ASSALAMUALAIKUM
SURAT CINTA
.
Ketika aku tinggal di
asrama puteri Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan dulu, mesyuarat
asrama biasanya diadakan pada pagi hari sabtu selepas sarapan pagi. Warden
asrama akan memberi panduan dan nasihat berguna. Cikgu Roslan Akashah selain menjadi
warden menjaga asrama puteri juga menjadi warden asrama putera. Beliau sangat mengambil
berat kemasyhlahatan, kebajikan, kesihatan, pelajaran semua pelajar asrama di
bawah jagaannya. Sebab Cikgu Roslan guru kelas juga mengajar metamatik di dalam
kelas, aku rapat juga dengan beliau. Maklum aku ketua kelas terpaksa menghantar
buku jawapan murid dan buku kedatangan ke bilik guru. Tiba-tiba Cikgu Roslan
memberiku sepucuk surat. Cikgu Roslan juga kerjanya membaca surat yang di
alamatkan pada pelajar asrama.
“Awak sedang bercinta
ya?” Aku terkejut.
“Ini surat cinta
awak.” Aku membacanya sepintas lalu.
“Bukanlah cikgu. Ini
surat kawan saya, Khatijah di kampung.”
“Tapi susun ayatnya
macam bahasa orang bercinta.”
Cikgu Roslan berpuas
hati dengan penjelasanku.
Alhamdulillah. Lega.
.
peperiksaan akhir –
Cikgu Roslan Akashah
warden asrama
Waalaikumussalam.
ReplyDeletetksh amie
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. bahasa orang dulu-dulu mesti puitis dan kaya dengan metafora kan? tahun berapa kak paridah di smart, sekolah orang2 pandai tu..hehehe
ReplyDeletewsalam ustaz amiin ya produk SMART memang bijak kak ja yg tak brp... ada kawan kak jadi HM kat situ la bersara dah...lama dah citernya tahun 75 ustaz belum lahir kut
DeleteKenangan dalam titian kehidupan..begitulah lumrah muda belia kemudia dewasa ..tahniah PI hebat ..belajar tempat yang baik..
ReplyDelete