahu bersama tetapi ada halangan daripada anak-anak. Agak klise. Namun aspek klise ini sepatutnya boleh ‘dicantikkan’ dengan teknik plot atau unsur saspens dan ‘twist plot’. Tetapi dalam kisah itu perkara tersebut tidak dilakukan oleh penulis. Markah 62/100

5. Janji Patin Tempoyak – CT Nurza

Sitie menetapkan azam untuk menunaikan janji kepada kawannya iaitu mengirim ikan patin dar sungai Pahang. Daripada perbualan itu, Sitie berasa bangga dengan kejayaan kawannya dalam bidang penulisan. Jadi pada tahun baharu Sitie juga mahu tekun berkarya menghasilkan karya yang berimpak tinggi.

Kisah ini perlukan teknik cerita yang lebih mantap. Hal ini kerana tiada klimaks dan saspens untuk dipersembahkan kepada pembaca. Lebih kepada hanya sebuah catatan untuk diingatkan oleh diri sendiri. Sedangkan gaya bahasa yang digunakan sangat baik. Markah 53/100

6. Sanah Helwah Adikku Sayang – Noorlaila Ghafar

Mengisahkan hubungan adik-beradik yang sangat erat sejak daripada kecil hingga dewasa. Walaupun hidup berjauhan dan sudah mempunyai keluarga masing-masing hubungan yang erat berkat didikan dan asuhan ibu bapa menjadikan hubungan mereka terus kukuh.

Kisah kekeluargaan yang menarik. Walaupun sudah biasa atau klise dengan cerita-cerita sebegini namun, teknik penceritaan yang digarap (imbas kembali dan suspens) menjadikan kisah ini berbekas di sanubari. Cuma penulis perlu peka tentang fakta (penggunaan vacum pada tahun 1971 di masjid?) begitu juga dengan beberapa ejaan perkataan dalam bahasa Arab. Markah 80/100

7. Dalam Kotak Ada Katak – Nuri Mas Nuri

Nilai persahabatan yang kukuh sangat bermakna apabila saling bantu-membantu. Kisah dua orang sahabat baik yang belajar di universiti. Syima menghadiahkan Qaira telefon bimbit untuk memudahkan sahabatnya itu belajar. Hari jadi Qaira yang jatuh pada tahun baharu itu sangat bermakna dengan hadiah itu. Telefon bimbit itu sudah lama diidaminya.

Teknik penceritaan yang lancar. Juga memberi kesan kepada pembacaan terutama dari aspek persahabatan yang akrab. Namun bagi sebuah certot kisah ini agak bertele. Isu atau topik yang hendak disampaikan oleh pencerita iaitu tentang banjir seolah-olah diabaikan dan tiada kesudahan. Markah 75/100.

8. Kisah Sarah Tiada Noktah setiap Tahun Baharu – Salmah Amir

Mengisahkan tenang seorang anak (Sarah) yang meninggal kerana kanser. Sarah anak yang baik meninggalkan segala harta kepada ibu bapa. Didikan yang baik daripada ibu bapa terhadap anak-anak akan kembali kepada ibu bapa hasilnya.

Sebuah kisah (kenangan) yang mendatar iaitu hanya bercerita tentang didikan ibu bapa kepada anak yang hasilnya anak tersebut membalas semua jasa tersebut. Tiada aspek atau teknik yang menarik, walaupun kisahnya boleh memberi pengajaran kepada pembaca. Terdapat kesalahan ejaan yang perlu diperbaiki (mengganggu kelancaran pembacaan). Markah 66/100

9. Angin Tahun Baharu – Abdul Jalal HM

Kisah aku dan seorang anak muda (Leo) yang berbual tentang kehidupan. Kebayakan kehidupan anak muda di Tangerang agak sukar kerana terpaksa bersaing untuk mendapat pekerjaan yang sedikit. Kemudian fokus cerita mula bercampur-campur iaitu berubah tentang penulisan, sayembara, peniaga dan lain-lain hingga hilang isu utama yang hendak disampaikan.

Penulis lebih kepada melaporkan kejadian dan bukan bercerita (cerpen). Walaupun kisah ini menarik, namun aspek sastera dari segi plot (longgar) mengganggu pembacaan.  Markah 60/100

Kesimpulan

Dalam aspek penulisan terutama cerita (dalam hal ini certot) perkara penting seperti aspek sastera tidak boleh diabaikan. Plot cerita seperti permulaan, perkembangan, klimaks, konflik dan peleraian perlu kemas dan kuat. Untuk certot iaitu cerita pendek fokus atau subjek cerita perlu ringkas atau satu perkara sahaja. Jika terlalu banyak perkara hendak dikisahkan maka, fokus atau tumpuan cerita itu akan terjejas (mengganggu pembacaan). Begitu juga dengan gaya bahasa. Selalunya cerita yang menarik akan hadir bersama bahasa yang indah (tiada kesalahan, mudah difahami, kosa kata luas dan sebagainya). Dalam hal ini kesemua certot adalah baik (memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu tahun baharu) namun, yang menang adalah lebih baik dan menarik pada pandangan mata penilai. Moga bermanfaat.

Pemenang

1. Sanah Helwah Adikku Sayang – Noorlaila Ghafar (RM300).

2. Dilema Isteri Peneroka -Paridah Ishak (RM200).

3. Dalam Kotak Ada Katak – Nuri Mas Nuri (RM100).

Disediakan:

5.01.2023.

Tahniah kepada para pemenang. Untuk yang tidak berjaya, cuba lagi dalam sayembara-sayembara ESVA yanag akan datang.

Wednesday, 4 January 2023

HARIMAU TERLUKA

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


HARIMAU TERLUKA

.

Segera bangun cari penawar

merawat diri mangkin semangat

bangkit melangkah berandang suar

.

Namun bertindak beringat-ingat

agar tidaklah jatuh kembali

tabah berjuang basah keringat

.

Berputus asa tidak sekali

selagi hayat dikandung badan

cabaran rintang berkali-kali

.

Harimau nan nama sepadan

gagah berani tewaskan musuh

tangkas teliti terbang bak undan

.

Leburkan rasa lelah merusuh

meraih jaya bukanlah mudah

biar bertaji beserta susuh


Garang harimau aura citra

walau terluka waspada gara


Sunday, 1 January 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023

 ASSALAMUALAIKUM



Selamat tahun baru 2023 Masehi dan berhujung minggu bersambung cuti sehari lagi. Diharapkan semoga kita masih berada di sini dalam rahmat dan perlindungan-Nya sambil meneruskan langkah yg berbaki ke sisi-Nya.  PI pada Khamis lalu pulang ke UJ bersama anak cucu menguruskan pertukaran akaun felda secara bersama dan urusan penyerahan urustadbir tanah pusaka felda ayah bonda pada adik kedua...mujur Allah permudahkan anak2 menguruskannya hingga selesai pada hari Jumaat sebelum pejabat felda UJ tutup. Setelah itu mengekor anakcucu ke Kuantan dan bermalam di DSURIA CHERATING...siangnya sebelum jalan2 dulu hingga ke selatan Terengganu memasuki Kemaman, Chukai hingga Kijal membeli lemang dan keropok. 













MyBloglist