Saturday, 27 June 2026

QASR ALFARID

 ASSALAMUALAIKUM



QASR AL-FARID

.

Gambar tersebut menunjukkan bangunan Qasr al-Farid, yang bermaksud istana yang bersendirian. Ia sebenarnya bukan istana, tetapi sebuah makam atau kubur batu. Struktur ini terdapat di tapak arkeologi Hegra juga dikenali sebagai Mada'in Salih atau Al-Hijr di Arab Saudi. Makam ini dibina untuk seorang bernama Lihyan bin Kuza. Binaan ini setinggi empat tingkat di tengah padang pasir dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, UNESCO.

Ahli  sejarah mengaitkan kawasan Madain Salih sebagai tempat tinggal kaum Thamud yang disebut dalam al-Quran. Namun makam batu  dalam gambar ini dibina pada zaman Nabataean  berabad-abad selepas zaman kaum Thamud.

 

Nama lokasi ini iaitu Al-Hijr, menjadi nama surah ke-15 dalam al-Quran. Ayat 80-84 dalam surah tersebut secara khusus menceritakan tentang penduduk Al-Hijr. Mereka  memiliki kemahiran membina rumah di gunung batu.

Kaum Thamud tinggal di Al-Hijr iaitu kaum kepada Nabi Saleh a.s. diabadikan dalam al-Quran sebagai pengajaran. Mereka telah mengingkari dakwah seruan tauhid Nabi Saleh a.s dan membunuh unta betina, mukjizat daripada Allah. Akibatnya, Allah SWT membinasakan kaum ini.

Nabi Muhammad SAW dicatatkan   dalam sejarah bahawa ketika Rasulullah melewati kawasan Al-Hijr dalam perjalanan ke Perang Tabuk, baginda mengarahkan para sahabat untuk tidak memasuki tempat itu melainkan dalam keadaan menangis atau rasa insaf kerana ia adalah tempat turunnya kemurkaan Allah.

.

Nama al-Hijr sendiri diabadikan sebagai nama surah ke-15 dalam al-Quran.

Dalam al-Quran, surah asy-syu'ara ayat 149, Allah SWT menceritakan bahawa Kaum Thamud mempunyai kepakaran memahat rumah dan bangunan pada gunung-ganang,

"Dan kamu pahat sebahagian dari gunung-ganang untuk dijadikan rumah-rumah dengan rajin."

 

Kawasan bersejarah ini menjadi peringatan kepada umat Islam tentang  kaum terdahulu yang ingkar terhadap perintah Allah SWT. Tinggalan sejarah seperti Qasr al-Farid bukan sahaja memperlihatkan kecanggihan tamadun silam, malah mengajar manusia bahawa kemajuan material semata-mata bukan jaminan keselamatan. Sesebuah tamadun yang hebat sekalipun akhirnya lenyap apabila manusia melupakan petunjuk dan peringatan daripada Allah SWT.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist