Saturday, 9 September 2017

SETAKAT MANA IMPIAN MENULIS BUKU PERTAMA...

ASSALAMUALAIKUM...

BENGKEL MENULIS BUKU PERTAMA
  
Saya tidak mahu bazirkan waktu pagi anda.

Hampir tengah malam semalam ada orang bertanya bagaimana saya bekerja.

Mula-mula saya tunjukkan ini cara saya menjawab emel para peserta selepas bengkel
Kedua.

Saya tidak mahu kendalikan satu hari bengkel menulis untuk anda.

Apa yang saya mahu beri adalah

8 Modul + 7 Hari kelas online Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan + Bahan Selepas Bengkel + Coaching*  

Pemalas, kaki goyang kaki dan yang bergantung harap, ketiga-tiga ini saya minta jangan mendaftar. 

Pada hari bengkel, saya mahu anda duduk bersebelahan dengan penulis baharu yang berkualiti.
Kesan sangat besar.

Ini antara contohnya.


Peserta bengkel sebelum ini Puan Sapuraazila dari Kedah menjalinkan persahabatan yang mahal dengan Puan Sri Diah Shaharudin dari Karangkraf.

Ini berlaku selepas satu bengkel kita adakan tahun lalu. Ini satu daripada banyak cerita kami terima selepas bengkel.

Inilah kuasa positif kita mahu panjangkan selepas bengkel.
Puan Sapura sedang gigih menulis sedikit demi sedikit pengalaman berbisnes air berkarbonat di Kedah.

Nampak?

Sebab itu pemalas, kaki goyang kaki dan yang bergantung harap, ketiga-tiga ini saya minta jangan mendaftar. 

Ingat ini.

Masa anda mahal
Hidup anda bermakna
Impian menulis buku pertama anda penting

Saya hormati semua itu.

Penganjur memberitahu, kelas ini hanya tinggal 10 kekosongan.

Terima kasih yang sudah mendaftar sebelum ini

Kepada yang belum, pautan ini sedang dibuka, klik subscribepage.com/formulatulis

p/s
 Selepas bengkel segerakan menulis dan menerbitkan buku pertama. Klik di sini
p/s/s Bulan September hanya ada satu kelas sahaja kerana saya pun ada kerja perundingan dengan penerbit dan menulis buku. Kosongkan hari Sabtu, 30 September. Klik di sini

EMEL ZAMRI MOHAMAD

10 comments:

  1. Tahniah kak sebab maju setapak lagi dalam bidang penulisan

    dah buat kelas

    orang malas memang takkan ke mana

    ReplyDelete
  2. Kalau kita bersungguh sungguh nak buat sesuatu, pasti akan berusaha sampai jadi kan

    TAk ada alasan

    Cuma cari masa, masa memang takkan pernah cukup

    ReplyDelete
  3. TEruslah berkarya.
    PI memang berbakat dalam bidang penulisan.

    ReplyDelete
  4. Ibu doakan semoga puan Paridah jadi penulis yang prolifik

    dapat hasilkan karya yang membangun jiwa & meruntun hati

    ReplyDelete
  5. hati kena cekal utk hasilkan sebuah buah... sy dah lalui dan da fhm sgt liku2nya

    ReplyDelete
  6. Hello, hope boleh follow balik blog saya dan lihat produk merawat ekzema. tq! https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. impian penting agar terus berkarya

    ReplyDelete
  8. Alahai kak PI saya pernah bercita-cita ingin menghasilkan sebuah novel... tapi cita-cita hanya jadi angan-angan. Selepas berkahwin cita-cita saya 'mati'. Saya kehilangan ilham. Perkahwinan telah 'membunuh' kreativiti saya.

    Akhir-akhir ini impian itu berdendang semula di hati tapi masa semakin cemburu dan saya kini sedang 'asyik' mengikuti kursus untuk satu kembara awal Januari tahun depan. InsyaAllah! Kalau tidak ingin juga masuk bengkel penulisan ini.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. tahniah kak PI. Semoga terus sukses... aamiin :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist