ASSALAMUALAIKUM
.
Gambar tersebut menunjukkan bangunan Qasr
al-Farid, yang bermaksud istana yang
bersendirian. Ia sebenarnya bukan istana, tetapi sebuah makam atau kubur batu. Struktur ini terdapat di tapak arkeologi Hegra juga
dikenali sebagai Mada'in Salih atau Al-Hijr di Arab Saudi. Makam ini dibina untuk seorang bernama Lihyan bin Kuza. Binaan
ini setinggi empat tingkat di tengah padang pasir dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, UNESCO.
Ahli
sejarah mengaitkan kawasan Madain Salih sebagai tempat tinggal kaum
Thamud yang disebut dalam al-Quran. Namun makam batu dalam gambar ini dibina pada zaman Nabataean berabad-abad selepas zaman kaum Thamud.
Nama lokasi ini iaitu Al-Hijr, menjadi nama
surah ke-15 dalam al-Quran. Ayat 80-84 dalam surah tersebut secara khusus
menceritakan tentang penduduk Al-Hijr. Mereka memiliki kemahiran membina rumah di gunung
batu.
Kaum Thamud tinggal di Al-Hijr iaitu kaum
kepada Nabi Saleh a.s. diabadikan dalam al-Quran sebagai pengajaran. Mereka
telah mengingkari dakwah seruan tauhid Nabi Saleh a.s dan membunuh unta betina,
mukjizat daripada Allah. Akibatnya, Allah SWT membinasakan kaum ini.
Nabi Muhammad SAW dicatatkan dalam sejarah bahawa ketika Rasulullah melewati
kawasan Al-Hijr dalam perjalanan ke Perang Tabuk, baginda mengarahkan para
sahabat untuk tidak memasuki tempat itu melainkan dalam keadaan menangis atau rasa
insaf kerana ia adalah tempat turunnya kemurkaan Allah.
.
Nama
al-Hijr
sendiri diabadikan sebagai nama surah ke-15 dalam al-Quran.
Dalam al-Quran, surah asy-syu'ara
ayat 149, Allah SWT menceritakan bahawa Kaum Thamud mempunyai kepakaran memahat
rumah dan bangunan pada gunung-ganang,
"Dan kamu pahat sebahagian dari
gunung-ganang untuk dijadikan rumah-rumah dengan rajin."
Kawasan bersejarah ini menjadi
peringatan kepada umat Islam tentang kaum terdahulu yang ingkar terhadap perintah
Allah SWT. Tinggalan sejarah seperti Qasr al-Farid bukan sahaja memperlihatkan
kecanggihan tamadun silam, malah mengajar manusia bahawa kemajuan material
semata-mata bukan jaminan keselamatan. Sesebuah tamadun yang hebat sekalipun
akhirnya lenyap apabila manusia melupakan petunjuk dan peringatan daripada
Allah SWT.
penah baca kat mana ntah sy lupa. ada yg kata twknologi org dulu sbnr nya lg canggih drpd teknologi hari ini
ReplyDeletetksh anies ya teknologi sejarah buktikannya lebih canggih
DeletePintar sekali orang2 zaman dahulu itu, bisa memahat batu di gunung menjadi rumah. Sayang keingkaran mereka terhadap Allah puncak dari keruntuhan
ReplyDeletetksh fanny ya orang la hanya tau meruntuhkan gunung
DeleteKadang terpikir teknologi buat bangunan org dulu lebih canggih dari kita kot. Macam piramid yg besar tu dan bangunan lain yang ada pelbagai teknologi dalam tu.
ReplyDeletetksh Dana ya piramid dibina sebelum zaman firaun lagi...sbb kaum dahulu ingkar Allah gantikan dgn yg lain.
Delete