Monday 16 January 2023

JERANGKAP SAMAR MAYA

ASSALAMUALAIKUM 



 JERANGKAP SAMAR MAYA


jaringan internet mempermudahkan komunikasi

namun harus berhati-hati


jerangkapnya akan bingkas mengena

mangsa yang terleka


jalin perkenalan di alam maya

tiada batas sempadan


sukar membaca nawaitu tersirat

risiko terpaksa tanggung


terlalu bijak kendali gajet

salah langkah terpedaya


pelbagai cara penjenayah siber

eksploitasi tanpa terkesan


taktik penipu sentiasa bertukar

tawaran pesona memikat


perlahan-lahan hilang wang simpanan

baru tersedar tertipu

 

3 comments:

  1. Tahu-tahu je dah lesap wang yang disimpan bertahun. rugi betul

    ReplyDelete
  2. Itulah bahayanya pengguna TMK yang tak beretika!

    ReplyDelete
  3. love scam dan yg seangkatan dgn nya ni...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist