Sunday, 17 September 2017

MELAYU MERDEKA BARU...

ASSALAMUALAIKUM....

DALAM PI MENAHANKESAKITAN DI BAHU AKIBAT TERJATUH DARIPADA KERUSI RODA HAMPIR DUA MINGGU LALU...PAGI TADI CIKGU PAUZI MOHD ISA SAHABAT PENULIS MENGKHABARKAN VIA INBOX BAHAWA SAJAK KECIL PI MELAYU MERDEKA  BARU DISIAR AKHBAR SINAR HARIAN KARANGKRAF..

SYUKUR ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH BAYAK EDITOR SINAR HARIAN ATAS KESUDIAN MEMILIH SAJAK KECIL TERSEBUT.

LEGA SEDIKIT HATI PI JUSTERU ALLAH MENGGEMBIRAKAN PI DENGAN RENCANA-NYA YANG TAK DIDUGA..


Saturday, 16 September 2017

SALAM HARI MALAYSIA....

ASSALAMUALAIKUM...

SELAGI KITA BERNAFAS WALAU TERASA SENTIASA BERADA DIDALAM KEPERIHAN NAMUN KITA TETAP DIUJI LAGI DENGN CARA BERBEZAPULA...
SABAR SAJALAH BANYAKBANYAK..

PI BARUBARU NI TERJATUH DARIPADA KERUSI RODA YANG MENYEBABKAN BAHU TERSELIUH....MUJUR SETELAH DIXRAY DIHOSPITAL SELAYANGTIDAK ADAOTOT YG PATAH...DANPI MASIH DAPAT MENGETIT PC
LAGI SETELAH MENANGGUNG KESAKITAN SEKIAN LAMA

Saturday, 9 September 2017

SETAKAT MANA IMPIAN MENULIS BUKU PERTAMA...

ASSALAMUALAIKUM...

BENGKEL MENULIS BUKU PERTAMA
  
Saya tidak mahu bazirkan waktu pagi anda.

Hampir tengah malam semalam ada orang bertanya bagaimana saya bekerja.

Mula-mula saya tunjukkan ini cara saya menjawab emel para peserta selepas bengkel
Kedua.

Saya tidak mahu kendalikan satu hari bengkel menulis untuk anda.

Apa yang saya mahu beri adalah

8 Modul + 7 Hari kelas online Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan + Bahan Selepas Bengkel + Coaching*  

Pemalas, kaki goyang kaki dan yang bergantung harap, ketiga-tiga ini saya minta jangan mendaftar. 

Pada hari bengkel, saya mahu anda duduk bersebelahan dengan penulis baharu yang berkualiti.
Kesan sangat besar.

Ini antara contohnya.


Peserta bengkel sebelum ini Puan Sapuraazila dari Kedah menjalinkan persahabatan yang mahal dengan Puan Sri Diah Shaharudin dari Karangkraf.

Ini berlaku selepas satu bengkel kita adakan tahun lalu. Ini satu daripada banyak cerita kami terima selepas bengkel.

Inilah kuasa positif kita mahu panjangkan selepas bengkel.
Puan Sapura sedang gigih menulis sedikit demi sedikit pengalaman berbisnes air berkarbonat di Kedah.

Nampak?

Sebab itu pemalas, kaki goyang kaki dan yang bergantung harap, ketiga-tiga ini saya minta jangan mendaftar. 

Ingat ini.

Masa anda mahal
Hidup anda bermakna
Impian menulis buku pertama anda penting

Saya hormati semua itu.

Penganjur memberitahu, kelas ini hanya tinggal 10 kekosongan.

Terima kasih yang sudah mendaftar sebelum ini

Kepada yang belum, pautan ini sedang dibuka, klik subscribepage.com/formulatulis

p/s
 Selepas bengkel segerakan menulis dan menerbitkan buku pertama. Klik di sini
p/s/s Bulan September hanya ada satu kelas sahaja kerana saya pun ada kerja perundingan dengan penerbit dan menulis buku. Kosongkan hari Sabtu, 30 September. Klik di sini

EMEL ZAMRI MOHAMAD

Friday, 8 September 2017

MERASA DIRI BERJASA...

ASSALAMUALAIKUM



SALAM JUMAAT MULIA...

Merasa diri berjasa...
Itulah punca kemarahan dan ego
Merasa diri tidak di hargai
Itulah awal dari kesedihan
Padahal kamu sedang belajar
tentang ketulusan hati
Bayarlah kebencian dengan kebaikan
Kerana tak semua orang yang membencimu
Mengatakan hal yang salah tentangmu
Kasihanilah musuh musuhmu dan berdoalah untuknya
Sifat agung ini tidak ada pada setiap manusia
Tapi hanya pada mereka yang mengenal arti ujian Allah

Seumpama barang yang rosak
walaupun sudah di perbaiki
tetap juga tidak akan sama
saperti sebelum nya
Seumpama papan yang terpahat paku
Tetap akan kelihatannya bekasnya
Saat di cabut paku dari papan tersebut
Seumpama kertas yang di genggam
Tetap tidak akan kembali
saperti di awalnya saat sebelum di gumpal
Jangan pernah menyakiti hati seseorang
Kerana luka yang di tinggalkan akan tetap berbekas
Jagalah keinginan lisan mu
Kerana terkadang keinginan lisan itu
Sangat jauh membawamu jauh dari sisi Allah Swt
Tanpa kau sedari



USTAZAH SITI NURBAYA USMAN

Thursday, 7 September 2017

EMPAT CARA MENJADI PENULIS MERDEKA...

ASSALAMUALAIKUM...



Cara-cara ini mudah dan dapat dilakukan dalam tempoh 24 jam.
Cara memerdekakan maklumat dalam diri agar sampai kepada para pembaca tempatan.

1. Menulis semula maklumat dalam bahasa asing yang kita temui dalam buku, dengar dalam mana-mana acara atau di online ke dalam bahasa Melayu.

2. Menulis pengetahuan dan pengalaman agar tidak tercicir daripada ingatan dan dapat dirantaikan ke hadapan.

Prof. Diraja Ungku Aziz mendedahkan beliau mempunyai koleksi 15,000 pantun Melayu dalam komputer beliau berserta kajian yang dilakukan.

3. Mendorong tabiat suka membaca dengan memberikan penulisanyang bernilai dalam sosial media.

4. Menyediakan maklumat dalam pelbagai jenis persembahan selain buku tebal, ringkasan, status Facebook, poster dan komentar.

Merdeka bebas ketakutan
Kita melangkah ke hadapan
Merdeka bebas angan-angan
kita mula bertindak
Merdeka bebas perkataan
Kita mulakan menulis
Mengisi ruang-ruang akhir Bengkel Menulis Buku Pertama, 30 September, klik di sini > bit.ly/formulatulis
Merdekakan angan-angan buku pertama menjelang akhir tahun dengan tindakan.

EMEL ZAMRI MOHAMAD

Wednesday, 6 September 2017

ANTOLOGI HUJAN...

ASSALAMUALAIKUM....



ANTOLOGI HUJAN

SUDAH PUN TERBIT ANTOLOGI CERPEN SAJAK BERTEMA HUJAN GANDINGAN RAMAI PENULIS TANAH AIR...HASIL KARYA TERBAIK LAGI MANTAP...TENTULAH TIDAK RUGI MEMILIKINYA SEBAGAI BAHAN BACAAN SEKELUARGA.

PI MENULIS CERPEN BERJUDUL SEKALI AIR BAH DAN SEBUAH SAJAK IRINGAN.

ANTOLOGI INI SELENGGARAAN PENULIS MD SHAREE ABD GHANI/LOBAI TERBITAN PENA PADU

ULASAN BUKU BERBALAS PANTUN...

ASSALAMUALAIKUM..

DAH PUN RABU WORDLESS...JOM BACA ULASAN BUKU YANG DISIAR AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA  AHAD LEPAS YANG DITULIS SAHABAT PI PENULIS TERENGGANU SABARIAH NOR SALEH....SEBAB ADA TERSELIT NAMA PI DISITU... TU YANG SIBUK NAK MENGHEBOHNYA HEH..HEH..


Tuesday, 5 September 2017

MAWAR DI LUAR JENDELA....

ASSALAMUALAIKUM...

Lama juga PI bercuti blogging. Biasalah PI kalau lama berada di kampong jawabnya blogging pun senyap sunyi. Bukannya sibuk apapun Cuma kemudahan internet tak ada jadi tak dapatlah nak online. Rakyat marhaen yang sederhana serba serbinya haruslah berkompromi dengan apa saja kedaifan diri.

Lama juga PI di kampong halaman, dapatlah bertemu jiran tetangga, saudara mara, sahabat lama yang sudi berkunjung beraya korban sambil menziarahi PI yang uzur sejak lama. La ni kan menjelang pilihanraya tak lama lagi. Yang namanya akar umbi menjalankan peranan sebaiknya mendekati masyarakat.

Baguslah juga tu…dapatlah PI bertemu kawan-kawan lama yang kini semakin aktif degan kerja-kerja kemasyarakatan. Ada diantara mereka memberi PI rm.syukur Alhamdulillah rezeki-Nya melimpah. Segan pula hendak menerimanya.   Terima kasih banyak kepada JK  GPW kampong UJ dan yang ikhlas memberi hadiah kepada PI.



Kunjungan mereka yang tiba-tiba menyebabkan PI terlupa untuk membalas dengan sedikit hadiah. Sebenarnya banyak juga buku-buku antologi bersama PI  yang boleh dijadikan pemberian.
Tak mengapalah. Mungkin lain kali ada peluang PI untuk memberi mereka hadiah pula.
Bila tu? Heh..heh..entahlah.





MAWAR DI LUAR JENDELA

Ronanya mempesona merah darah
menggapainya masakan mungkin
walau keinginan melonjak menepu
kerna jendela tidak wenang terbuka.
Hanya layak selaku pemerhati
tatkala kaki jejak di kota batu ini
Relakan saja mengurung diri
tika di kota batu ini
agar tidak tersesat barat
hilang arah dan melarat
Biarkanlah
mawar merah diluar jendela
tanpa menyentuhnya
demi waktu berlalu
kelopaknya pasti gugur satu persatu

Paridah Ishak
Selayang Utama
24 Nov 015


MyBloglist