Thursday, 25 September 2025

SURAT CINTA

 ASSALAMUALAIKUM

 





SURAT CINTA

.

Ketika aku tinggal di asrama puteri Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan dulu, mesyuarat asrama biasanya diadakan pada pagi hari sabtu selepas sarapan pagi. Warden asrama akan memberi panduan dan nasihat berguna. Cikgu Roslan Akashah selain menjadi warden menjaga asrama puteri juga menjadi warden asrama putera. Beliau sangat mengambil berat kemasyhlahatan, kebajikan, kesihatan, pelajaran semua pelajar asrama di bawah jagaannya. Sebab Cikgu Roslan guru kelas juga mengajar metamatik di dalam kelas, aku rapat juga dengan beliau. Maklum aku ketua kelas terpaksa menghantar buku jawapan murid dan buku kedatangan ke bilik guru. Tiba-tiba Cikgu Roslan memberiku sepucuk surat. Cikgu Roslan juga kerjanya membaca surat yang di alamatkan pada pelajar asrama.

“Awak sedang bercinta ya?” Aku terkejut.

“Ini surat cinta awak.” Aku membacanya sepintas lalu.

“Bukanlah cikgu. Ini surat kawan saya, Khatijah di kampung.”

“Tapi susun ayatnya macam bahasa orang bercinta.”

Cikgu Roslan berpuas hati dengan penjelasanku.

Alhamdulillah. Lega.

 

.

peperiksaan akhir –

Cikgu Roslan Akashah

warden asrama


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist