ASSALAMUALAIKUM
ARTIS
.
Aku pernah menyertai pertandingan nyanyian Felda Wilayah Pahang Tengah suatu ketika dahulu. Penyertaanku sekadar suka-suka kerana suaraku biasa-biasa sahaja. Namun pihak pengurusan Felda di kampungku tetap memilihku untuk mewakili rancangan. Mungkin mereka melihat keberanianku berdepan khalayak. Maklumlah, ketika itu aku aktif dalam pelbagai kegiatan belia dan kemasyarakatan.
Pada malam pertandingan, aku menaiki Land Rover Felda menuju ke Sungai Tekam Utara, dihantar oleh seorang kakitangan Felda. Di sana aku bertemu ramai peserta dari pelbagai rancangan Felda. Salah seorang peserta menghampiriku lalu berkongsi kisahnya.
Katanya, dia baru sahaja melahirkan anak. Bajunya sentiasa basah dek susu yang mengalir kerana pada waktu itu sepatutnya dia berada di sisi bayinya untuk menyusukan anak. Namun demi amanah mewakili kampungnya, Felda Sungai Nerek, dia terpaksa meninggalkan anaknya.
Pengorbanannya ternyata tidak sia-sia. Pada malam itu, beliau berjaya muncul sebagai juara pertandingan nyanyian tersebut. Tahun demi tahun berlalu. Kini beliau bergelar datin, manakala suaminya pernah menjadi seorang Yang Berhormat. Rupa-rupanya Datin Normah juga merupakan emak saudara kepada penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza.
.
juara nyanyi -
kembaran baju sejuk
rezeki anak
wah patutle dia menang. Anak saudara penyanyi tersohor. Mesti suara dia sedap kan.
ReplyDeletetksh ntie ya gtulah mmg merdu suaranya
DeleteMesti sedap kan suaranya... dah anak saudaranya pun memang sedap nyanyi
ReplyDeletetksh Dana ya mmg layak jadi juara
DeleteBila nanyi dari hati ikhlas akan ada aura..pasti juara
ReplyDeletetksh cikgu ya niat ikhlas direstui Allah
DeleteMemang dah genetik yaa, suara bagus dalam 1 keluarga 👍👍😄. Saya pun penggemar Siti Nurhaliza sangaat
ReplyDeletetksh fanny wah peminat siti juga ya
Delete