Thursday, 25 June 2026

BUBUR ASYURA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT HARI ASYURA




BUBUR ASYURA
.
Di kampungku dahulu, apabila tibanya awal Muharam, jiran-jiran mula merancang untuk mengacau bubur asyura. Masing-masing berpakat menyediakan bahan mengikut kemampuan. Penduduk di kejirananku memilih untuk memasak bubur asyura cara utara yang terkenal dengan rasa manis dan pelbagai ramuan.
Antara bahan yang digunakan ialah kelapa, gula merah, gula pasir, tepung beras, kacang hijau, pisang, keledek dan jagung. Apabila tiba hari yang ditetapkan, jiran-jiranku berkumpul di rumah Kak Poziah dan Abang Din. Tiga tungku didirikan bagi menampung kawah besar yang sarat dengan bahan bubur asyura. Api dinyalakan menggunakan kayu yang disusun bersilang.
Bermulalah kerja mengacau bubur secara bergotong-royong. berseli canda dan gelak tawa. Setelah masak, setiap keluarga menerima setalam bubur asyura untuk dibawa pulang. Selebihnya dihantar ke surau bagi dinikmati oleh para jemaah selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak.
Tradisi itu bukan sekadar menyediakan juadah, bahkan menjadi lambang muafakat dan eratnya hubungan sesama jiran.
.awal Muharam -
bubur aneka bahan
kesepakatan

14 comments:

  1. Saya suka yang style bubur. Kalau belah pantai timur dah macam kuih pulak boleh di potong2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh notie style bubur sedap juga kak pernah rasa

      Delete
  2. Rindunya nak majan bubur assurance air tangan mak saya.
    Di University dulu pernah gotong rowing masak bubur asyura versi utara dan pantai timur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh amie mak tu dah wariskkan resipinya pada amie kacau ja tapi xsama dgn air tgn mak kan

      Delete
  3. Saya kena kacau bubur asyura ahad ni dekat sekolah anak...kena bawa bahan jugak sorang sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh suann alhamdulillah mesti dah siap semua bahannya

      Delete
  4. Salam Jumaat, selamat hari asyura Kak PI...sedapnya..penuh kacang2an..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh nohas sedap asyura kan setahun sekali ja rasa

      Delete
  5. Pernah merasa pelbagai versi bubur asyura semasa dok kolej di UM dulu namun versi Kelate juga yg laku keras!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu ya asura versi kelate payah nk buat tapi sedap n unik rasanya ramai yg minat

      Delete
  6. sedapnya kak, bubur asyura johor tu susah betul nk jumpa dekat sini

    ReplyDelete
  7. sedapnya bubur yg no 2....no 1 tak pandai makan hehehehhe

    ReplyDelete
  8. Teringiiiin sangat bisa mencoba bubur Asyura ini 😍😍. Nampak sedap kalau lihat fotonya kak

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist